10-tunasFAQ TUNAS

1. Soalan: Di manakah boleh kami dapatkan borang permohonan Skim Tunas?

Jawapan: Buat masa ini permohonan skim Tunas hanya boleh dibuat dengan mengisi borang online yang boleh di akses melalui e-tunas.org

2. Soalan: Adakah keluarga yang berpendapatan lebih dari RM3000 boleh memohon bantuan Skim Tunas ini?

Jawapan: Hanya permohonan yang menepati syarat-syarat permohonan sahaja yang akan diproses dan diluluskan.

3. Soalan: Bagaimana kalau tidak ada slip gaji kerana bekerja sendiri?

Jawapan: Sila buat surat akuan mengenai pendapatan diri/keluarga, dan dapatkan sokongan pengesahan dari JKKK, Nazir Masjid, Pengerusi Taman, atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

4. Soalan: Anak belajar di Tadika yang ditanggung oleh pihak pengusaha Tadika misalnya Tadika KEMAS. Adakah anak itu layak menerima bantuan Skim Tunas?

Jawapan: Skim Tunas diberikan kepada keluarga yang tidak mampu membayar yuran Tadika sehingga menyebabkan anaknya tidak berpeluang mengikuti pendidikan prasekolah. Maka anak itu layak mendapat Skim TUNAS. Manakala bagi pendidikan prasekolah anak yang sudah ditanggung oleh pihak pengusaha Tadika, maka anaknya tidak layak menerima Skim Tunas.

5. Soalan: Adakah sesuatu Tadika itu tidak ada pelajar yang layak untuk mendapat Skim Tunas tidak boleh berdaftar dengan Skim Tunas ?

Jawapan: Semua Tadika di Selangor boleh berdaftar di bawah skim Tunas  bagi mendapat manfaat ke atas program yang akan dijalankan oleh kerajaan negeri berkaitan dengan prasekolah, misalnya kursus perguruan, kursus pengajaran dan pembelajaran, kursus pengurusan, dan bantuan kewangan lain bagi membantu Tadika yang memerlukan.

6. Soalan: Kami mempunyai pendapatan seisi rumah lebih daripada RM3000.00 tapi anak kami ramai dan tanggungan kos sara hidup kami tinggi. Adakah kami boleh memohon Skim Tunas untuk anak kami?

Jawapan: Buat masa ini pihak RMSB hanya akan memproses borang yang mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh MMKN.

7. Soalan: Di Tadika kami ada kanak-kanak dari keluarga miskin tetapi kami tidak ada dokumen sijil beranak dan juga kanak-kanak yang mahu belajar di Tadika kami tetapi mereka bukan warganegara. Adakah mereka layak mendapat Skim Tunas?

Jawapan: Semua borang permohonan Skim Tunas yang diisikan hendaklah disertakan dengan dokumen yang sah supaya dapat dipertimbangkan. Skim Tunas hanya untuk warganegara.

8. Soalan: Bolehkah Tadika KEMAS dan Tadika Jabatan kerajaan berdaftar dengan Skim Tunas?

Jawapan: Semua Tadika di Selangor boleh berdaftar di bawah Skim Tunasbagi mendapat manfaat ke atas program yang akan dijalankan oleh kerajaan negeri berkaitan dengan prasekolah, misalnya kursus perguruan, kursus pengajaran dan pembelajaran, kursus pengurusan, dan bantuan kewangan lain bagi membantu Tadika yang memerlukan.

9. Soalan: Saya ingin memohon Skim Tunas untuk anak saya belajar di Tadika berhampiran, tetapi Tadika itu tidak berdaftar dengan Skim Tunas. Jadi bagaimana?

Jawapan: Tadika tersebut perlu berdaftar dengan Skim Tunas bagi tujuan pemantauan. Malah pembayaran Skim Tunas akan dibuat atas nama Tadika berkenaan di mana anak tuanpuan belajar.

10. Soalan: Anak saya belajar di Tadika yang menanggung kos pendidikan prasekolah anak saya, tetapi pendapatan saya kurang daripada RM3000. Bolehkah saya memohon Skim Tunas untuk anak saya?

Jawapan: Skim Tunas disediakan untuk golongan berpendapatan RM3000 dan ke bawah serta membayar yuran prasekolah di Tadika yang berdaftar dengan Skim Tunas sahaja. Jika pihak Tadika telah menanggung kos prasekolah anak tuan/puan, maka ia tidak layak untuk menerima Skim Tunas

11. Soalan: Saya berpendapatan RM3000 dan kebawah dan mahu menghantar anak saya ke Tadika berdekatan. Adakah anak saya akan mendapat RM50.00 setiap bulan?

