Jika anda tidak mampu membina semula rumah atau tidak mampu membaik-pulih rumah yang sedang diduduki, Kerajaan Negeri Selangor akan membantu menjadikan kediaman anda menjadi lebih selesa.

 

KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM
  1. Bantuan Bina Baru: Rumah asal atau yang sedang didiami dirobohkan secara keseluruhannya dan sebuah rumah baru dibangunkan di atas tapak asal rumah.
  2. Bantuan Baik Pulih: Kerosakan asas dan kritikal pada kediaman sahaja akan dibaik pulih*. Penambahan struktur baharu tidak termasuk dalam program ini. 

*Ditentukan oleh Pejabat Daerah berkenaan dan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor

SYARAT KELAYAKAN
  1. Terbuka kepada anak kelahiran Selangor ATAU pemohon yang bermastautin di Negeri Selangor lebih dari lima belas (15) tahun. Pemohon bukan kelahiran Negeri Selangor mesti memberikan bukti bahawa pemohon telah menduduki kawasan berkenaan tidak kurang daripada lima belas (15) tahun
  2. Pendapatan isi rumah pemohon hendaklah di bawah RM1,500 sebulan yang merangkumi tanggungan yang tinggal bersama di dalam rumah berkenaan
  3. Umur pemohon adalah di antara 45 tahun hingga 75 tahun sahaja kecuali Orang Kelainan Upaya (OKU)
  4. Hanya ketua keluarga sahaja yang layak memohon dan ketua keluarga mestilah merupakan ketua keluarga bagi isteri pertama sahaja
  5. Pemohon yang mempunyai tanggungan sahaja akan dipertimbangkan dan dibuktikan bahawa rumah berkenaan diduduki oleh pemohon dan tanggungannya
  6. Hanya satu keluarga sahaja yang layak menerima bantuan rumah
  7. Pemohon yang memperoleh Tanah Kurniaan Kerajaan tidak akan dipertimbangkan
  8. Rumah yang sedang dalam pembinaan atau terbengkalai tidak akan dipertimbangkan
  9. Pemohon yang menumpang dan menyewa tidak akan dipertimbangkan
  10. Keadaan rumah pemohon adalah daif dan tidak sesuai untuk diduduki
  11. Rumah pemohon mestilah berada di kawasan perkampungan tradisi / kampung baharu, yang mana rumah tersebut berada di atas tanah milik sendiri. Kedudukan tapak mestilah mempunyai / berdekatan dengan punca bekalan air dan elektrik serta bukan di kawasan banjir;
  12. Tanah TOL (Temporary Occupation License / Lesen Pendudukan Sementara) & Rizab Kerajaan tidak akan dipertimbangkan untuk bantuan kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Pegawai Daerah berkenaan
  13. Pemohon dikehendaki melampirkan surat kebenaran menduduki / surat kuasa menduduki daripada tuan / pemilik tanah / waris sekiranya tanah bukan hak milik pemohon (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah)
  14. Pemohon yang telah mendapat bantuan baik pulih atau bina baru rumah daripada jabatan / agensi luar adalah tidak layak menerima bantuan rumah Program Kerajaan Prihatin
  15. Mangsa bencana alam / kebakaran yang membuat permohonan Program Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin selepas ditimpa musibah adalah tidak layak dipertimbangkan
  16. Pemohon yang berjaya adalah tertakluk kepada pemulangan Surat Penerimaan Tawaran Bantuan Rumah dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan surat tersebut

Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin yang bersidang.

Terkini: Bantuan Bina & Baiki Rumah

Semakan elaun penjawat awam tertakluk kedudukan kewangan kerajaan

PUTRAJAYA, 7 OGOS: Kajian penambahbaikan Elaun Perumahan Wilayah (EPW) dan Bayaran Insentif Wilayah (BIW) serta elaun lain penjawat awam akan ...
Baca Selanjutnya

Pusat Jagaan Titian OKU Nur pernah terputus bekalan makanan

RAWANG, 15 JUL: Pernah terputus bekalan makanan tidak mematahkan semangat Pengasas dan Penyelia Pusat Jagaan Titian OKU Nur Normah Adlan, ...
Baca Selanjutnya

Selangor-YAKEB tingkat kerjasama bela nasib bekas atlet

KUALA LUMPUR, 25 JUN: Kerajaan Negeri akan mempertingkatkan kerjasama dengan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) bagi membela nasib bekas atlet ...
Baca Selanjutnya

MySalam bukti keprihatinan kerajaan

SHAH ALAM, 14 Jun : Skim Perlindungan Kesihatan Nasional (mySalam) disifatkan sebagai bukti keprihatinan kerajaan dalam mengurangkan beban golongan isi ...
Baca Selanjutnya

Penganjuran majlis di rumah ibadat lain tidak salah – Mujahid

PARIT BUNTAR, 1 JUN: Masyarakat Islam di negara ini dinasihat supaya tidak fobia dengan sebarang penganjuran majlis di rumah ibadat ...
Baca Selanjutnya

Peruntuk RM6 juta penuhi keperluan rumah ibadat

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM, 26 MEI: Kerajaan Negeri memperuntukkanRM6 juta bagi bantuan kewangan kepada rumah ibadat selain Islam di ...
Baca Selanjutnya

Azmin: RM6.23 bilion disuntik majukan lagi FELDA

KUALA LUMPUR, 10 APR: Kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan RM6.23 bilion kepada FELDA, berbentuk geran, pinjaman dan jaminan kerajaan secara ...
Baca Selanjutnya

Bantuan ribut: RM300,000 diserahkan dalam masa terdekat

OLEH NAZLI IBRAHIM SHAH ALAM, 9 APR: Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM300,000 bagi membantu mangsa ribut yang melanda Paya Jaras ...
Baca Selanjutnya