pusat-khidmat
Permohonan Ubahsuai Maklumat Pusat Khidmat DUN

*PENTING* Hanya untuk kegunaan Petugas Pusat Khidmat DUN sahaja.
Sebarang pertanyaan atau permohonan pembetulan maklumat program Tawas, Tunas, Sikembar, SMUE, SKW dan lain-lain tidak akan dilayan. Sila email kepada: pertanyaan@yawas.my

N01 – SUNGAI AIR TAWAR

PUSAT KHIDMAT DUN SUNGAI AIR TAWAR
Kampung Simpang 4 BNO,
45200 Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3213 6607 / 03-3213 6609
Fax : 03-3213 6609

Email :pkm.n01sat@gmail.com, nazarmustafa@gmail.com

Pegawai Penyelaras:
Haji Zamri Bin Yahya

Petugas :
Nazarnor Bin Mustafa

Nur Fitriah Binti Mohd Maskuri

Waznah Binti Buang

 

Permohonan Ubahsuai Maklumat

img_21238525759935a84aY.B. TUAN SALLEHEN BIN MUKHYI

PUSAT KHIDMAT DUN SABAK
Balai Rakyat Jalan Rajawali,
Taman Berjaya,
45200 Sabak Bernam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3216 2931
Fax : 03-3216 2933

Email : pkm_n02@yahoo.com

Petugas :
Shuib Hj Musa

Permohonan Ubahsuai Maklumat&lt

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN SUNGAI PANJANG
Lot 1581 Tingkat 1, Jln Bunga Kenanga Medan,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3224 7633
Fax : 03-3224 7633

Email : n3sgpanjang@gmail.com

Pegawai Penyelaras:
Ustaz Mohd Razali Bin Saari

Petugas MES:
Mohd Safuan Bin Mat Ismail

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B. TUAN NG SUEE LIMng-suee-lim

PEJABAT PERKHIDMATAN ADUN SEKINCHAN
No.6A, Jalan Menteri
45400 Sekinchan,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3241 3690
Fax : 03-3241 3690

Petugas MES:
Gan Kian Yong

Email : dapsekinchan@gmail.com, gankianyong@yahoo.com


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA

Sumber : Selangorkini 13 – 20 September 2013

Ng Suee Lim: Keluarga kekuatan saya

Biarpun jarang dapat meluangkan masa bersama keluarga, namun jika berkesempatan, Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, akan menggunakan ruang itu sebaik-baiknya bersama anak dan isteri.

Suee Lim menjelaskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat menuntut beliau meluangkan lebih banyak masa bekerja.

“Saya berterima kasih kepada isteri yang banyak berkorban dalam kerjaya saya. Tanpa bantuan mereka tidak mungkin saya akan berjaya seperti hari ini,” luah Suee Lim.

Selain berpolitik, Suee Lim turut melibatkan diri dalam perniagaan runcit dan makanan secara separuh masa.

Beliau berkata, dia turut akan berbincang dan berkongsi cerita serta bertukar-tukar idea dengan anak dan isteri berhubung pelbagai isu yang berkepentingan seperti hal ehwal semasa dan pendidikan.

Katanya, ada kalanya dia turut bersukan seperti bermain badminton atau berenang bersama anak-anaknya yang gemarkan aktiviti seperti itu.

“Saya ada tiga anak, campur satu iaitu anak angkat. Mereka semua menggembirakan saya,” katanya dengan menjelaskan anak-anaknya berusia antara 13 hingga 19 tahun.

Tiada jalan singkat dalam politik

TIADA jalan singkat dalam politik. Hanya kerja keras dan semangat tidak berputus asa yang menentukan sejauh mana perjalanan seseorang itu dalam arena politik.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata tewas dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) ebelum ini, iaitu pada 1994 dan 1999, membantu beliau bermuhasabah dan merangka gerak kerja yang berkesan sehingga berjaya memenangai DUN Sekinchan sejak 2004 hingga sekarang.

“Pegangan saya, tiada kejayaan datang bergolek tanpa usaha. Dengan sebab itu saya terus berusaha untuk dapatkan sokongan rakyat.

“Walaupun pernah dicaci dan ditolak, tetapi saya tetap jalankan usaha meninjau kawasan dan mengambil tahu masalah rakyat supaya saya memahami keadaan mereka,” katanya.

Suee Lim berkata, antara cabaran yang beliau hadapi adalah mengikis syak wasangka masyarakat Cina terhadap parti-parti politik Pakatan Rakyat (PR), terutamanya PAS.

Untuk menyakinkan mereka, Suee Lim menganjurkan kempen penerangan dan membawa masyarakat Cina Sekinchan meawat Kelantan.

“Dalam lawatan ke negeri Serambi Mekah itu, saya berjaya menyakinkan mereka yang akhirnya memahami perjuangan PAS, serta kagum dengan penerangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan ketika itu) yang tidak membezakan antara Islam dan bukan Islam,” katanya.

Beliau menjelaskan, jumlah kecil etnik lain dalam DUN Sekinchan yang majoritinya Cina, mendorong beliau untuk memberi perhatian yang lebih kepada masyarakat Melayu, India dan lain-lain.

“Saya tidak pernah bezakan rakyat, saya bantu semua orang di sini dan jika dilihat bantuan banyak diberikan kepada orang Melayu.

“Melalui peruntukan DUN, saya sering membantu dari segi membaik pulih rumah, pendidikan, bantuan kos sara hidup dan sebagainya,” katanya.

Agro pelancongan mampu tingkat ekonomi desa

BIDANG agro pelancongan berpotensi untuk dimajukan di DUN Sekinchan, sesuai dengan aktiviti masyarakat, sektor pertanian dan perkembangan industri hiliran di situ.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, yakin agro pelancongan mampu memberi manfaat kepada masyarakat setempat, khususnya orang Melayu, dan menguja perkembangan Industri Kecil dan Sederhana.

“Satu keistimewaan di sini ialah hasil lautnya. Salah satu produk hasil laut tersebut ialah mentarang bakar yang menjadi buah mulut pelancong yang datang ke Sekinchan.

“Agro pelancongan mampu membawa hasil kepada produk-produk seperti ini, yang giat diusahakan masyarakat dan ia seperti cendawan tumbuh selepas hujan,”
katanya.

Suee Lim menceritakan lawatan beliau ke Taiwan yang berjaya merancakkan ekonomi luar bandar melalui agro pelancongan secara berhati-hati tanpa menjejaskan kualiti kehidupan desa.

Taiwan merupakan ekonomi kapitalis maju yang ke-19 terbesar di dunia.

“Mereka menitikberatkan agro pelancongan di mana kawasan luar bandar seperti kampung pertanian, dijadikan kawasan pelancongan dengan pembinaan chalet dengan pelbagai aktiviti serta hidangan tradisonal.

“Dengan suasana kampung yang tenang, perkhidmatan basikal sewa disediakan untuk pelancong bergerak di setiap kawasan, di mana perkhidmatan sama sudahpun dimulakan oleh pengusaha tempatan,” katanya.

Beliau berkata, perkhidmatan hotel dan rumah tumpangan seperti homestay juga sedang giat dijalankan dan pihaknya bersedia membantu pengusaha dan Tourism Selangor menjayakannya.

