Selangor (MES) Fasa 1. TAWAS beserta logonya selamat dilancarkan secara rasmi bersempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor pada 30 Ogos 2008. Program ini diuruskan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan ianya terbuka
kepada anak-anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat.

Pada 17hb Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor telah diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500.00 apabila mencapai usia 18 tahun kelak. Tabung Amanah berkenaan diuruskan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

 

Permohonan baru TAWAS akan ditutup sepenuhnya berkuatkuasa mulai 1 Februari 2019. Permohonan ini hanya tertakluk untuk anak di bawah usia 3 tahun sahaja dan merujuk kepada kelahiran sehingga tahun 2018 sahaja.Untuk lebih lanjut layari laman web www.tawas.org.my

SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
  • SYARAT 1

Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:Warganegara Malaysia, DAN Lahir di negeri Selangor atau luar negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.Ibu atau Bapa lahir di negeri Selangor, ATAU Ibu atau Bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1hb Februari 1974.

 

  • SYARAT 2

Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Negeri Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:Warganegara Malaysia.Lahir di negeri Selangor mulai 1hb Januari 2008.Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahunPerlu dapatkan cop pengesahan bermastautin

 

  • Syarat 3

Permohonan adalah terbuka kepada ‘Anak yang dilahirkan di Negeri Selangor’ yang memenuhi kriteria seperti berikut:Warganegara Malaysia.Lahir di luar Negeri Selangor, daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008.Ibu atau Bapa yang lahir di daerah negeri lain yang bersempadan dengan Selangor ( Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Pesekutuan Kuala Lumpur) dan permastautin tetap di negeri SelangorPerlu dapatkan cop pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung, Penghulu dan Pengerusi Taman Perumahan Sahaja

 

Untuk keterangan lanjut sila layari http://tawas.org.my

Statistik Terkini Program Tawas : Klik di sini

Terkini: Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Waris ahli TAWAS kelahiran 2013 diminta kemas kini maklumat

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 8 MEI: Yayasan Anak Selangor (YAWAS) meminta ibu bapa atau penjaga ahli Tabung Warisan Anak ...
Baca Selanjutnya

TAWAS diteruskan, kumpulan pertama terima insentif 2026

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 25 MAC: Program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) akan diteruskan sehingga formula baharu diputuskan termasuk ...
Baca Selanjutnya

TAWAS lulus 13,944 permohonan sepanjang 2018

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 2 JAN: Sebanyak 13,944 permohonan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) diluluskan sepanjang 2018. Yayasan Warisan ...
Baca Selanjutnya

Halimey komited selesai isu rakyat

OLEH SHEEDA FATHIL PETALING JAYA, 2 JAN: Bersempena sambutan tahun baru, Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia, Halimey Abu Bakar ...
Baca Selanjutnya

YAWAS sambut baik penjajaran TAWAS

OLEH SHEEDA FATHIL SELAYANG, 3 DIS: Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menyambut baik usaha Kerajaan Negeri mahu membuat penjajaran terhadap ...
Baca Selanjutnya

Penjajaran TAWAS dilaksana demi manfaat remaja

OLEH SHEEDA FATHIL SELAYANG, 3 DI : Penjajaran yang bakal dilaksanakan Kerajaan Negeri terhadap Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bakal ...
Baca Selanjutnya

34,050 ahli TAWAS terima bantuan persekolahan

OLEH SHEEDA FATHIL SELAYANG, 2 DIS : Seramai 34,050 ahli Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) menerima set barangan sekolah daripada ...
Baca Selanjutnya

Belanjawan’19: RM50 juta jaya KISS

OLEH HAFIZAN TAIB SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri akan meneruskan program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dengan peruntukan RM50 ...
Baca Selanjutnya