HIJRAH-SELANGOR-NEW-1170x550

HIJRAH: Sabak Bernam, Sungai Besar catat 100 peratus kutipan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 13 JUL: Daerah Sabak Bernam dan Sungai Besar mencatatkan perolehan 100 peratus kutipan pembayaran balik modal perniagaan Hijrah Selangor (HIJRAH) bagi tempoh pertengahan 2017.

Pengerusi Eksekutif Yayasan HIJRAH, Datuk Dr Mansor Othman berkata, zon di bawah kedua-dua daerah berkenaan berjaya mengutip semula pembayaran modal berpandukan jadual ditetapkan.

“Memang ada beberapa zon yang berjaya mengutip dana permodalan sebanyak 100 peratus dan ini memang prestasi amat membanggakan.

MANSOR OTHMAN“Malah, jika dibandingkan dengan zon di kawasan bandar, prestasi zon ini sangat baik berbanding di kawasan luar bandar,” katanya kepada SelangorKini.

Pada masa sama beliau berkata, yayasan itu giat melaksanakan pemantauan bagi mengenalpasti punca berhubung kelewatan pembayaran semula melibatkan peminjam dari kawasan bandar.

HIJRAH merupakan dasar kebajikan baru yang dilaksanakan di bawah program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) bagi tempoh tahun kedua dijayakan.

Untuk rekod, seramai 38,000 peserta sudah dibantu menerusi bantuan permodalan perniagaan sebanyak RM232 juta.

Terdahulu, HIJRAH mula dilancarkan menerusi Projek Penyelidikan Tindakan oleh Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sebagai inisiatif menjana pendapatan ekonomi golongan pertengahan.

Admin2

Leave Comment :