Masalah penanam padi diatasi

PERHATIAN yang diberikan Kerajaan Negeri kepada penanaman padi di kawasan DUN Sekinchan banyak membantu daya ekonomi petani.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, juga memainkan peranan dan memperjuangkan nasib golongan petani yang rata-ratanya menjadi mangsa harga pasaran dan pendapatan yang tidak menentu.

Sejak mewakili kawasan ini pada 2004, Sekinchan kini antara penyumbang utama beras untuk Malaysia.

“Setakat ini sudah lebih kurang 75 peratus masalah petani di sini diselesaikan dan tinggal hanya beberapa perkara yang masih belum seperti insentif kerajaan seperti subsidi penjualan padi serta yang lain.

“Antara yang paling berjaya kita usahakan di mana dari RM550 bagi satu tan padi pada 2004 sudah meningkat ke RM650 pada 2007 dan selepas 2008 apabila Pakatan Rakyat (PR) menang di Selangor menjadi RM1,300 hingga RM1,400 satu tan,” jelas Suee Lim.

Suee Lim menceritakan beliau terpanggil untuk membantu kehidupan petani dalam kawasannya selepas menyaksikan sendiri susah payah golongan itu.

“Sebelum ini dalam tempoh kira-kira sepuluh tahun, memang petani di sini menghadapi kesukaran, dengan harga padi rendah, iaitu RM550 satu tan dan potongan basah mencecah lebih dari 17 hingga 25 peratus.

Ini menimbulkan kemarahan masyarakat tani dan mereka mahu peratusan potongan itu dikurangkan,” katanya.

Suee Lim berkata, bidang pertanian perlu dimajukan menjadi satu bidang industri. Dasar yang holistik dan komprehensif juga perlu supaya golongan muda menjadi perintis kemajuan industri padi di Selangor dan Malaysia.

“Bidang ini perlukan daya tarikan, seperti hasil pendapatan menguntungkan, mungkin sekitar RM3,000 sebulan yang boleh menjamin kehidupan masyarakat tani, maka dengan cara ini pasti anak muda akan berminat meneruskan bidang pertanian.

Sumber : Selangorkini 13 – 20 September 2013

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN HULU BERNAM
Balai Raya Jalan Besar,
35900 Hulu Bernam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 05-4599 810
Fax : 05-4582 808

Email : pkmhulubernam@gmail.com

Pegawai Penyelaras:
Hj. Muhammad Idris Ahmad

Petugas :
Mohd Jaafar Mohd Rufie
Che Om Mohd Ali
Haji Harun Hasim


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

lee-kee-hiongY.B PUAN LEE KEE HIONG

PUSAT KHIDMAT ADUN KUALA KUBU BHARU
No.15, Jalan Gamelan 1,
Off Jalan Hamzah, Taman Gamelan,
44000 Kuala Kubu Baharu
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-6064 5505
Fax : 03-6064 5055

Email : Leekeehiong@selangor.gov.my

Petugas :
Pek Boon Siew


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat


MENGENALI ADUN ANDA

Sumber : Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

Eko pelancongan, tingkat ekonomi penduduk KKB

Mandat yang diberikan kepada rakyat Kuala Kubu Bharu (KKB) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kepada Lee Kee Hiong akan cuba digunakan sebaiknya dalam usaha memperkasakan ekonomi di kawasan itu.

Adun KKB itu berkata, beliau mahu memajukan eko pelancongan di KKB supaya penduduk tempatan mendapat hasil daripada kedatangan pelancong dalam dan luar negara.

Katanya, KKB mempunyai banyak tinggalan sejarah, justeru tidak asing bandar itu dikenali sebagai bandar warisan.

“Segala perancangan untuk menuju ke arah itu dirangka dengan teliti dan pelaksanaannya sedang rancak serta bakal direalisasikan bermula tahun depan dan cuba diselesaikan dalam tempoh lima tahun,” katanya pada Selangor Kini.

Antara kawasan yang boleh diangkat menjadi warisan KKB ialah stesen lama Keretapi Tanah Melayu (KTM) di Kuala Kubu Road.

“Selain itu, kita sedang cari landasan kereta api lama yang masih tersembunyi, sama ada di Kampung Dagang Setia atau di Taman Gamelan,” katanya.

Lee berkata, Taman Millenium juga akan disenaraikan sebagai kawasan warisan kerana di situ terletaknya bandar lama KKB.

Katanya, bandar terbabit dahulunya tenggelam disebabkan tragedi empangan pecah.

“Bandar lama itu terbenam di bawah tapak Taman Millenium, kita akan temui pakar atau jabatan sejarah untuk menjejaki kesemua tapak dan peninggalan sejarah lama KKB,” katanya.

Malah menurut Lee, beliau sudah pun berbincang dengan Jabatan Perancang Bandar, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Katanya, usaha itu akan merancakkan lagi pelan Rancangan Kawasan Khas (RKK) dalam Agenda 21 yang dirancang bersama dengan MDHS.

Selain itu, Lee juga bercadang memperkenalkan bangunan-bangunan sejarah yang didirikan seawal tahun 30an di KKB.

“Ia salah satu bangunan terancang , tidak seperti Taiping, ia dirancang Pejabat Daerah, bukan perancang. Jadi kita mahu selenggara bangunan ini supaya warisannya dijaga,” katanya.

Turut dalam perancangannya, memperkenalkan kawasan Bukit Kutu yang mempunyai sejarah peninggalan British di puncak bukit selain mempergiatkan lagi aktiviti ‘water rafting’ di KKB.

Beri peluang anak muda bekerja

ADUN Kuala Kubu Bharu (KKB), Lee Kee Hiong mahu merancakkan beberapa industri di KKB supaya anak muda KKB tidak perlu berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.

Katanya, pembangunan di KKB perlu dibangunkan memandangkan ia termasuk dalam kategori luar bandar dan pembangunan itu memerlukan tenaga anak muda.

“Ketika ini, saya hadapi masalah kerana anak muda banyak yang berhijrah ke bandar, yang tinggal ketika ini kebanyakannya golongan warga emas.

“Disebabkan anak muda tiada, saya hadapi tenaga kerja bersama untuk memajukan KKB,” katanya.

Sehubungan itu, pada peringkat awal, Lee merancang untuk mempergiatkan industri perkilangan dan eko perlancongan supaya anak muda tidak berhijrah ke bandar dalam masa yang sama memberi peluang pekerjaan kepada mereka.

Bagaimanapun katanya, sektor perkilangan akan dijaga dengan baik supaya tiada pencemaran berlaku sehingga menyebabkan sektor perlancongan terjejas.

“Peringkat awal ini, saya jalankan beberapa aktivit antaranya pertandingan fotografi, saya akan bawa untuk dipamekan keuala Lumpur.

“Pada perayaan Tahun Baru Cina ini nanti, saya mahu mengadakan karnival selama enam hari, supaya anak-anak muda meluangkan masa lebih bersama keluarga.

“Saya juga mahu infrastruktur di KKB dinaik taraf, antaranya jalan raya dan kemudahan Internet. Ini perkara yang penting dalam membangunkan sesuatu kawasan,” katanya.

Turun padang dekati rakyat

MELIHAT pada kebangkitan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR), Adun Kuala Kubu Bharu (KKB), Lee Kee Hiong, mahu memastikan budaya kerjanya berbeza dengan sentiasa turun padang mendampingi dan menyelesaikan masalah rakyat di kawasannya.

