PROGRAM SAMBUTAN AIDILFITRI MERAKYATKAN EKONOMI SELANGOR (MES) 2010

Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri Selangor telah berjaya melaksanakan program-program yang dirancang dalam Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES). Pada tanggal 30 September 2010, satu program Sambutan Aidilfitri Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) telah pun diadakan bertempat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program anjuran Yaysan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan program yang julung kali diadakan dimana sebahagian peserta yang terlibat dalam agenda MES untuk fasa pertama diundang khas bagi menjayakan program pada malam tersebut. Program ini juga telah mendapat kerjasama daripada pihak Kerajaan Negeri Selangor dan anak-anak syariakat di bawah kerajaan Negeri Selangor. Antara peserta yang terlibat termasuklah dari Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Hadiah Anak Masuk Universiti, dan Tabung Pendidikan Anak-Anak Pekerja Ladang.

Majlis pada malam tersebut diserikan lagi dengan kehadiran YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor dan isteri diiringi oleh beberapa orang EXCO, ADUN dan pegawai-pegawai kanan kerajaan. Dalam ucapan persamian majlis, YAB Tan Sri Dato’ Seri telah memaklumkan secara ringkasnya kepada semua yang hadir berhubung status terkini mengenai pencapaian dan perlaksanaan Agenda MES. Selain daripada itu, beliau juga telah memaklumkan program baru MES iaitu Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) yang telahpun dilancarkan untuk membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka daripada kitaran kemiskinan. Sejumlah RM 70 Juta peruntukan diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk perlaksaaan program ini. Pada keseluruhan kerajaan Negeri Selangor telahpun membelanjakan sebanyak RM 426.65 Juta untuk perlaksanaan Agenda MES bagi fasa pertama ini.

Sejurus selepas ucapan tersebut, YAB Tan Sri Dato’ Seri diminta untuk merasmikan lagu rasmi TAWAS diiringi oleh anak-anak dari TASKA Seksyen 6, Shah Alam. Selain daripada itu, program pada malam tersebut diteruskan lagi dengan penyampaian sijil TAWAS-Ambank untuk anak-anak TAWAS dan pembayaran pertama SMUE sebanyak RM 1500.00 seorang kepada pewaris yang telah berdaftar.

Ketika menjamu selera, tetamu diperdengarkan dengan alunan gazal dan berberapa persembahan termasuklah dari Rumah Anak-Anak Kesayangan Ku, Taska Seksyen 17 Shah Alam dan Taska Seksyen 16 Shah Alam.

Dianggarkan seramai 1000 orang tetamu hadir bagi memeriahkan majlis pada malam tersebut.

Admin1

Leave Comment :