PTRS mantapkan pendidikan anak-anak

KLANG – Ibu bapa di Selangor perlu memainkan peranan yang lebih meluas untuk merangsang anak menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan negeri, Dr Halimah Ali, berkata pendekatan itu perlu diambil bukan sahaja untuk memantapkan pembelajaran anak-anak tetapi juga mengelakkan anak terbabit dengan aktiviti tidak bermoral.

“Ini sebenarnya cara Kerajaan Negeri keluar daripada kepompong kemiskinan. Selain duit kita mahu bagi pendidikan masa depan yang lebih baik,” katanya di program pelancaran PTRS dan motivasi keibubapaan anjuran Koordinator Pembangunan Modal Insan (KPMI) Selat Klang dan
Pejabat ADUN Selat Klang di Dewan Putra, Kampung Delek Kanan, baru-baru ini.

Program PTRS diwujudkan pada Januari 2009 dengan pruntukan RM3.4 juta setahun.
Setakat ini, seramai 93 pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
80 pelajar bagi Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) menyertai PTRS di DUN Selat
Klang bagi suku tahun ini.“Kita tidak mahu anak tercicir dan berasa malu dengan pelajar lain seterusnya mula terbabit dengan masalah soial. Ada pelajar selepas menyertai PTRS yang mendapat 9A dan 12A, sedangkan meeka sebelum ini adalah pelajar yang tercicir.“Oleh itu, sebagai ibu bapa kita perlu tahu bagaimana peranan ibu bapa membantu anak mencapai yang terbaik menggunakan peluang sedia ada,” katanya.

Sumber : Selangorkini.com

Admin1

Leave Comment :