Lee berkata, beliau menetapkan hari Rabu setiap minggu sebagai Hari Bertemu Rakyat secara beramai-ramai bersama pasukannya yang terdiri daripada Ahli Majlis, Ketua-Ketua Kampung dan penduduk.

“Mandat sudah diberi. Saya dapat banyak dorongan, sokongan dan kerjasama dengan banyak pihak. Jadi penerimaan mereka terhadap saya sangat jelas.

“Bila tiba hari Rabu, saya akan bertemu rakyat di dua tempat, iaitu pada jam empat hingga enam petang di Pusat Khidmat DUN, manakala bagi lapan hingga 10 malam di Balai Raya JKKK Rasa,” katanya.

Beliau berkata, sebagai Adun yang menjadi pilihan rakyat, sudah tentu masa bersama keluarga perlu dikorbankan.

“Saya memang minat politik, sebab itu saya dapat banyak tawaran daripada pelbagai parti, tetapi saya lebih cenderung kepada DAP.

“Keluarga saya tidak menghalang dan tidak juga menyokong, tetapi disebabkan minat, saya memilih jalan ini,” katanya.

Lee menganggap politik merupakan satu landasan yang boleh menentukan dasar untuk membela masyarakat.

“Kita hidup bukan berseorangan, kita hidup dalam masyarakat, masyarakat yang membentuk negara, negara memerlukan orang untuk berkhidmat, bukan saja untuk jaga periuk nasi sendiri.

“Oleh itu, sebagai seorang manusia, kita mesti pentingkan masyarakat dan negara. Jadi, politik adalah satu landasan yang menentukan dasar dalam membelarakyat,” katanya yang mula menyertai politik pada tahun 1993.

Sumber : Selangorkini 11 – 18 Oktober 2013

PUSAT KHIDMAT RAKYAT BATANG KALI
No. 7, Laman Gapimas,
Antara Gapi, 48200 Serendah,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 018-615 4482

Email : pkmbatangkali2013@gmail.com

Pegawai Penyelaras:
Mohamed Nazar Mohamed Yakin

Petugas :
Mai Mt Zin


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN SUNGAI BURONG
No.49 A Jalan 1, Taman Radin Jaya,
45500 Tanjung Karang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3269 3404
Fax : 03-3269 3409

Email : dnssgburong@yahoo.com

Pegawai Penyelaras :
Nor Az Azlan Bin Ahmad

Petugas :
Fazlena Sarif


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN PERMATANG
No.25, Jalan Nilam 1,
Taman Nilam Batu 3,
Sungai Terap,
45500 Tanjung Karang,
Selangor Darul Ehsan

Tel/Fax : 03-3289 7572

Email : pusatkhidmatn09@gmail.com[/email]

Pegawai Penyelaras :
Rozana Zainal Abidin

Petugas:
Nur Salam Khalid

Zulkefli Musa


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

PUSAT KHIDMAT MASYRAKAT DUN BUKIT MELAWATI
No 33A, Tingkat 1,
Jalan Melati 3/19,
Bandar Melawati,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.

Tel / Fax: 03-3281 2912

Email : adunbukitmelawati@gmail.com

Pegawai Penyelaras:
Manikavasagam A/L Sundram

Petugas :
Faridah Abd Rahman


Lihat Peta yang Lebih Besar

Permohonan Ubahsuai Maklumat

YB TUAN DR. IDRIS BIN AHMADnsmrotc

PUSAT KHIDMAT DUN IJOK
No.6, Jalan Ijok Utama 1,
Taman Ijok Bestari Jaya,
45600 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-3279 1079
Fax : 03-3279 2468

Email: YBIjok@yahoo.com

Petugas:
Mageswary A/P Manian


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat


MENGENALI ADUN ANDA

Sumber : Selangorkini 20 – 27 September 2013

Cabaran basmi kemiskinan melalui pembangunan

Pelbagai program pembangunan dirangka di DUN Ijok untuk kemajuan penduduk setempat bagi memastikan mereka mendapat manfaat serta menikmati taraf kehidupan lebih baik.

Adun Ijok, Dr Idris Ahmad berkata, masyarakat Ijok yang rata-ratanya berpendapatan rendah dan sederhana dengan majoriti sebagai peladang, pekebun, pekerja kilang, peniaga dan yang lain, perlu dibantu bagi mengatasi masalah kemiskinan yang membelenggu mereka selama ini.

“Saya melihat pembangunan kota dan desa tidak seimbang biarpun kita sudah lebih 56 tahun merdeka.

“Bila bercakap soal kemiskinan, orang selalu kaitkan dengan wang ringgit tetapi ia lebih luas seperti pendidikan, khidmat kesihatan, keselamatan dan kongkongan sosioekonomi.

“Tiada gunanya kita bagi bantuan duit, tetapi kehidupan tetap sama dan mentaliti tidak berubah,” katanya.

Menurut Dr Idris , antara program dirancang ialah pembangunan industri agro dan perbincangan sudah dibuat dengan pihak terbabit seperti China, supaya penduduk mampu meningkatkan pendapatan menerusi hasil tani yang diusahakan.

Tambah beliau lagi, bagi mengatasi masalah kampung yang ketiadaan lampu, pihak terbabit juga berminat memasang lampu tenaga solar di situ yang dijangka akan dilakukan pada Oktober depan.

“Bagi pendidikan, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Ijok merangka program pendidikan melalui kelas tuisyen percuma bagi seawal usia tujuh tahun kerana menyedari kaedah itu amat sesuai untuk pembangunan modal insan dan cadangan sudah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri.

“Bagaimanapun bagi memenuhi keperluan semasa, kita sudah menjalankan kelas tuisyen percuma di PKM disertai antara 200 hingga 300 pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM),” katanya.

Dr Idris berkata, balai komuniti bermasalah akan dibaik pulih supaya dapat digunakan untuk  pelbagai aktiviti, termasuk kelas tuisyen menerusi peruntukan Adun dengan Ketua Komuniti diarahkan bertanggungjawab bagi memastikan ia terjaga dengan baik.

“Kita juga merancang pelbagai program lain, antaranya khidmat kesihatan bergerak yang diberikan percuma kepada orang ramai kerana saya dapati penduduk di kawasan ini tidak mendapat perkhidmatan kesihatan yang sempurna.

Terlibat politik untuk perubahan

BIARPUN mempunyai ramai kenalan dan kawan daripada kalangan ahli politik, namun Dr Idris Ahmad hanya terlibat pada 1998. Beliau mula giat menyertai pelbagai aktiviti politik ketika tanah air digegarkan dengan gerakan Reformasi dan menyertai PKR pada 1999.

“Bila menamatkan pengajian dan pulang dari Australia pada 1972, ramai kawan dari Umno yang mengajak saya menyertai mereka, tetapi saya tidak berminat dengan keadaan politik yang berlaku pada ketika itu.

“Saya lebih menumpukan perhatian pada kerjaya saya sebagai seorang doktor. Saya hanya mula aktif pada 1998 dengan sertai PKR pada 1999 kerana saya melihat ketidakadilan berlaku,” katanya.

