Skim Dana Selangor (DanaSel) dibangunkan dengan tujuan membantu golongan berpendapatan rendah di Negeri Selangor yang tidak layak atau gagal mendapat pinjaman perumahan daripada pihak bank mahupun institusi kewangan. Perumahan dan Hartanah Selangor (PHSSB) bersedia membantu rakyat Selangor bagi tujuan penyewaan dan pemilikan (pembelian) rumah kos rendah atau Rumah Selangorku Jenis A.

 

Melalui skim ini Kerajaan Negeri Selangor akan membeli rumah dan disewakan kepada pembeli. Rumah itu kemudian akan dijual dengan harga jualan yang ditolak sebahagian dari sewa yang dibayar. Peserta program ini boleh melaksanakan tujuan untuk membeli unit rumah berkenaan dalam tempoh tidak melebihi 25 tahun pada harga asal rumah tersebut bermula dari tarikh ia mula disewakan.

 

SYARAT KELAYAKAN

  1. Pemohon berdaftar di bawah LPHS/PHSSB
  2. Pemohon memohon untuk Skim Danasel
  3. Permohonan akan ditapis oleh PHSSB
  4. Sekiranya pemohon berjaya melepasi proses penapisan, pemohon mestilah menghadiri sesi temuduga bersama LPHS, PWN dan PHSSB
  5. Pemohon yang berjaya mestilah menghadiri sesi taklimat dan membuat pembayaran awal kemasukan
  6. Sewaktu proses kemasukan, pemohon mestilah membuat bayaran deposit 10% daripada harga rumah
  7. Seterusnya pemohon akan melalui proses penyerahan unit pemilikan kosong, penyerahan kunci, tandatangan perjanjian penyewaan, proses pertukaran nama bekalan air dan elektrik dan membuat lawatan periksa unit

JIKA TELAH MENDAFTAR DENGAN LPHS, SILA SEMAK STATUS PERMOHONAN DAHULU DENGAN LPHS.

 

JIKA BELUM MENDAFTAR, SILA KE KAUNTER LPHS UNTUK AMBIL BORANG PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH / HUBUNGI:

  1. PEJABAT PENGARAH EKSEKUTIF: 603 – 5544 7000
  2. BAHAGIAN PERUMAHAN: 03-5510 3924
  3. BAHAGIAN PEMBANGUNAN: 03-5544 7906
  4. BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN: 03-5544 7166

Terkini: Skim DanaSel

1000 pembeli Rumah SelangorKu bakal terima pinjaman kewangan tanpa faedah

OLEH ERMIZI MUHAMAD SHAH ALAM, 13 NOV: RM15 Juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi memberi pinjaman tanpa faedah kepada pembeli rumah ...
Baca Selanjutnya

Kerajaan Negeri – Bank Rakyat bincang atasi masalah pembeli Rumah Selangorku

OLEH HAFIZAN TAIB SAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan bersama Bank Kerjasama (M) Rakyat Berhad (Bank Rakyat) ...
Baca Selanjutnya

Menteri disaran cetus idea bernas selesai isu perumahan rakyat

OLEH SYASYA SUFIAN SHAH ALAM, 10 SEP: Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mencampur aduk peranan pemaju apabila mencadangkan memberi pinjaman kepada ...
Baca Selanjutnya

Tubuhkan Tabung Pembeli-Pembeli Rumah Kebangsaan

OLEH: Dato’ Iskandar Abdul Samad Saya bersetuju dengan pandangan pemaju-pemaju yang menolak cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan ...
Baca Selanjutnya

Skim sewa beli: Pusat ‘ketinggalan’, Selangor dah lama laksana

OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 15 OGOS: Skim sewa beli tanpa deposit dilaksanakan Kerajaan Pusat disifatkan sebagai ‘ketinggalan’ ekoran sistem ...
Baca Selanjutnya

Kepelbagaian Rumah Selangorku bantu rakyat buat pilihan

Oleh: AFEEQA AFEERA SHAH ALAM, 6 NOV: Rumah Selangorku yang mengkhususkan golongan berpendapatan rendah bukan bertujuan memansuhkan pembinaan rumah kos ...
Baca Selanjutnya

RM10 juta bantu rakyat miliki rumah pertama

Oleh: LIZAWATI MADFA SHAH ALAM, 30 OKT: Peruntukan RM10 juta disediakan bagi membantu rakyat memiliki rumah pertama menerusi Skim ‘Selangor ...
Baca Selanjutnya

Peluang terbaik miliki rumah dengan DanaSel

Oleh: LIZAWATI MADFA SHAH ALAM, 18 OKT: Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (DanaSel) kini terbuka kepada orang ramai bagi membantu mereka ...
Baca Selanjutnya