Program Pengurusan Kewangan Bijak & Penyampaian Sijil TAWAS-AmBank

Jumlah pendaftaran ahli si manja Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) sejak Ogos 2008 hingga Febuari 2010 mencecah 20,150 ahli dan anggaran jumlah permohonan yang diterima setiap bulan adalah 1,000 permohonan. Jumlah tersebut jelas menunjukkan rakyat menyambut baik projek tersebut.

Pengurus besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Mohd Nor Bin Mohd Zin berkata, Program Penyerahan Sijil Tawas-AmBank dan Program Pengurusan Kewangan Bijak ceramah bagi ibu bapa muda merupakan program lanjutan.

“Program sebegini merupakan rasa tanggungjawab sosial bagi ibu bapa muda dalam soal pengurusan kewangan dan akan dijalankan secara berterusan di Dewan Bestari Jaya, Kuala Selangor pasa 24 April ini dan di Dewan Hamzah, Klang pada 8 Mei depan.

Sesak…kaunter pendaftaran dipenuhi ibu bapa yang ingin mendaftar anaknya.

Namun, program ceramah untuk ibu bapa muda berkaitan dengan perancangan kewangan yang julung kali diadakan,” katanya ketika ditemui perrasmian Program Penyerahan Sijil Tawas AmBank dan ceramah untuk ibu bapa muda yang berlangsung di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Seramai 150 kanak-kanak yang mendaftar TAWAS menerima sijil TAWAS-AmBnak di dalam majlis tersebut. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Khassim Abdul Aziz dan penasihat YAWAS, Dato’ Anuar Md Nor.

Menurutnya, perbenlanjaan seharian dilihat semakin meningkat dari masa ke semasa dan memberi kesan kepada ketidakstabilan kewangan keluarga terutama keluarga yang tinggal di Bandar. “Malah, perbelanjaan ini juga dirasai keluarga yang tinggal di luar Bandar. Program ini secara tidak langsung mendidik serta memupuk jiwa ibu bapa muda tentang betapa pentingnya berbelanja secara bijak dan berhemah demi kewangan masa depan.

Selain itu, golongan tersebut dapat menguruskan kewangan bagi menghadapi krisis ekonomi pada masa kini bahkan, program sebegini dapat membuka minda masyarakat tentang kepentingan berjimat cermat dalam perbelanjaan.

Beberapa penceramah yang berpenggalaman dan mahir juga dijemput untuk menyampaikan ceramah terutamanya berkaitan pengurusan kewangan yang efektif, malah ibu bapa diberi peluang mengemukakan pertanyaan kepada penceramah.

Penceramah dari AmAssurance, Mr. Tan Choon Kiang

Penceramah dari AKPK, Mr. Devinder Singh

YAWAS juga telah berjaya menjalinkan kerjasama dengan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) dan AmAssurance untuk menjayakan program ini.

Sebanyak 17,000 lebih permohonan yang telah diluluskan dan selebihnya masih dalam semakan. Pada awalnya, ada beberapa permohonan ditolak kerana tidak menepati beberapa syarat utama iaitu status warganegara Malaysia apabila seorang daripada ibu bapa bayi lahir di Selangor atau anak itu lahir di Selangor dan ibu bapanya menetap di Selangor lebih dari 10 tahun.

Saya meminta kepada semua warga Selangor supaya mendaftarkan anak mereka yang lahir 2009 dan 2010 kerana permohonan untuk kelahiran 2008 telah ditutup dan kelahiran 2009 akan ditutup tidak lama lagi.

Penerima-penerima Sijil Tawas-Ambank

Pemenang-pemenang cabutan bertuah

Admin1

Leave Comment :