Beliau berkata, selama ini dia menolak bertanding pada 2004 dan 2008 kerana lebih menumpukan perhatian kepada kerja-kerja parti, kerana bertindak sebagai Ketua Bahagian PKR Segambut dan Pengerusi Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Kesediaannya bertanding di DUN Ijok pada PRU-13 lalu juga kerana memahami kehendak parti, serta menyedari tahap pendidikan dan pengalaman luas dimilikinya, beliau mampu memberikan perkhidmatan yang baik kepada masyarakat.

MES bantu bela nasib rakyat Ijok

AGENDA Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dilaksanakan Kerajaan Negeri ternyata membawa kebaikan kepada penduduk di DUN Ijok dengan majoritinya berpendapatan rendah dan sederhana.

Sejak diperkenalkan pada 2008, lebih 5,000 orang menerima manfaat daripada pelbagai skim di bawah program itu seperti Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Anak Warisan Selangor (Tawas), Hadiah Anak Masuk Universiti, Pusat Tuisyen Rakyat (PTR) dan sebagainya.

Adun Ijok, Dr Idris Ahmad berkata, penduduk memberikan sambutan menggalakkan terhadap program dijalankan Kerajaan Negeri dan kebanyakan skim dijalankan mendapat respon positif dengan jumlah pendaftaran yang tinggi.

Beliau berkata, usaha dijalankan Kerajaan Negeri mendapat pujian rakyat yang sememangnya agak ketinggalan dari segi tahap kehidupan dan ekonomi.

“MES di Ijok mendapat sambutan baik penduduk, di mana keBanyakannya memerlukan bantuan dari segi kewangan serta kemudahan bagi meningkatkan pendapatan dan taraf hidup.

“Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Ijok dari masa kesemasa membuat promosi mengenainya dan sesi pendaftaran,” katanya.

Dr Idris berkata, program MES bagi penggal kedua bermula sejak April lalu dengan lebih 70 pewaris sudah menerima bantuan khairat kematian daripada SMUE.

Katanya, program Jom Shopping dijalankan baru-baru ini, disertai lebih 500 orang dari pada kalangan warga tua, ibu tunggal dan Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Bagi skim lain, antaranya Hadiah Anak Masuk Universiti, kira-kira 30 hingga 40 peserta sudah mendaftar selain lebih kurang 80 pelajar menyertai PTRS secara percuma.

“Kita turut memberikan sumbangan lain bagi memenuhi keperluan penduduk menerusi peruntukan disalurkan kepada Adun,” katanya.

Pentingkan masa bersama keluarga

DR IDRIS Ahmad suka menghabis masa terluangnya bersama keluarga tambahan ada di kalangan anaknya yang turut mengikut jejak langkahnya menjadi doktor.

Maka dengan itu, katanya, banyak yang boleh dikongsikan bersama apabila terbabit dalam bidang sama dengan bertukar pendapat dan berkongsi idea demi kebaikan bersama.

Biarpun kini sebagai wakil rakyat membataskan dirinya untuk bersama mereka namun peluang yang ada akan digunakan sebaik mungkin dengan pembahagian masa yang betul.

Beliau berkata, kualiti masa dititikberatkannya dan dia sering mementingkan faktor itu dalam menjalani kehidupan hariannya.

“Anak saya perempuan yang sulong seorang doktor berkhidmat di Hospital Sungai Buloh. Saya sering berbincang dengan anak-anak tentang kehidupan dan apa yang boleh disumbangkan kepada masyarakat.

“Pekerjaan dan sumbangan diberikan harus disertai dengan kualiti. Saya tekankan perkara ini kerana saya bukan berasal dari keluarga yang senang,” katanya yang mempunyai empat anak berusia 22 hingga 36 tahun.

Dr Idris berkata, dia turut akan menghabiskan masa bersukan dengan anak-anaknya jika berkesempatan. “Saya pernah bersama anak-anak saya bermain badminton dan bola sepak kerana sukakan aktiviti seperti itu.

“Ketika zaman persekolahan saya pernah muncul juara dalam permainan badminton serta bermain bola sepak mewakili sekolah dan Universiti Monash,” katanya yang bertemu jodoh dengan seorang pensyarah pendidikan.

Dengan susah payah dilalui sebelum ini dan kedudukan dimiliki kini, beliau mahu mencurah khidmat bakti kepada masyarakat memerlukan di kawasannya.

“Masih banyak yang perlu dilakukan demi membaiki keadaan yang berlaku ketika ini,” katanya

Sumber : Selangorkini 20 – 27 September 2013

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN JERAM
No.219B Jalan Besar Sasaran, Sungai Buloh,
45800 Jeram, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3264 0864
Fax : 03-3264 0851

Email : pkm_dun_jeram@live.com

Pegawai Penyelaras :
Haji Muhammad Rashid Bin Muhammad Kassin [/i]

Petugas :
Ahamad Khairi Supi


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN KUANG
Lot 7A, Jalan Besar Kundang,
Kampung Melayu Sri Kundang,
48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.

Tel/Fax : 6034 2994

Email : pkr.n13kuang@gmail.com

Pegawai Penyelaras :
Salasiah Disa

Petugas :
Mohd Izham Saparuddin
Nor Amin Yaacob


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B PUAN GAN PEI NEI7844-4

PUSAT KHIDMAT ADUN RAWANG
No.13, Jalan Bersatu 8 (Tingkat Bawah),
Taman Bersatu,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel/Fax : 03-6093 7033

Email : adilrawang@gmail.com

Petugas :
Ainul Azura Ahsan

Laman Web / Blog : ganpeinei.wordpress.com


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA

Sumber: Selangorkini 1 – 8 November 2013,

Kesesakan lalu lintas di Rawang akan diatasi

MASALAH kesesakan lalu lintas di DUN Rawang akan menjadi fokus Adunnya, Gan Pei Nei menerusi peruntukan dan kerjasama Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Beliau berkata, masalah kesesakan lalu lintas yang serius menghimpit masyarakat tempatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat kepesatan pembangunan di Rawang.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri sebelum ini meluluskan peruntukan RM25 juta bagi projek menaik taraf sistem jalan raya di kawasan berhampiran tol Rawang menghala ke Bandar Tasik Puteri.

“Bila mendapati kawasan ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri, saya ambil inisiatif mengadakan perbincangan dan peruntukan itu diluluskan bagi pembangunan projek ini.

“Projek ini menaik taraf sistem jalan raya (B27) yang mana ia membabitkan tiga persimpangan di laluan itu, termasuk jambatan di situ, tetapi saya akui peruntukan itu tidak mencukupi dan perbincangan lanjut akan dijalankan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor untuk tujuan itu,” katanya.

Pei Nei berkata, kesesakan membabitkan jalan raya di bawah Kerajaan Persekutuan seperti laluan berhampiran kawasan tol Rawang menghala ke laluan persimpangan LaFarge dan Bandar Country Home turut memberi masalah sejak 2008 lagi. Walaupun Kerajaan Persekutuan bagi peringkat pertama telah melebarkan jalan dalam jarak lebih kurang dua kilometer, tetapi ia tidak menyelesaikan masalah kesesakan secara keseluruhan.

Beliau berharap Kerajaan Negeri dan Persekutuan dapat bekerjasama dalam isu itu bagi mencari penyelesaian kerana laluan di Rawang mem babitkan bidang kuasa kedua pihak.

