Haniza komited mahu wanita sihat

PETALING JAYA – Sekurangkurangnya 27 wanita dari Taman Sri Manja dan Medan Pejasa, di sini, menjalani pemeriksaan kesihatan Mammogram percuma anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Medan di Hospital Columbia Asia, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Medan, Haniza Talha berkata, pihaknya komited memastikan seramai mungkin golongan wanita di kawasannya menikmati produk kebajikan yang ditawarkan Kerajaan Negeri.

“Wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri, jadi kita mahu memastikan kesihatan mereka terus terjaga dalam keadaan optimum. Barah payudara pembunuh senyap utama kepada wanita.

“Penganjurannya juga menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri yang mensasarkan 1 juta¬†wanita menerima manfaat program,” katanya.

tmnmedan

Haniza berkata, wanita berumur 35 tahun ke atas berminat menyertai Pemeriksaan Mammogram Percuma boleh mendaftar di Pusat Khidmat Masyarakat Taman Medan atau hubungi 03- 7781 2151 (Cik Fauhan).

Sehingga kini, 22,505 wanita seluruh Selangor sudah menerima manfaat program sejak mula ditubuhkan, pada 2008.

SelangorKini 2 – 9 Disember 2016

 

Admin2

Leave Comment :