Hargai masa depan anak Selangor

SHAH ALAM – Perbelanjaan puluhan juta ringgit oleh Kerajaan Negeri untuk insentif anak Selangor yang melanjutkan pelajaran ke universiti disifat kan sebagai pelaburan untuk
masa hadapan.

Pakar ekonomi Institut Rakyat, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin (gambar), berkata dalam jangka masa panjang, Selangor akan memiliki kumpulan cerdik pandai dari pelbagai bidang yang berkeupayaan memacu pertumbuhan ekonomi negeri.

Bercakap kepada Selangor Kini, pihaknya percaya Selangor tidak terbeban dengan perbelanjaan sebesar itu kerana semuanya telah dirancang berdasarkan kemampuan kewangan yang dimilikinya

“Program pro-rakyat itu telah dibuat kira-kira terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. Jadi, ia bukan suatu yang membebankan Kerajaan Negeri.

“Perkara ini telah pun dibuktikan apabila pada Belanjawan Selangor 2014, Kerajaan Negeri menaikkan had kelayakan program tersebut daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 sebulan kepada RM3,000 sebulan,” jelasnya.

Azrul juga tidak menolak kemungkinan bahawa Selangor berkeupayaan menaikan bantuan RM1,000 kepada RM1,500 berdasarkan kecekapan Kerajaan Negeri menguruskan kewangan seperti yang dibuktikan hari ini dengan rezab negemencecah hampir RM3 bilion.

“Tidak mustahil buat Selangor. Namun, Kerajaan Negeri perlu membuat pertimbangan terlebih dahulu kepada semua program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang ada,” katanya.

Merumuskan pendapatnya, Arzul berkata program Hadiah Anak Masuk Universiti adalah baik dan telah mencapai sasarannya.

Pendapatnya itu selari dengan pujian Ketua Audit Negara dalam laporannya pada tahun 2012.
Siasatan Jabatan Audit Negara mendapati 87.8 peratus golongan sasar menerima manfaat daripada program MES itu.

Paling menarik perhatian Audit adalah prestasi permohonan lulus yang sangat baik pada 2010 (99.9% dari 7,699 pemohon), 2011 (93.1% dari 7,167 pemohon)

Admin1

Leave Comment :