Mengenai isu lain, Gan berkata, sebanyai 70 peratus permasalahan masyarakat tempatan berjaya diatasi. Beliau berkata, antara masalah itu ialah permohonan tanah bagi penduduk yang mendiami kawasan perkampungan dan taman perumahan tertentu, yang terkesan akibat projek terbengkalai, permohonan tanah pertanian seperti penternakan dan tanaman sayur-sayuran serta masalah saliran yang mengakibat kan banjir kilat.

“Pembangunan infra seperti sistem saliran, kita sudah berjaya naik tarafkan dalam penggal pertama dengan peruntukan Kerajaan Negeri menerusi JPS Selangor, seperti di kawasan Sungai Raja.

Lebih bersama keluarga dalam penggal kedua

SELEPAS melalui detik mencabar dalam penggal pertama sebagai Adun di DUN Rawang, Gan Pei Nei mengakui mampu menjalankan tugas dengan lebih mudah dalam fasa kedua hubungan rapatnya dengan masyarakat tempatan dan pihak berkuasa tempata (PBT).

Berikutan itu juga, Pei Nei berkata, kini dia boleh meluangkan lebih banyak masa bersama keluarganya di Kampung Pulau Gadong, Melaka yang sentiasa menyokong perjuangannya sebagai ahli politik.

“Biarpun pada mulanya keluarga tidak galakkan sangat saya terbabit dalam politik, kerana menyertai parti pembangkang banyak cabaran, termasuk ditangkap, tetapi bila saya terpilih sebagai calon di Rawang pada 2008, mereka mula menyokong dengan berkempen untuk saya termasuk menyediakan sedikit dana bagi tujuan itu.

“Usaha itu nampaknya berhasil sehingga saya menang dalam pilihan raya lima tahun lalu,” katanya yang mula bergiat dalam politik pada 2004 sebagai pembantu kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Pei Nei berkata, sesungguhnya dia suka menghabiskan masa bersama keluarga dan kesempatan diperoleh dalam penggal kedua ini digunakan sebaik mungkin untuk pulang ke kampung.

Beliau berkata, dia bergembira dapat menyambut hari lahir kedua ibu bapanya pada Oktober lepas. Tarikh kelahiran mereka hanya berbeza seminggu sahaja.

“Dalam penggal pertama, saya fokus kepada kawasan dan aktiviti parti dan bagi penggal kedua ini saya mempunyai lebih masa untuk keluarga.

“Kalau balik kampung, saya banyak menghabiskan masa di rumah untuk bersama ibu bapa dan sanak saudara selain kawan-kawan.

“Selepas kemenangan dalam pilihan raya lalu, saya juga merancang percutian keluarga dengan membawa mereka mengunjungi pusat peranginan Bukit Fraser yang menjadi perjalanan pertama saya selepas bergelar wakil rakyat,” katanya yang suka membaca, berenang, jogging, melancong termasuk menyanyi.

MES banyak bela nasib masyarakat

PROGRAM pemberian 20 meter padu air percuma menerusi agenda Merakyat Ekonomi Selangor (MES) dijalankan Kerajaan Negeri sejak awal 2008 memberi kesan besar dalam kehidupan masyarakat di DUN Rawang.

Menurut Adun Rawang, Gan Pei Nei, ketika ini lebih 90 peratus rakyat dalam kawasannya menikmati kemudahan berkenaan.

Pei Nei menambah program lain di bawah MES turut disambut baik masyarakat tempatan yang rata-ratanya memerlukan bantuan bagi menampung kos kehidupan yang semakin menghimpit.

“Pemberian air percuma saya lihat banyak membantu penduduk di sini dan semua mereka gembira dengan langkah dibuat Kerajaan Negeri, yang mana jelas menggambarkan keprihatinan kepada masalah rakyat.

“Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE), termasuk ‘Jom Shopping’ untuk warga emas juga memberi kesan mendalam kepada mereka kerana sumbangan diterima terus, bila kita bawa mereka membeli-belah di pasar raya,” katanya.

Pei Nei berkata, pihaknya turut menjalakan program lain antaranya Skim Mikrokredit Miskin Bandar (MimBar), Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTR), SiKembar, SiTunas dan yang lain.

“Semua program di bawah MES ini memang rakyat suka kerana mereka menikmati terus hasil negeri. Masyarakat memberikan respons baik terhadap usaha Kerajaan Negeri dan mereka mengharapkan ia kekal diteruskan,” katanya

GAN Pei Nei tidak melepaskan peluang untuk menjalin hubungan erat dengan masyarakat tempatan menerusi pelbagai program komuniti.

Pei Nei berkata, seorang wakil rakyat hanya mampu berkerja dan berkhidmat dengan lebih berkesan jika dihormati dan disokong masyarakat.

Menurutnya, beliau bersyukur khidmat beliau diterima baik penduduk setempat yang memberi kerjasama dalam program dan aktiviti yang pernah dijalankan.

“Kita sentiasa turun padang, mengadakan dialog dengan masyarakat dan NGO, selain sentiasa cuba hadir dalam program dijalankan mereka. Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Rawang juga melakukan perkara sama dengan menjemput pihak berkaitan.

Penganjuran program berteraskan komuniti bukan sekadar mendekatkan dirinya dengan masyarakat, bahkan membantu beliau memahami kehendak dan keperluan mereka, serta menyampaikan mesej Kerajaan Negeri terus kepada rakyat.

“Komuniti tempatan juga diaktifkan melalui pelbagai program kemasyarakatan dianjurkan. aya lihat pendekatan ini bagus bagi menyampaikan mesej Kerajaan Negeri kepada umum,” katanya.

Beliau turut gembira dengan kewujudan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang banyak di Rawang sejak akhir-akhir ini. Katanya ia satu perkembangan baik ke arah pembinaan masyarakat yang lebih bertanggungjawab.

“Ia satu trend yang bagus dan kita mahu pupukkan semangat kesukarelaan di kalangan masyarakat, cuma untuk lebih mengaktifkan diharapkan peruntukan yang ebih dapat disalurkan kepada NGO ini,” katanya.

Pelbagai program untuk golongan muda

MENYEDARI pembelaan terhadap nasib golongan muda dan belia di DUN Rawang amat penting, Gan Pei Nei bekerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk badan bukan kerajaan (NGO) merangka pelbagai program yang memberi manfaat berguna kepada belia.

Ini termasuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan itu mengikut kesesuaian bidang menerusi ‘networking’ yang mengumpulkan maklumat permohon untuk disalurkan kepada para majikan.

“Kita bekerjasama dengan pihak tertentu, juga NGO dengan mengumpulkan segala maklumat perlu kerana melaluinya kita akan mengesan golongan muda yang memerlukan bantuan, termasuk mewujudkan peluang pekerjaan.

“Ini kita lakukan dengan satu ‘networking’ di sini dan dengannya kita akan dapat memastikan peluang itu mengikut kesesuaian latar belakang dan bidang diceburi mereka,” katanya.

Pei Nei berkata, pihaknya juga menggabungkan dengan skim-skim Kerajaan Negeri supaya bakat belia boleh dikembangkan.

Sekiranya rancangan ini berjaya, belia di Rawang akan menjadi sumber ekonomi penting bagi komuniti masing-masing.

