KERAJAAN NEGERI MENGUTAMAKAN KESIHATAN MATA RAKYAT

Petaling Jaya – Kerajaan Negeri telah mengenalpasti bantuan khusus untuk menyediakan cermin mata kepada anak pekerja ladang yang didapati mempunyai masalah mata.

Menteri Besar Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bantuan khusus itu akan diberikan memandangkan anak pekerja ladang sering menghadapi kekangan ekoran masalah kemiskinan.
Selain itu, Abdul Khalid berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Hospital Mata Nasional Tun Hussien Onn untuk merancang usaha perkhidmatan pemeriksaan mata secara percuma untuk ahli Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas).

Perasmian ‘Hari Optometri Sedunia’…

“Kerajaan Negeri tetap mengambil semua isu kesihatan sebagai pertimbangan penting kerana selain daripada pakej program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dengan mewujudkan Pusat Sehenti (OSCC) untuk menangani isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di enam hospital, bantuan lain diberikan seperti membuka pusat dialisis, subsidi bagi Hemodialisis buah pinggang, pembedahan kecil serta serta pembedahan katarak.

“Terima kasih kepada Hospital Mata Nasional Tun Hussien Onn kerana satu-satunya hospital mata yang menyediakan kursus ini,” kayanya.

Beliau berharap HTHO dapat menjalinkan kerjasama berterusan dengan kerajaan negeri serta masyarakat untuk merakyatkan perkhidmatan yang mampu disediakan, katanya pada perasmian sempena ‘Hari Optometri Sedunia’ di Hospital Mata Nasional Tun Hussien Onn (THONEH) di sini semalam.

Menteri Besar Selangor menyampaikan sumbangan cermin mata kepada kanak-kanak yang memerlukan…
Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim melawat pesakit-pesakit mata di wad Hospital Mata Nasional Tub Hussien Onn..
Admin1

Leave Comment :