LUAS Pupuk Kesedaran Pulihara Sumber Air

mbak- Pelbagai usaha dan program dijalankan bagi memupuk kesedaran dalam jiwa masyarakat terhadap kepentingan menjaga dan memelihara sumber air. Usaha mendidik masyarakat terhadap betapa pentingnya memelihara sumber air mendorong pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menganjurkan program Qua-Qua Luas bersama Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU) di Hulu Sungai Gombak.

Pengarah programnya, Zolhezam Mohammed berkata, program yang julung kali diadakan bersama pihak industri sejak ia dirasmikan Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali pada 28 Jun 2008.

Sebelm ini, program Qua-Qua Luas ini hanya memberi tumpuan kepada pelajar sekolah. Namun pada tahun ini, kumpulan sasaran termasuklah industri dan penuntut pengajian tinggi (IPT).

Menurutnya, tujuan program tersebut diadakan adalah memberi kesedaran kepada masyarakat khususnya generasi muda dan golongan pelajar tentang kepetingan sumber air.
“Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan sumber air serta bersama-sama memelihara dan meningkatkan kualitinya. Program ini juga untuk menggalakkan penglibatan industri dalam program anjuran badan kerajaan khasnya aktiviti pemeliharaan alam sekitar,”katanya.

Difahaman seramai 30 penuntut dari KLMU diiringi tiga pensyarah pengiring menyertai program ini bermula dari jam 9 pagi dan berakhir pada jam 4 petang.

“Program ini adalah program pemantauan kualiti air sungai di mana peserta didedahkan dengan kaedah yang mudah dan murah untuk mengetahui kualiti air sungai.

“Keputusan program pada kali ini menunjukkan kualiti air Hulu Sungai Gombak adalah bersih, bahkan pada program ini juga dapat menanamkan perasaan sensitiviti dalam kalangan peserta terhadap penjagaan sungai,” katanya.

Admin1

Leave Comment :