Bermula tahun depan katanya, satu laman sesawang berteraskan komuniti akan didirikan. Laman ini akan menjadi platform bagi golongan belia.

“Golongan belia ini saya lihat mempunyai pelbagai bakat dan minat. Kita memang buat banyak perancangan demi kebaikan dan faedah untuk diri mereka.

“Program seperti program sukan, kebajikan dan sosial sering dijalankan mengikut minat masing-masing.

“Selepas ini kita juga merancang menjalankan program motivasi dan jati diri serta keusahawanan meneru si Penggerak Belia Tempatan (PeBT),” katanya.

Sumber: Selangorkini 1 – 8 November 2013,

img_1469353a3b1c7e606fY.B. TUAN ZAIDY BIN ABDUL TALIB

PUSAT KHIDMAT MASYRAKAT DUN TAMAN TEMPLER
No.3, Jalan Besar Taman Selayang Segar,
Selayang Baru, 68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-6127 8721
Fax : 03-6127 8722

Email : n15tamantempler@gmail.com

Petugas :
Nurul Hidayah Zainal
Ahmad Taufik Mohd Dahlan


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

 


MENGENALI ADUN ANDA

Sumber: Selangorkini : 21 – 28 Februari 2014

Konsep berniaga dari rumah tingkatkan ekonomi penduduk Taman Templer

Konsep berniaga dari rumah akan dijadikan asas kepada program pembangunan ekonomi warga DUN Taman Templer.

Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib, berkata keperluan yang paling mendesak adalah membantu rakyat di bawahnya merapatkan jurang ekonomi pada saat kos kehidupan kian menghimpit kini.

“Antara yang dirancangkan, perniagaan berasaskan rumah (home based business), yang mana ia akan disesuaikan dengan kumpulan sasaran di kawasan masing-masing,” jelas beliau.

Serentak dengan itu, pihaknya sedang merangka program khidmat dan nasihat, selain menjalin kerjasama dengan pelbagai agensi berwajib dari segi penyediaan kemudahan.

“Golongan muda akan dibantu menerusi program bimbingan kerjaya, serta penyediaan kiosk untuk tujuan perniagaan yang disediakan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT),” katanya.

Jelasnya, konsep berniaga dari rumah dan program bimbingan untuk anak muda adalah sebahagian daripada strategi beliau untuk mewujudkan kehidupan sejahtera di DUN Taman Templer.

Antara strategi lain adalah siri program kesedaran isu-isu keselamatan bersama polis, PBT dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

“Kita yakin dengan program berterusan ia mampu membantu semua pihak dalam menangani masalah jenayah daripada berus berleluasa,” katanya.Mengulas mengenai isu banjir di beberapa kawasan dalam wilayahnya, Zaidy, berkata pihak berwajib berusaha untuk mengatasi masalah itu melalui pelbagai langkah penyelesaian yang dilaksanakan secara berperingkat.

“Kita dapati masalah ini berlaku di beberapa kawasan penempatan penduduk seperti Selayang Baru dan beberapa kampung tradisi.

Antara yang akan dibuat ialah penyediaan kolam tadahan hujan di satu kawasan yang akan dikenal pasti. “Kita berharap ia mampu mengawal keadaan daripada terus berlaku dengan teruk,” katanya.

Politik dan agama bergerak seiring

BAKAT kepimpinan yang disemai sejak di bangku sekolah dan universiti memberikan semangat kepada Zaidy untuk menabur bakti kepada masyarakat selepas diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

“Saya mula aktif ketika menuntut di universiti apabila terbabit dalam aktiviti persatuan pelajar. Dari situ saya memupuk semangat dan minat hingga menyertai PAS serta organisasi lain dengan menyandang beberapa jawatan,” katanya yang pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) pada 1994-1995.

Zaidy berkata, amanah yang diberi akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan diselesaikan secepat yang boleh.

Baginya, politik dan agama tidak boleh dipisahkan dan bergerak seiring. “Saya sertai PAS bukan menjurus kepada politik, tetapi kerana seruan dakwah untuk disampaikan kepada masyarakat tempatan.

“Pengalaman memudahkan saya dekati rakyat. Selaku Adun, saya dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Taman Templer menganjurkan banyak program kemasyarakatan dan ilmu supaya orang ramai turut serta,” katanya.

Zaidy menambah, penerimaan masyarakat terhadapnya, memang baik dan biarpun baru menjadi Adun, dia sering turun padang dan melibatkan diri dengan aktiviti setempat.

“Sebagai wakil rakyat, saya memang sibuk, tetapi saya sentiasa pastikan mempunyai masa untuk bersama keluarga kerana saat itu penting bagi kita,” katanya.

MES beri manfaat kepada penduduk

ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib menjelaskan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang dipraktikkan Kerajaan Negeri sejak lima tahun lalu membawa pulangan besar kepada penduduk di DUN terbabit biarpun belum mencapai sasaran ditetapkan.

Beliau berkata, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN akan terus mempergiatkan promosi meningkatkan penyertaan rakyat di dalam pelbagai skim ditawarkan.

“Ternyata program di bawah MES seperti Skim Usia Mesra Emas (SMUE), Hadiah Anak Masuk Universiti, Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Insentif Perkahwinan Belia dan yang lain memberi manfaat kepada rakyat di sini.

“Kita akan terus beri penerangan kepada orang ramai supaya mereka mendapat informasi lengkap mengenai program ini yang banyak memberikan kebaikan kepada semua,” katanya sambil menyatakan lebih 50 peratus warga emas di DUN itu sudah menyertai SMUE.

Zaidy berkata, program Jom Shopping dijalankan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Taman Templer memberi kesan positif kepada peserta.

Golongan muda tidak terkecuali mendapat manfaat menerusi PTRS selain Hadiah Anak Masuk Universiti dan Insentif Perkahwinan Belia dengan pendaftaran membanggakan.

“Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) juga mendapat sambutan biarpun ada kawasan di DUN ini di dalam Kuala Lumpur.

“Kerjasama semua pihak berkaitan diyakini akan memudahkan program MES dijayakan di DUN ini,” katanya.

Gelaran ‘Abe Di’ erat hubungan

SEBAGAI pemimpin muda, Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib, dilihat mudah mesra dengan masyarakat, dengan penampilan bersahaja tanpa protokol di dalam program dan aktiviti dijalankan.

Malah, Zaidy mesra disapa Abe di kalangan belia yang menerima kehadirannya sebagai wakil rakyat dengan tangan terbuka.

“Saya minat bermain bola sepak. Bila berkelapangan dan dipanggil, saya akan turut serta bermain dengan anak muda di kawasan ini.

Dengan cara ini, hubungan menjadi akrab dan tiada perbezaan ketara walaupun saya wakil rakyat.

“Sebagai Adun, saya juga menganjurkan aktiviti untuk mereka termasuk sukan, akademik, keagamaan dan sebagainya. Program keagamaan dibuat di masjid dan surau juga menarik minat anak muda dan mereka hadir bersama menyertainya,” katanya.

Zaidy berkata, pihaknya menjayakan pelbagai program lain untuk turut disertai golongan sasaran seperti wanita, ibu bapa, dan kanak-kanak.

Katanya, biarpun hari bertemu rakyat biasanya pada Selasa tetapi Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN sentiasa mendampingi penduduk tempatan supaya segala masalah dihadapi dapat diatasi dengan kadar segera.

