PROGRAM HARI BERTEMU PELANGGAN MERIAH

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam usaha untuk mendampingi dan bertemu rakyat telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu (HBPB) Peringkat Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Program HBPB ini merupakan kali pertama bagi tahun 2010 ini yang telah diadakan selama 2 hari berturut-turut iaitu pada 25 dan 26 Mei 2010 bertempat di Kompleks PKNS Bangi, Daerah Hulu Langat, Selangor. Program HBPB adalah satu program di mana pelbagai jabatan/agensi Kerajaan di Negeri Selangor secara bersama-sama turun padang dengan membuka kaunter penerangan, pendaftaran dan aduan.

Pelangan mendapatkan informasi berkenaan denagn Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)

Program HBPB ini telah beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam pada kedua-dua hari tersebut berlangsung.

Sebanyak 26 booth pameran telah disediakan di mana 25 jabatan/agensi di Negeri Selangor akan mengambil bahagian. Antara jabatan/agensi tersebut ialah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor dan lain-lain lagi.

Hadiah Anak Masuk IPT merupakan salah satu Agenda MES

Orang ramai yang hadir telah mendapatkan maklumat dan mendaftar untuk program-program di bawah Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Skim Mesra Usia Emas (MUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Hadiah Pengajian IPT Negeri Selangor.

Warga Negeri Selangor dan penduduk sekitar telah hadir berurusan dalam mendapatkan informasi, perkhidmatan, khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan secara terus dengan jabatan/agensi kerajaan yang menyertai program HBPB yang julung kalinya diadakan di Kompleks PKNS Bangi ini.

Turut hadir…Dato’ Ramli mengunjungi kaunter bomba

Terdapat lintas langsung dari TV Selangor kepada pelayar internet..
Admin1

Leave Comment :