PTRS akan ditambah baik

SHAH ALAM – Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dimulakan Kerajaan Negeri sejak 2009 akan diteruskan den –
gan beberapa penambahbaikan demi mening-katkan tahap pencapaian diraih setakat ini.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali (gambar), berkata program bantuan kelas tusiyen percuma melalui skim di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu jelas mendapat sambutan majoriti rakyat Selangor.

“Memang ramai berikan input yang baik terhadap PTRS dan minta ia diteruskan, malah tidak sabar untuk turut serta,”
katanya kepada SelangorKini.
Image result for pusat tuisyen rakyat selangorBeliau berkata, antara penambahbaikan bagi program itu ialah Adun dan Penyelaras di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN akan diminta mengemukakan lebih daripada satu nama Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) yang bakal dilantik bagi mengendalikan program berkenaan.

Katanya, pihak perunding juga akan dilantik bagi pemantauan PTRS bagi meneruskan kesinambungan kejayaan program itu sejak ia dimulakan lima tahun lalu.

“Sebelum ini kita bagi kepada dua pihak perunding untuk memantaukan program ini dan menyelaraskannya. Nanti kita kan buka dan tengok syarikat atau pihak mana yang akan dipertanggungjawabkan untuk meneruskan program ini.

“Ia tidak kira pihak mana, sama ada syarikat atau NGO, tetapi dia kena boleh buat dan mencapai tahap ditetapkan, kerana kita sudah berjaya melaksanakan mengikut perancangan. Dia perlu berjaya dan mesti lebih baik daripada apa yang kita capai selama ini,” katanya.

Beliau berkata, pihak yang berminat untuk turut serta menjayakan program itu perlu membuktikan kemampuan bagi melaksanakannya dan menepati sukatan pelajaran kerana ia membabitkan kalangan pelajar dengan tahap sederhana dan lemah.

Katanya, sesi temuduga bagi tujuan itu akan dijalankan bagi mengenal pasti semua pihak dan tenaga kerja yang layak bagi menjalankan misi Kerajaan Negeri itu.

Berhubung syarat kelayakan program itu, Halimah berkata, syarat sedia ada masih diguna pakai iaitu pelajar dari keluarga berpendapatan RM1,500 dan ke bawah layak menyertai PTRS.

“Setakat ini kita belum bincang lagi (untuk pertukaran syarat kelayakan) dan yang ini kita akan bawa kertas kerja kepada mesyuarat Exco, tetapi itu garis panduan umum sahaja.

“Sebenarnya, kalau mereka tidak mampu, memang boleh… tiada masalah, lagi-lagi di bandar. Kita pun faham miskin bandar berbeza dengan miskin luar bandar,” katanya mengenai isu sesetengah pelajar keluarga berpendapatan melebihi RM1,500 yang ingin menyertai program itu.

Admin1

Leave Comment :