“Aduan orang ramai yang diterima PKM DUN akan dicari jalan penyelesaian seberapa segera.

“Kerjasama diterima daripada pelbagai pihak termasuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan sebagainya adalah memuaskan dalam mengatasi masalah ini,” katanya.

Zaidy berkata, pihaknya turut membuka kaunter khidmat Adun untuk kemudahan orang ramai membuat aduan di beberapa kawasan termasuk kampung dan masjid.

Beliau berkata, ternyata ia membuahkan hasil kerana penduduk mudah berurusan kerana ia tersedia di kawasan tempat tinggal mereka.

Sumber: Selangorkini : 21 – 28 Februari 2014

Y.B TUAN AMIRUDIN BIN SHARIyb-amir-2

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT BATU CAVES
Dewan Komuniti Taman Amaniah,
Taman Amaniah,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-6187 5950
Fax : 03-6187 5951

Email : pdun17@gmail.com, maimonmisman@gmail.com

Petugas :
Narendran Chettiar A/L Murukam
Maimon Misman

Laman Web / Blog : adunbatucaves.blogspot.com


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA

Pembangunan anak muda, wanita tumpuan utama

Bermula tahun hadapan, Pejabat DUN Batu Caves akan menganjurkan pelbagai aktiviti, antaranya karnival sukan untuk mengaktifkan anak muda di wilayah itu.

Adun Batu Caves, Amirudin Shari, berkata program itu akan menyaksikan pihaknya berganding bahu dengan komuniti perumahan dan kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), dan jemaah masjid.

“Dalam penggal pertama kita sudah jalankan beberapa program sukan untuk golongan muda di sini. Mulai tahun depan, kita rancang untuk adakan karnival sukan dengan beberapa jenis sukan dijalankan sekali gus,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, pemimpin muda PKR ini turut memetakan pelbagai lagi program pembangunan sahsiah melalui kem-kem pembangunan belia.

Katanya, program itu membabitkan penyertaan anak muda dari pelbagai latar belakang termasuk yang mendapat pendidikan di peringkat sekolah dan universiti.

“Kita turut rancang program pembangunan usahawan muda untuk mereka dengan sasaran antara 10 hingga 20 orang yang boleh mendirikan perniagaan asas dengan sokongan pihak berkaitan.

“Saya akan usahakannya dengan merujuk perkara ini ke Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan dan Skim Mikro Kredit Miskin Bandar (MiMBar),” katanya.

Amirudin turut merangka pembangunan wanita dalam penggal kedua ini menerusi program Kerajaan Negeri supaya golongan berkenaan turut terbabit.

Katanya, golongan wanita dari pelbagai golongan termasuk ibu tunggal akan diberi keutamaan. “Kita sudah gerakkan beberapa institusi masyarakat dalam penggal lalu dan kali ini kita akan berikan perhatian kepada wanita agar dapat mengatasi sebahagian masalah dihadapi golongan ini,” katanya.

Perubahan politik bawa kebaikan

Amirudin menganggap rakyat kini lebih terbuka dan perubahan politik yang berlaku dalam negara memberikan banyak kebaikan kepada mereka.

Katanya, selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 dengan keputusan luar dugaan, masyarakat kini lebih berminat dengan perkembangan politik kerana mengetahui akan hak mereka sebagai warganegara.

Beliau berkata, perubahan politik itu amat perlu dan memberi kesan positif mengenai perkara berkaitan demokrasi, kebebasan dan nasib rakyat secara keseluruhan.

“Kalau sebelum 1998 (zaman reformasi) isu demokrasi dan hak asasi manusia tidak dibincangkan, malah perkataan itu juga tidak didengar dalam ceramah politik.

“Saya kira ada anjakan yang besar dengan fahaman yang lebih luas terhadap demokrasi dan politik, serta pembabitan rakyat dalam politik.

“Maka apabila rakyat agak terbuka dalam hal politik, maknanya ahli politik perlu bersiap siaga kerana mereka prihatin mengenai perkembangan pembuat dasar ini,” katanya yang terbabit dalam politik sejak 2004 dengan menyertai PKR.

Amirudin yang kini Setiausaha PKR Selangor berkata, parti itu yang wujud pada 1998 sebagai Parti Keadilan Nasional berjaya merubah senario politik dengan menjadi parti pelbagai kaum dalam erti kata sebenar.

“Saya rasa PKR menjadi parti inklusif dan mewakili satu citra rakyat Malaysia. Ia sudah melanggar tradisi parti sesuatu kaum yang mana ada percubaan sebelum ini melalui PPP, Gerakan, Parti Negara dan yang lain, tetapi tidak berjaya.

” PKR ini antara yang berjaya melakukannya membuat satu parti yang ‘multi racial’. Dalamnya juga ada Melayu, Cina, India, ada orang bangsa Sabah dan Sarawak dan yang lain.

“Dalam kepimpinan juga sangat jelas dari segi pembahagian jawatan juga dengan ada pemegang jawatan dari pelbagai bangsa,” katanya yang gembira dengan gabungan mantap DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Amirudin mendakwa BN kini terkial-kial dan tiada formula untuk mewujudkan satu gabungan yang sama, biarpun sebelum ini membentuknya bersama MCA, MIC, Gerakan, PPP dan parti politik lain.

Berganding bahu dalam banyak hal

Memupuk hubungan erat bersama masyarakat tempatan adalah salah satu cara dipraktikkan Amirudin bagi memudahkannya menjalankan tugas serta mengatasi masalah dihadapi mereka.

Dengan cara itu juga, katanya, jurang perbezaan antara masyarakat di DUN itu dapat dikurangkan menerusi program dijalankan dari masa ke semasa.

Beliau berkata, pendekatan mesra diamalkan menjadi penghubung erat antara semua kaum termasuk Melayu, Cina, India dan yang mendiami kawasan DUN berkenaan.

“Alhamdulillah… dari segi hubungan nampaknya baik dengan semua pihak termasuk orang Melayu yang mewakili lebih 60 peratus masyarakat di DUN ini.

“Saya juga sering dijemput dalam majlis dianjurkan mereka seperti majlis kenduri dan perayaan.

Dengan cara ini hubungan menjadi rapat,” katanya. Amirudin berkata, program membabitkan bangsa lain turut mewarnai DUN Batu Caves demi mewujudkan keakraban antara semua kaum di situ.

Katanya, dengan cara itu masyarakat di situ semakin yakin dengan kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) untuk terus menerajui Kerajaan Negeri di Selangor.

“Masyarakat Cina, India dan yang lain turut memberikan kerjasama bagus kepada saya selaku Adun di sini. Maknanya hubung-an rapat dengan masayrakat di Batu Caves itu menjadi penyumbang kepada kemenangan PR.

“Mengenai masyarakat India, mungkin mereka tertarik kerana saya mengetahui mengenai latar belakang cerita klasik India terutamanya dalam kisah Mahabrata dan dalam ucapan pilihan raya dan majlis Deepavali, saya selitkan pengajaran yang terkandung dalam kisah itu,” katanya.

Walaupun sibuk, masa untuk keluarga tetap ada

Amirudin tetap akan meluangkan masa bersama keluarga biarpun mengharungi kesibukan sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, menggalas tugas dengan masa yang tidak menentu sudah dihadapinya sebelum bergelar Adun dengan tanggungjawab diberikan parti sebelum ini.

