11-kahwinPada permulaan insentifnya RM200 sahaja kemudian sudah dinaikkan menjadi RM500 mulai 2014.

PENYALURAN INSENTIF

Disalurkan melalui Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

SYARAT MEMPEROLEH INSENTIF

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Negeri Selangor ATAU;
  3. Lahir di luar Negeri Selangor DAN
    1. Alamat MyKad mestilah dalam Selangor
    2. Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid)
  4. Berumur 35 tahun ke bawah
  5. Perkahwinan kali pertama sahaja
  6. Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah / tarikh daftar perkahwinan
  7. Tarikh tutup pendaftaran online adalah sebelum genap 12 bulan daripada tarikh nikah / tarikh daftar perkahwinan
  8. Tempoh 12 bulan hanya layak kepada pemohon yang berkahwin bermula 1hb Januari 2017 sahaja

DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang WAJIB dihantar oleh pemohon.

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Satu Salinan Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (pemohon beragama Islam)
  3. Satu Salinan Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (pemohon bukan beragama Islam)
  4. Borang Pengesahan Mastautin (bagi pemohon bukan kelahiran Selangor)
    * Anda perlu menggunakan borang yang dikeluarkan oleh pihak YAWAS sahaja. Borang boleh didapati setelah mendaftar online dan dicetak bersama borang permohonan

Laman web: kahwin.yawas.my

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Terkini: Insentif Perkahwinan Belia

OLEH NAZLI IBRAHIM MUAR, 8 OKT: Kerajaan Selangor adalah model terbaik untuk dicontohi sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan baru di peringkat Persekutuan selepas pilihan raya
OLEH SYASYA SUFIAN GOMBAK, 2 OKT: Dalam usaha Kerajaan Negeri menggalakkan perkahwinan di usia muda, pasangan pengantin yang telah diijabkabul bakal menerima manfaat Program Insentif
SEKINCHAN 26 MAC: Kerajaan Negeri menitikberatkan kebajikan rakyat dengan memberikan banyak insentif serta bantuan berbentuk kewangan dan sebagainya. Adun Sekinchan, Ng Suee Lim berkata beliau