MES UNTUK SEMUA BANGSA, AGAMA DAN LATARBELAKANG

Sejak mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor pada 08 Mac 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat(PR) telah memulakan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi mengagihkan kekayaan Negeri Selangor kepada seluruh warganegara Selangor yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa dan latarbelakang.

Selaras dengan Motto Selangor Negeri Maju dan Berkebajikan, agenda MES dimulakan dengan pemberian air percuma kepada seluruh rakyat Selangor bagi penggunaan air 20 meter padu pertama. Sebanyak RM200,143,073.97 telah dibelanjakan semenjak skim ini dimulakan pada Jun 2008 sehingga Dis 2009.

Selain itu, bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) pula, sebanyak RM25,500,000.00 telah dibayar kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia daripada jumlah 111,696 orang warga emas yang mendaftar bagi skim ini. Bagi skim kelahiran anak Selangor melalui Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) sebanyak RM1,520,900 diperuntukkan bagi 15,209 orang bayi yang dilahirkan.

Hadiah sebanyak RM14,672.000 turut diberikan kepada 14,672 pelajar yang berjaya ke IPT. Dan yang akhir sekali sebanyak RM2,000,000 diberikan kepada Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang seluruh Selangor menjadikan jumlah keseluruhan RM243,835,973.97 dibelanjakan bagi menjayakan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Ini membuktikan komitmen padu Kerajaan Negeri yang komited membantu menaikkan taraf hidup dan meningkatkan kualiti hidup rakyat di Negeri Selangor. Selangor adalah sebuah negeri maju dan dipimpin oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang meletakkan kepedulian yang tinggi terhadap kebajikan rakyat.

Walaupun Kerajaan Pusat tidak memberikan hak Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya diperolehi daripada jumlah cukai yang diserahkan oleh Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Pusat sebanyak RM20 billion pada tahun 2009.

Seharusnya 20% daripada jumlah tersebut adalah wajar dipulangkan kepada Kerajaan Negeri kerana ia merupakan hak Kerajaan Negeri bagi menggerakkan pembangunan ekonomi negeri, tidak berkadaran sekiranya hanya 2% dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri iaitu Cuma RM408 juta sahaja.

Namun ini tidak melemahkan dan membantutkan usaha Kerajaan Negeri bagi meneruskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi memastikan hak rakyat Selangor terbela.

Sumber: SelangorKini

Admin1

Leave Comment :