Blog

Lima strategi dilaksanakan basmi kemiskinan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 NOV: Lima teras strategi utama dilaksanakan bagi Rancangan Pembangunan Jangka Panjang dalam usaha mencapai kemiskinan sifar di negeri itu.

Exco Kemiskinan, Kerajaan prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau berkata, lima teras itu merupakan dasar mencakupi strategi utama dan bidang fokus yang menyeluruh.

Katanya, antaranya memperkukuh infrastruktur dan kemudahan yang smart, mencapai pendidikan inklusif, mempertingkatkan pembangunan mampan serta mewujudkan komuniti prihatin, selamat dan harmoni.

“Selain itu, memperkasa pertumbuhan ekonomi dan memperluaskan akses serta kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan serta mempertingkatkan kualiti kehidupan,” katanya di Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS).

Manakala, katanya, tiga teras strategi bagi rancangan jangka pendek membabitkan pelaksanaan program pembangunan tahunan selari dengan agenda dan matlamat semasa.

“Antaranya, meneruskan Program HIJRAH, bantuan blueprint, bantuan rumah kerajaan prihatin, program pembangunan ekonomi nelayan dan penternak dan sebagainya.

“Ia juga mencakupi agenda Smart Selangor ke arah menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang smart dengan berpaksikan rakyat,” katanya.

Ganabatirau berkata sebuah Jawatankuasa Pemandu bagi pembasmian kemiskinan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Kerajaan dan Komuniti Prihatin Selangor (SCCG) juga ditubuhkan.

Katanya, jawatankuasa itu berfungsi melaporkan kepada Kerajaan Negeri berhubung tahap terkini kadar kemiskinan serta langkah diambil.

“Selari dengan tema ‘Membangun Smart Selangor yang Peduli, kerangka ini menggunakan pendekatan holistik iaitu tidak hanya memfokuskan kepada golongan miskin bandar sahaja tetapi segenap lapisan masyarakat,” katanya.

EZY