PERIHAL

HASIL NEGERI UNTUK RAKYAT

Sejak Pakatan Rakyat mentadbir Negeri Selangor mulai Mac 2008, satu agenda besar telah dirangka dan dilaksanakan segera. Keseluruhan agenda itu dirangkumkan sebagai “Hasil Negeri untuk Rakyat.”

Kekayaan hasil Negeri Selangor disalurkan kepada rakyat Negeri Selangor melalui program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang dahulunya dikenali sebagai Merakyatkan Ekonomi Selangor. Dimulakan dengan 7 agenda kemudian ditambah dan meningkat dari semasa ke semasa melalaui fasa demi fasa.

INISIATIF PEDULI RAKYAT (IPR)

Rakyat Negeri Selangor berhak berkongsi hasil kekayaan negeri. Hasil kekayaan ini diagih-agihkan kepada rakyat melalui pelbagai program bantuan dan sumbangan kepada rakyat Negeri Selangor. Program-program ini telah berjaya menyumbang secara terus kepada sebahagian besar rakyat Selangor di mana sehingga kini jumlah sumbangan keseluruhan sudah melebihi RM 1.8 billion.

Hasil dari kejayaan tersebut, program ini telah ditambah dan dipergiatkan lagi, supaya lebih banyak kekayaan yang dapat dikongsi dan dinikmati oleh rakyat Selangor. Fasa-fasa berikutnya sentisa dirancang dan dilaksanakan supaya Inisiatif Peduli Rakyat ini benar-benar memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat Selangor.

OBJEKTIF

Objektif utama dalam pentadbiran baharu adalah untuk memastikan Negeri Selangor menjadi negeri idaman dengan kemajuan dikekalkan dan kebajikan rakyat diutamakan di samping kualiti hidup rakyat dipertingkatkan dan agar rakyat dapat menikmati hidup yang lebih sejahtera. Kejayaan Negeri Selangor maju perlu diterjemahkan dengan erti kata sebenar agar rakyat menerima limpahan sebenar kekayaan Negeri Selangor yang melimpah ruah, mewujudkan keseimbangan dalam semua aspek pembangunan seimbang dan spiritual.

VISI DAN MISI

Visi dan Misi Kerajaan Negeri Selangor dalam program Inisiatif Peduli Rakyat adalah dengan mengutamakan kebajikan rakyat di samping kualiti hidup rakyat dipertingkatkan. Rohani dan jasmani amat penting ke arah mengekalkan status negeri maju dan terus disegani.

Statistik terkini Perbelanjaan IPR : Statistik IPR

Nota: ‘IPR: Inisiatif Peduli Rakyat’ sebelum Januari 2017 dikenali sebagai program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).


Koleksi Video Inisiatif Peduli Rakyat (IPR)