Skim Peduli Sihat – Khidmat kesihatan terbaik negara

Pada 2014, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan kadar perbelanjaan kesihatan Malaysia hanya berada, pada tahap 4.2 peratus dari Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Walaupun hakikatnya nilai minima dicadangkan WHO untuk perbelanjaan kerajaan bagi menjayakan perkhidmatan kesihatan
adalah lima peratus daripada KDNK, ia masih pada paras minima.

Malah, jumlah itu dilihat agak rendah berbanding negara lain seperti Cuba (11.1%), Brazil (8.3%), Vietnam (7.1%) dan Thailand
(6.5%).

Sambut baik saranan WHO

Namun, Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri mengambil pendekatan berbeza dalam menyumbang kepada pertumbuhan faktor itu. 

Mohamed Azmin berkata, komitmen itu dizahirkan melalui pelaksanaan dasar berkebajikan, di bawah program skim perlindungan perubatan dan kesihatan (medical and healthcare coverage).

Beliau mengumumkan, pelaksanaan inisiatif kesihatan berkebajikan yang dijayakan menerusi Skim Peduli Sihat bagi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

Tumpuan itu membabitkan fasa kelompok paling tertekan dengan peningkatan kos kini ekoran kenaikan kos sara hidup
yang semakin tidak terkawal, di peringkat Kerajaan Persekutuan.

Dato’ Menteri Besar berkata, peruntukan RM125 juta setahun disalur bagi pelaksanaan Skim Peduli Sihat yang akan menyediakan khidmat kesihatan percuma itu.

Menariknya, pelaksanaan skim berkenaan menjadikan Selangor sebagai negeri terawal melaksanakan skim kesihatan, sekali gus mendahului negeri lain.

“Aspek penjagaan kesihatan ditawarkan kepada 250,000 keluarga atau sejuta rakyat Selangor berpendapatan isi rumah
RM3,000 ke bawah.

“Skim Peduli Sihat yang diuruskan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator akan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak, sehingga RM500 setahun,” katanya.

Permohonan mudah

Lebih mudah, bagi pemohon yang berminat untuk menikmati keberkesanan perkhidmatan itu secara mudah boleh membuat pendaftaran mudah, di Pejabat Ahli Dewan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan juga Pejabat Daerah

dan Tanah.

Pendaftaran sama juga boleh dilakukan di klinik berdaftar termasuk pendaftaran dalam talian dengan menyertakan bukti atau pengesahan pendapatan.

“Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat.

Pemegang akaun utama Peduli Sihat serta tanggungannya iaitu isteri dan anak bawah 21 tahun.

“Mereka boleh menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan
ditetapkan.

“Pada masa sama, klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA),” katanya.

Namun, fokus pelaksanaannya ditegaskan Dato’ Menteri Besar bukan bersifat berkepentingan untuk meraih undi masyarakat, dalam tempoh hampir diadakan pilihan raya.

Tumpu kebajikan kesihatan rakyat

Beliau menafikan, Skim Peduli Sihat yang akan dinikmati rakyat Selangor sebagai ole-ole pilihan raya.

Secara jelas, ia dijayakan penuh konsisten bagi mengangkat mutu perkhidmatan kesihatan, di Selangor menerusi kepelbagaian agenda berkebajikan untuk rakyat negeri itu.

Perkara sama turut ditekan

kan Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi yang mengesahkan pelaksanaan skim itu terbuka kepada seluruh rakyat memerlukan.

“Selain kad peduli sihat bernilai RM500 untuk satu keluarga berpendapatan bawah RM3,000, ibu bapa yang ada anak istimewa boleh dapatkan insentif khas RM200,” katanya.

Beliau berkata, ia membuktikan Kerajaan Negeri berusaha sedaya upaya memastikan tiada golongan tercicir daripada
berkongsi hasil kekayaan Selangor.

“Matlamat kita untuk meningkatkan kesihatan golongan yang tidak mampu mendapatkan ubat untuk selesema, batuk dan sejuk kerana sekali ke klinik boleh menelan kos RM35 hingga RM45,” katanya.

Malah, kata Dr Daroyah, skim kesihatan subsidi di peringkat Kerajaan Negeri itu akan meningkatkan kualiti hidup golongan
miskin.

Untuk rekod, Skim Peduli Sihat dijayakan selaras dengan Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) yang mesra rakyat bagi meningkatkan perkhidmatan kesihatan negara.

Sasarannya untuk meningkatkan kesejahteraan semua serta kesihatan individu, sekali gus mewujudkan rumah tangga bahagia.

Jaminan pelaksanaan pastinya akan diteruskan dalam usaha memastikan kebajikan kesihatan rakyat Selangor menjadi teras utama kepada inisiatif jangka panjang itu.

OLEH ERMIZI MUHAMAD (selangorkini.my)

Admin1