Jawapan: Pembayaran Skim Tunas tidak diberikan terus kepada kanak-kanak atau ibubapa/penjaga tetapi diberikan kepada Tadika di mana kanak-kanak itu belajar.

12. Soalan: Saya menghantar anak saya ke Tadika berhampiran tetapi Tadika itu tidak layak untuk berdaftar dengan Skim Tunas kerana baru sahaja buka minggu lepas. Jadi bagaimana saya boleh dapat Skim Tunas dalam keadaan begini?

Jawapan: Hanya Tadika yang telah berpoperasi selama tiga tahun atau lebih adalah layak untuk berdaftar dengan Skim Tunas dan kanak-kanak yang berdaftar dengan Tadika tersebut layak memohon Skim Tunas.

13. Soalan: Adakah prasekolah yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan beroperasi di sekolah rendah kerajaan boleh memohon Skim Tunas ini? Prasekolah di sekolah juga mengenakan yuran kepada pelajar.

Jawapan: Boleh. Ibubapa/penjaga boleh isi borang permohonan anak untuk dapatkan bantuan Skim Tunas. Dan pihak prasekolah juga perlu isi borang pendaftaran Skim Tunas serta lampirkan sijil pendaftaran prasekolah.

14. Tadika kami berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan Jabatan Agama Islam Selangor. Sijil pendaftaran mana yang perlu kami berikan pada Skim Tunas?

Jawapan: Tadika boleh berikan salah satu daripada sijil pendafataran yang diterima samada daripada Kementerian Pelajaran dan Jabatan Agama Islam Selangor, dan salinan sijil disahkan oleh pihak berautoriti.

15. Soalan: Tadika kami mengenakan yuran prasekolah kurangdaripada RM50.00, misalnya RM30.00, RM20.00, atau RM5.00 sahaja. Apakah kanak-kanak yang belajar di Tadika kami boleh tuntut bayaran RM50.00 dari Skim Tunas?

Jawapan: Skim Tunas membantu membiayai yuran prasekolah kanak-kanak yang layak mengikut yuran Tadika dan jumlah maksima yang boleh dibayar ialah RM50.00 sahaja. Jika yuran Tadika kurang daripada RM50.00, Skim Tunas akan bayar kurang daripada RM50.00 mengikut yuran rasmi Tadika. Jika yuran Tadika itu lebih daripada RM50, maka Skim Tunas akan bayar RM50.00 sahaja. Tujuan utama pembiayaan yuran ini ialah meringankan beban ibubpa/penjaga yang berpendapatan rendah dan bagi memastikan kanak-kanak dapat ikuti pendidikan awal di Tadika.

16. Soalan: Bagaimana proses permohonan Skim ini berjalan? Berapa lamakah jangkamasa diambil untuk permohonan skim ini diluluskan dan diterima oleh kami?

Jawapan: Semua permohonan hendaklah dihantar sebelum 25hb pada setiap bulan. Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut akan diproses pada bulan seterusnya. Permohonan akan diproses dalam tempoh seminggu selepas 25hb. Makluman menegenai permohonan diterima atau ditolak akan dibuat melalui SMS dan tau email. Permohonan yang ditolak boleh dirayu semula dengan memberikan sebab munasabah dan dokumen tambahan jika ada. Untuk layak bagi pembayaran dari bulan Jan 2018 permohonan hendaklah sampai ke pejabat RMSB sebelum 28hb Februari 2018. Permohonan akan ditutup jika pihak RMSB mendapati jumlah permohonan telah melebihi kuota yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

17. Soalan: Adakah Tadika yang baru mendaftar dengan Skim Tunas perlu menunggu kelulusan dari pihak Skim Tunas dan setelah itu baru boleh membuka permohonan Skim ini kepada pelajar kami?

Jawapan: Tadika hendaklah memohon dan mendapat kelulusan keahlian Skim Tunas, dan kemudian barulah Tadika berkenaan boleh membuat pendaftaran permohonan Skim Tunas untuk pelajar mereka.

18. Soalan: Skim Tunas ini hanya untuk murid-murid/ibubapa sahaja ? Bagaimana dengan tadika/pra-sekolah itu sendiri. Dari segi penambah-baikan/naik taraf ? Ada kemudahan seperti geran bantuan ? Jika ada bagaimana untuk memohon?

Jawapan: Semua TADIKA di Selangor boleh berdaftar dengan Skim Tunas. Skim Tunas mempunyai perancangan untuk membantu meningkatkan kualiti Tadika di Selangor dari sudut kurikulum, latihan perguruan, dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Buat masa ini belum ada perancangan untuk membantu Tadika dari sudut pembaikan insfrastruktur.