Program PTRS Bantu Pelajar Miskin

Petaling Jaya – Usaha merialisasikan dasar Kerajaan Negeri Selangor bagi memenuhi agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Dewan Undangan Negeri (DUN) taman Medan mengadakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) bagi anak tempatan yang bakal menduduki peperiksaan SIjil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan, Haniza Mohd Talha berkata, program PTRS yang sudah masuk tahun kedua itu diadakan bertujuan membantu rakyat terutamanya pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah dalam usaha mempertingkatkan pencapaian akademik mereka.

Katanya, program itu juga adalah salah satu bentuk perkhidmatan penjanaan modal insane dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan bertujuan membela nasib pelajar yang kurang berkemampuan di sekitar DUN Taman Medan.

Dalam program ini, diharapkan pelajar akan mendapat pelbagai manfaat kerana ia menyediakan sesi pembelajaran secara percuma melibatkan empat subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik dan Bahasa Inggeris.

“Guru yang mengajar subjek berkenaan juga adalah guru yang berpenggalaman,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis anugerah pelajar SPM dan STPM 2009 di salah sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee loy Sian.

Sementara itu, Haniza yang juga Timbalan Speaker DUN menasihatkan ibu bapa supaya peka dan prihatin terhadap pergaulan anak masing-masing. Katanya, jika tersilap memilih kawan, mereka boleh terpengaruh dengan pelbagai aktiviti tidak sihat.

“Jangan ambil mudah perkara ini. Kita kena tahu dan selidik denagn siapa anak kita berkawan. Pastikan mereka bergaul dengan orang yang betul dan nasihatkan mereka supaya memilih rakan yang cemerlang dalam pelajaran,” katanya.

11 April 2010 – Sinar Harian

Admin1

Leave Comment :