HIJRAH-SELANGOR-NEW-1170x550

HIJRAH sasar bangun 5,000 peserta ‘Zero to Hero’

SHAH ALAM, 10 OKT: Seramai 5,000 usahawan kelahiran skim ‘Zero to Hero’ disasarkan Hijrah Selangor (HIJRAH) pada 2018 nanti.

Ketua Pengurus Operasi Hijrah, Roslim Md Akhir berkata, pihaknya turut mensasarkan lebih banyak syarikat peneraju menyertai skim berkenaan untuk menjayakan program mentoring bersama peserta.

Katanya, ia meliputi pelbagai jenis perniagaan seperti jahitan, bakeri, percetakan baju, percetakan kad nama, urutan, solekan dan mobile workshop.

“Usaha ini selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri mahu membantu rakyat meningkatkan pendapatan menerusi perniagaan.

“Kita bukan sahaja mahu lihat kemampuan peserta membayar balik pinjaman tetapi lebih penting adalah hasil pendapatan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mesyuarat bersama syarikat peneraju program berkenaan di Bangunan Kerajaan Negeri, di sini, hari ini.

Roslim berkata, HIJRAH juga berhasrat untuk menambah jumlah pinjaman maksimum kepada peserta daripada RM50,000 kepada RM100,000.

“Kita cuba memohon kepada Kerajaan Negeri dan berharap Belanjawan Selangor 2018 nanti kita dapat lebih peruntukan.

“Dengan peruntukan lebih, kita dapat bantu lebih ramai usahawan baru selain memperkasa peserta sedia ada dengan bantuan modal lebih besar,” katanya.

OLEH LIZAWATI MADFA (selangorkini.my)

=EZY=

Admin2

Leave Comment :