NGO, Rakyat Bersama Jana Program Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang

Antara program yang menjadi kebanggaan Selangor ialah skim bantuan untuk anak pekerja ladang disamping menambahbaik infrastuktur sekolah di kawasan estet.

Pengerusi Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr A. Xavier Jayakumar pelbagai masalah bersabit tanah sekolah diselesaikan dengan kerjasama pemegang saham dan pemaju.

“Kami juga memberi peruntukan untuk menjaga kesihatan perkerja ladang dan banyak perbincangan dibuat bersam NUPW bagi mengatasi masalah perumahan dan tempat beribadat di semua estet,”katanya.

Beberapa program lain turut diperkenalkan yang menjurus kepada meringankan kos pesakit dialysis, bayaran pembedahan katarak untuk pesakit matadan juga bantuan untuk pesakit miskin yang lain.

Kerajaan Negeri telah membawa program baru di mana kerajaan negeri akan memberi tanah kepada rakyat miskin yang tidak mampu membeli tanah dengan mengenalpasti tanah di kawasan masing-masing dengan mengutamakan daerah Sabak bernam, Kuala Selangor dan Sepang,” katanya.

Tanah berkenaan akan dipecahkan kepada lot-lot yang kecil untuk membolehkan mereka membina rumah di atas tapak berkenaan.

Dasar kebajjikan di Selangor turut merangkumi pemberian barangan makanan asas kepada golongan berpendapatan rendah di negeri ini.

Bantuan ini dilanjutkan dengan pemberian barangan keperluan persekolahan dan setakat ini, RM 3.96 juta sudah dsalurkan kepada sekolah-sekolah Tamil di Selangor.

Xavier yakin pendidikan memegang kunci untuk mengubah nasib keluarga terutama pekerja ladang yang selama ini di belenggu kemiskinan.

“Banyak masalah yang diadukan kepada saya termasuk pendidikan, kesimpitan hidup, tanah, kesihatan dan perumahan. Kita berterima kasih kerana banyak badan bukan kerajaan (NGO) yang datang untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri,’ katanya.

“Ini membuktikan mereka yakin dengan ketelusan dan keikhlasan kerajaan Pakatan Rakyat dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor,” tambah beliau.

Kerajaan negeri yakin segala perancangan dapat dilaksanakan berikutan kefahaman yang semakin terbentuk antara pegawai tempatan, pegawai kerajaan dan kerajaan negeri dalam mentadbir dan membawa kejayaan besar kepada Selangor.

Malah, pihaknya juga mengambil serius terhadap gejala denggi dengan memohon peruntukan yang wajar diberikan kepada jabatan kesihatan untuk menangani wabak itu.

Selain itu, beliau dan penduduk tempatan ‘turun padang’ untuk membersihkan kawasan yang berkemungkinan berpontensi menjadi tempat pembiakkan nyamuk aedes sebagai langkah mencegah.

Bagi aspek penjagaan kebersihan di kedai makan pula, Xavier turut meminta supaya satu piawaian atau ‘kayu ukur’ diwujudkan bagi menilai kualiti kebersihan di sesebuah restoran.

Sehingga hari ini, sebahagian besar PBT sudah memberikan kerjasama terhadap perlaksanaannya.

Admin1

Leave Comment :