PEDULI-SIHAT-1170x550

Peduli Sihat lepasi sasaran pendaftaran suku pertama 2017

SHAH ALAM, 1 MEI: Seramai 200,000 peserta sudah mendaftar Skim Peduli Sihat sehingga 30 Mei 2017 sekaligus melepasi sasaran 50,000 peserta bagi suku tahun pertama 2017.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate, Noor Hisyam Ghouth berkata, setiap bulan berlaku peningkatan pendaftaran ahli baru menerusi gerak gerja bersepadu dianjurkan bersama Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan beberapa NGO tempatan.

 “Alhamdulillah program ini terus mendapat sambutan menggalakkan. Kita sudah melakukan lebih 30 jelajah di seluruh Selangor bersama UPEN dan beberapa NGO.

170410 peduli sihat-01“Walaupun kita hanya sebagai vendor namun tugasan seperti pengiklanan dan promosi menerusi media massa juga kita lakukan,” katanya.

Beliau berkata sasaran satu juta rakyat Selangor mendaftar dalam Skim Peduli Sihat ini mampu direalisasikan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Selain itu, Selgate turut menggunakan applikasi BookDoc bagi membantu pengguna menetapkan tarikh temujanji bersama doktor.

Bagi 2017, Kerajaan Negeri mensasarkan mensasarkan satu juta rakyat Selangor bakal mendapat manfaat daripada Skim Peduli Sihat yang memberikan perlindungan kesihatan asas bagi menampung kos sara hidup semasa.

Jumlah itu dianggarkan daripada 250,000 keluarga dalam kumpulan B40 yang terdiri daripada empat orang ahli keluarga dengan pendapatan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan.

OLEH AFIX REDZUAN (selangorkini.my)

Admin2

Leave Comment :