Kaunter TAWAS luar JPN dapat sambutan

SHAH ALAM – Yayasan Tabung Anak Warisan Selangor (YAWAS) mengambil pelbagai langkah bagi memastikan anak kelahiran Selangor tidak ketinggalan menerima pelbagai manfaat dengan menyertai Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS).

Eksekutif Kanan Perhubungan Awam dan Pengurusan Acara YAWAS, Atikah Akma Ramly berkata, antaranya langkah membuka tujuh kaunter pendaftaran TAWAS di luar Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

“Sehingga kini, YAWAS mempunyai tujuh kaunter di luar pejabat JPN dan mempunyai perancangan untuk menambahnya, pada masa akan datang.

“ Pe m b u k a a n kaunter di luar pejabat JPN sa-ngat membantu meningkatkan jumlah pendaftaran TAWAS kerana JPN tempat ibu bapa mendaftar kelahiran baru anak mereka,” katanya kepada SelangorKini, di sini, barubaru ini.

Atikah berkata, manfaat tambah an seperti bantuan anak masuk sekolah tahun satu dan khairat kematian peserta menjadi daya penarik kepada ibu bapa untuk mendaftarkan anak masing-masing.

Katanya, YAWAS turut giat menganjurkan program hari bertemu pelanggan di luar Shah Alam khususnya bagi menyerahkan penyata dan kad TAWAS kepada ahli. “YAWAS turut terbabit secara aktif dengan menyertai program atau karnival anjuran Kerajaan Negeri, pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di seluruh Selangor,” katanya.

Beliau berkata, YAWAS juga giat membuka kaunter di tempat tumpuan awam seperti di pasaraya Tesco, Mydin dan Giant.

OLEH NAZLI IBRAHIM (SelangorKini 10 – 17 Mac 2017)

 

Admin2

Leave Comment :