Periksa payudara percuma

Seramai 11,000 wanita bakal menerima perkhidmatan pemeriksaan kanser payudara melalui program ‘Mobile Unit Reaching Nationwide with Information’ (Murni).

Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi (PKR-Sementa) berkata Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Pusat Wanita Berdaya (PWB) supaya wanita mendapat perkhidmatan percuma itu.

“Kita mahu memperluaskannya secara menyeluruh melalui kerjasama PWB dan

DUN seluruh negeri,” katanya menjawab soalan tambahan Rodziah Ismail (PKR-Batu Tiga) 6 April lalu.

Murni memudahkan wanita khususnya luar bandar memperoleh perkhidmatan pemeriksaan kanser payudara tanpa perlu ke hospital melalui penggunaan van merah jambu yang menjelajah ke semua 56 DUN (DUN).

Admin1

Leave Comment :