PENDAPATAN KURANG RM1,500 LAYAK

Rakyat Selangor berpendapatan kurang daripada RM1,500 sebulan layak mendapat pinjaman tanpa faedah untuk memulakan atau meningkatkan pernigaan daripada Yayasan Microcredit Selangor. Perlaksanaan ini merupakan salah satu agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan mengubah pendapatan ke arah yang lebih baik.

Exco Hal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Hassan Ali berkata, Yayasan Microcredit diletakkan dibawah Tabung Al Qardhul Hassan, bertujuan membantu golongan miskin tanpa mengira kaum di Selangor.

“Yayasan Microcredit juga tidak mengenakan tuntutan mahkamah, dan tidak perlu mempunyai cagaran untuk mendapat pinjaman.” “Agak menghairankan! Tetapi kajian di seluruh dunia menunjukkan bayaran balik bagi pinjaman yang tidak ada interest, tanpa cagaran dan tiada tindakan mahkamah adalah 99 peratus. Datuk Hassan bercakap dengan pemberita di Majlis Forum Perdana di Masjid Ubudiah, Kerling.

Sumber: Selangor Kini

Admin1

Leave Comment :