Memantapkan Pusat Khidmat Krisis Sehenti

December 20, 2008 — wanitakeadilan

OSCC telah ditubuhkan sejak 1997 lalu. Kajian oleh Kerajaan Negeri Selangor, mendapati ia perlu dimantapkan dan ditambahbaik perkhidmatan kepada klien yang teraniya oleh kerana keganasan yang diperlakukan keatas mereka.

Pusat sehenti ini mengumpulkan pegawai-pegawai yang mesti berurusan terhadap mangsa, setelah kes dilaporkan, dalam kes-kes keganasan – rogol, penderaan, keganasan rumahtangga. OSCC di Selangor memberi perkhidmatan kepada semua rakyat Malaysia, lelaki dan wanita.

Exco Negeri Selangor, Rodziah Ismail (yang juga Timbalan Ketua Wanita KeADILan) telah melancarkan OSCC ini semalam, 19 Disember 2008 di tapak Selangor Ria 2008, Shah Alam.

Dua puluh satu NGO telah memberikan sokongan dan kerjasama mereka dalam usaha menghebahkan kepada pengetahuan umum tentang OSCC agar ia menjadi household name di kalangan masyarakat dalam usaha membantu mangsa-mangsa keganasan dan secara tidak langsung membantras gejala sosial. OSCC ini boleh mencabangkan berbagai usaha yang bertujuan merawat gejala sosial yang sedang melanda negara.

Turut hadir dalam upacara perasmian tersebut ialah Adun Rawang, Gan Pei Nei sebagai pembantu kepada Exco Wanita dan Kebajikan, wakil EXCO Wanita KeADILan Pusat dan para pemimpin NGO wanita Malaysia.

Kemudahan OSCC ini didapati di enam buah hospital di Selangor:

Hospital Ampang
HospitalSerdang
Hospital Selayang
Hospital Sungai Buloh
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Hospital Kajang

Sumber : WanitaKeadilan

 

Admin1

Leave Comment :