Pentadbiran RMSB bergabung YAWAS

9d620052c0e840c38c2c79b019659bf8Syarikat Rantaian Mesra Sdn. Bhd. dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah mencapai pesetujuan bersama untuk menggabungkan operasi di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Sebagaimana yang telah dipersetuji, semua kakitangan RMSB akan diserap sepenuhnya di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) bermula pada 17hb Oktober 2016 yang lalu.  Penggabungan ini adalah untuk memantapkan lagi perkhidmatan kepada warga Selangor.

Sejak dari tahun 2008 RMSB telah mentadbir beberapa program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti :

  1. Skim Mesra Usia Emas
  2. Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar)
  3.  Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas)
  4. Skim Kesihatan Wanita Selangor
  5. Pusat Dialisis Rakyat (sebelum dikeluarkan daripada MES)

Selain dari itu, RMSB juga telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan:

  1. Portal MES
  2. Portal dan pengkalan data SI KEMBAR
  3. Portal dan pengkalan data TUNAS
  4. Pengkalan data SKIM KESIHATAN WANITA

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) kini diterajui oleh seorang Pengurus Besar En Kamsani bin Nasir yang sebelum ini merupakan Ketua Pegawai Operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd.  Buat masa ini Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) mempunyai 51 kakitangan di bawahnya.

Admin1

Leave Comment :