Dana Usahawan Mikro Selangor merupakan program khas anjuran Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor bagi membantu usahawan-usahawan Industri Mikro di negeri Selangor meningkatkan hasil jualan sekaligus melahirkan usahawan-usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing dan berdaya maju.

 

Bagi tujuan dana ini, definisi Industri Mikro adalah perusahaan yang diusahakan di kampung, pekan ataupun bandar yang telah beroperasi untuk tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun dari tarikh permohonan dan masih aktif menjalankan perniagaan dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000.00 dan mempunyai 2 hingga 5 orang pekerja.

 

Jumlah bantuan yang ditawarkan di bawah program ini adalah tidak melebihi RM30,000.00 per rumah atau per syarikat (tertakluk kepada kelulusan) dan boleh ditarik balik sekiranya tiada peningkatan produktiviti/pendapatan dalam tempoh 2 tahun dari tarikh penerimaan bantuan.

 

Bentuk bantuan yang ditawarkan adalah (tetapi tidak terhad kepada) pengujian produk (termasuk nutrisi), pendaftaran produk (termasuk cap dagang), pembelian mesin/peralatan/perkakasan, pencarian dan pendaftaran paten, perlindungan harta intelek (IP), mendapatkan pensijilan halal dan sistem pengurusan kualiti seperti HACCP dan lain-lain dan kos berkaitan bagi mematuhi keperluan pensijilan, menyertai aktiviti-aktiviti promosi seperti pembiayaan penyewaan ruang pameran di luar negara dan lain-lain yang dipersetujui dan diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Selangor/Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Dana Usahawan Mikro Selangor.

Permohonan ini dibuka sepanjang tahun dan hanya pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi. Jika pemohon tidak menerima jawapan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh permohonan, maka permohonan dianggap tidak berjaya.

 

SYARAT KELAYAKAN
  1. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat Negeri Selangor ATAU telah bermastautin di Negeri Selangor lebih daripada 10 tahun
  2. Berumur di antara 18 hingga 55 tahun
  3. Permohonan di atas nama Persatuan ataupun Pertubuhan tidak akan dipertimbangkan
  4. Perusahaan yang diusahakan telah beroperasi di Negeri Selangor untuk tempoh sekurang-kurangnya dua (2) tahun dari tarikh permohonan dan masih aktif menjalankan perniagaan dengan nilai jualan tahunan tidak melebihi RM300,000.00
  5. Mempunyai 2 hingga 5 orang pekerja; Konsisten dari segi pengeluaran
  6. Perusahaan yang dijalankan adalah sepenuh masa (kecuali bagi perusahaan secara atas talian)
  7. Pemohon yang berjaya hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja.

Terkini: Dana Usahawan Mikro Selangor

EXCO: Tingkat produktiviti usahawan, bantuan RM30,000 alatan niaga diteruskan

SHAH ALAM, 7 JAN: Geran bantuan peralatan perniagaan melalui Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS) diteruskan tahun ini, kata EXCO pembangunan ...
Baca Selanjutnya

Penternak lembu tenusu gembira terima bantuan bilah mesin pencincang

SEPANG, 31 OKT: Selepas hampir setengah tahun hilang sumber pendapatan, seorang penternak lembu tenusu dari Kampung Sri Tanjong, Dengkil di ...
Baca Selanjutnya

Sasar lebih ramai pengusaha makanan guna teknologi retort

SHAH ALAM, 10 DIS: Lebih ramai usahawan makanan dan minuman (F&B) di negeri ini disasar untuk mendapatkan geran Dana Usahawan ...
Baca Selanjutnya

Rantaian E-Bekalan Digital Selangor dilancar esok

SHAH ALAM, 2 OKT: Peluang untuk usahawan tempatan melebarkan sayap perniagaan ke peringkat lebih tinggi terbuka luas melalui pelaksanaan Rantaian ...
Baca Selanjutnya

Makanan Jawa mampu popularkan Kuala Langat

BANTING, 28 SEPT: Keunikan makanan masyarakat Jawa di Kuala Langat antara kunci utama untuk menarik kehadiran lebih ramai pengunjung asing ...
Baca Selanjutnya

Koperasi Penanam Sawit Mampan tingkat sosioekonomi pekebun kecil

MELAKA, 16 JULAI: Penubuhan Koperasi Penanam Sawit Mampan (KPSM) di bawah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), antara inisiatif kerajaan bagi ...
Baca Selanjutnya

MB : Bantu tingkat potensi usahawan IKS Sepang

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SEPANG, 29 JUN: Selangor sedia menjalin kerjasama dengan beberapa agensi keusahawanan bagi membantu meningkatkan potensi produk usahawan ...
Baca Selanjutnya

Muktamad RCEP bentuk kawasan perdagangan bebas terbesar di dunia

BANGKOK, 23 JUN: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha menggesa ASEAN untuk memuktamadkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) pada tahun ...
Baca Selanjutnya