Portal MES perlu dikemaskini

OLEH : NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 29 MAC: Laman sesawang Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) perlu dikemaskini bagi membolehkan pengguna melayari atau mendapatkan informasi berkenaan program Kerajaan Negeri itu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Damansara Utama, Yeo Bee Ying, berkata hal itu juga bagi mengelakkan orang ramai tidak salah faham dengan berita palsu yang banyak disampaikan menerusi aplikasi Whatsapp.

DNS 2016“Bila kita sebut mahu menjadikan Selangor sebagai Smart Stateterkemuka dunia dan ‘internet of things’ sudah tentu langkah utama ia diambil kira.

“Bagaimana mencapai Smart State jika laman sesawang utama seperti program MES tidak dikemaskini,” katanya yang membahas titah ucapan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.

Beliau juga menyambut baik usaha Kerajaan Negeri dalam memperuntukkan sebanyak RM16 juta bagi pemasangan 2,500 hotspot wifi.

“Namun, apa yang membimbangkan dalam usaha mencapai Smart State, internet di negara ini masih ditahap membimbangkan.

“Kelajuan internet negara kita berbanding negara kain sangat tidak memuaskan,” katanya.

Pada masa yang sama, Bee Ying mencadangkan Kerajaan Negeri menetapkan dimensi penting dalam pelaksanaan Smart State.

“Ia supaya rakyat boleh mengukur pelaksanaan Smart Selangor bukan sahaja sekadar cakap kosong,” katanya.

EZY

Admin1

Leave Comment :