Orang ramai beratur panjang serbu kaunter TAWAS

SUNGAI BULOH, 26 FEB: Program Penyampaian Penyata dan Pendaftaran Baru Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) yang diadakan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras mendapat sambutan luar biasa.

Hal ini terbukti apabila SelangorKini mendapati orang ramai mula beratur panjang sebaik sahaja kaunter TAWAS dibuka pada jam 8.30 pagi.

20170225_115000-500x375

Eksekutif Perhubungan Awam & Pengurusan Acara YAWAS, Noor Hayati Bibid berkata, pihak YAWAS menjemput seramai 5,560 peserta berdaftar TAWAS untuk hadir mengambil penyata dan kad keahlian TAWAS.

“Fokus program ini untuk ahli berdaftar di kawasan DUN Paya Jaras, Kuang dan Bukit Lanjan dengan jumlah kita jemput adalah 5,560 orang di mana orang Paya Jaras sahaja 3,000 orang. Sambutan daripada pagi hingga sekarang jam 12.30 tengah hari masih berbaris panjang, tak putus-putus.

“Selain dijemput untuk mengambil kad TAWAS, kami juga mempelawa mereka baru nak mendaftar sebab itulah kita boleh nampak kaunter YAWAS diserbu,” katanya pada program yang berlangsung di tempat letak kereta Pasaraya Econsave, Bandar Baru Sungai Buloh di sini, semalam.

Jelasnya, beliau menjangkakan kaunter YAWAS terus mendapat sambutan orang ramai sehinggalah kaunter ditutup pada jam 4.30 petang.

Katanya, orang ramai harus mengambil peluang mendaftarkan anak mereka sebagai peserta TAWAS kerana pelbagai manfaat yang boleh diperolehi.

“Anak itu menerima RM1,500 apabila mencecah usia 18 tahun dan selain itu waris menerima khairat kematian juga RM1,500 jika anak itu meninggal dunia sebelum umur 18 tahun.

“YAWAS juga ada hadiahkan baucar untuk membeli barangan persekolahan apabila anak itu masuk darjah satu,” katanya.

OLEH NAZLI IBRAHIM

Sumber Oleh : Selangorkini

Atikah

Leave Comment :