“Sebelum jadi wakil rakyat pun masa saya agak suntuk. Semasa di Institut Kajian Dasar (IKD) kerja saya banyak di hujung minggu sebab saya banyak aturkan program latihan, bengkel, seminar, forum dan sebagainya.

“Selepas jadi wakil rakyat maknanya bukan hujung minggu saja, tetapi sepanjang minggu sudah terbabit dengan banyak program dan majlis, maka bertambah tanggungjawab itu.

Cuma saya tetap luangkan masa dengan keluarga biarpun terhad kerana apa yang penting kualiti masa, kita perlu bijak menggunakan masa yang ada untuk orang tersayang,” katanya.

Tambahnya, waktu bersama keluarga penting bagi seseorang itu tidak kira apa tanggungjawab dan kesibukan yang dihadapi. Namun Amirudin menjelaskan, dia terlepas beberapa aktiviti yang dilakukan bersama kawan-kawan pada masa dulu yang dianggap menyeronokan dan memberi kepuasan diri.

“Saya kini tidak aktif dengan kawan-kawan yang mana kami sering berbincang mengenai seni kebudayaan dan sasatera, pembacaan puisi dan sebagainya.

“Saya juga banyak menghadiri forum dan bengkel seni budaya dan penulisan buku walaupun sekadar menulis artikel,” katanya.

Amirudin berkata, bagi meneruskan aktiviti itu, dia merancang program mengenai kegiatan kesenian di kawasannya dengan membabitkan semua kaum.

“Program ini akan menitikberatkan seni budaya semua kaum dan saya berminat untuk menggerakkannya di sini,” katanya.

MES program kebajikan ditunggu rakyat

Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) adalah jawapan yang selama ini ditunggu rakyat DUN Batu Caves kepada keluhan hidup mereka.

Amirudin mengakui rakyat di bawah jagaannya ada yang kurang berkemampuan dan berpendapatan rendah, namun mereka tidak dapat menikmati kemewahan daripada kekayaan hasil negeri yang termaju di Malaysia ini.

Sehinggalah Pakatan Rak-yat (PR) mengurus tadbir ekonomi Selangor.

Amirudin berharap Kerajaan Negeri akan membesarkan lagi program-program di bawah MES.

“Ia sangat baik dan mereka tertunggu-tunggu akan program sebegini dan saya harap Kerajaan Negeri akan membesarkan lagi program ini.

“Selain program kebajikan, ia juga merapatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat apabila wakil rakyat, petugas DUN, ketua kampung dan pihak berkaitan bersamasama turut serta mendampingi rakyat,” katanya.

Amirudin berkata, skim yang popular di DUN itu ialah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan warga emas.

Katanya, dalam sambutan Deepavali lalu, seramai kirakira 700 warga emas India diraikan dalam program Jom Shopping.

“Program lain termasuk Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang mana semua skim ini mendapat perhatian masyarakat tempatan di DUN Batu Caves.

“Kita sentiasa jalankan pelbagai program promosi bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam MES serta memberi penerangan terhadap dasar Kerajaan Negeri,” katanya.

Sumber : Selangorkini 29 November – 6 Disember 2013

11828547_872999782784623_8495609042453280259_nY.B TUAN HASBULLAH BIN MOHD RIDZWAN

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN GOMBAK SETIA
Jalan Berjaya 6, Taman Berjaya,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-6188 7869
Fax : 03-6188 0685

Email : ybgombaksetia@gmail.com

Petugas :
Mohamad Tarmizi Ali

Blog : http://www.ustaz-hasbullah.blogspot.com
Facebook : https://www.facebook.com/UstazHasbullah
Twitter : https://twitter.com/ustazhasbullah
Instagram : http://instagram.com/ustazhasbullah


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA

Sumber : Selangorkini 8 Februari – 7 Mac 2014

Rancang atasi banjir kilat

ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan menjelaskan masalah banjir kilat yang berlaku di Kampung Kerdas dan Taman Gombak Ria akan diatasi dalam masa terdekat.

Beliau berkata, hasil perbincangan bersama Pegawai Daerah Gombak dan Jurutera Jabatan Parit dan Saliran Selangor merumuskan kerjasama akan dilakukan demi mengatasi masalah berkenaan.

“Kita mengenal pasti dua kawasan itu sebagai kritikal termasuk Taman Gombak Indah.

Bagaimanapun Kampung Kerdas dan Taman Gombak Ria sudah ada perancangan bagi jalan enyelesaiaannya.

“Kita harap usaha ini dapat dijalankan secepat mungkin demi kemudahan masyarakat di DUN ini,” katanya.

Selain itu masalah hak pemilikan tanah dan infrastruktur juga akan mendapat perhatiannya untuk diatasi dari masa ke semasa.

Kebanyakan isu itu berlaku di kawasan kampung tradisi dan sebahagian di kawasan taman perumahan.

“Masalah ini kerana kebanyakan kawasan di kampung tidak digazetkan atau di atas tanah persendirian. Keadaan ini menimbulkan masalah terutama dalam isu pengambilalihan serta peruntukan Kerajaan Negeri.

“Bagi kawasan taman perumahan pula kebanyakan isu seperti rumah pangsa atau bangunan strata lama yang tiada pengurusan Badan Pengurusan Bersama (JMB) yang tersusun,” katanya.

SMUE catat jumlah tertinggi penyertaan

PROGRAM Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di DUN Gombak Setia yang dipromosikan secara berterusan menyebabkan penyertaan peserta dalam beberapa skim mencatat jumlah tinggi terutama Skim Mesra Usia Emas (SMUE).

SMUE mendahului skim lain di bawah MES dengan acara dijalankan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN termasuk Jom Shopping sentiasa berjaya menghimpunkan ramai peserta.

Hasbullah berkata, promosi sistematik dan teratur menyebabkan MES mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat tempatan di DUN berkenaan.

Pendekatan yang dilakukan dengan turun padang ke kawasan orang ramai seperti pasar harian, pasar malam dengan petugas kaunter bertindak memberikan penerangan kepada orang awam.

“Ia memang berkesan. SMUE contohnya kalau dilihat dari segi jumlah penyerahan sumbangan kepada peserta mencatatkan angka yang tinggi.

“Jom Shoping SMUE dianjurkan juga dalam beberapa siri dengan sambutan menggalakkan termasuk musim perayaan Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina yang mencapai sasaran kuota ditetapkan Kerajaan Negeri.

“Begitu juga skim Mikrokredit Miskin Bandar Selangor (Mimbar) dengan peserta melebihi 200 orang yang mana ramai peserta menunjukkan kesungguhan dalam membina kejayaan dalam bidang diceburi.

“Kita juga merancang memwujudkan MimbarMart di sini untuk menempatkan hasil diusahakan peserta untuk tujuan pasaran,” katanya.

Hasbullah berkata, skim lain seperti Insentif Perkahwinan Belia, Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) turut mendapat penyertaan membanggakan dari kumpulan sasaran.

Begitu juga, katanya, Pusat Tuisyen Rakyat (PTR) yang mana seramai kira-kira 60 pelajar menyertainya tahun lalu dan ia mencatatkan jumlah yang lebih pada tahun ini dengan 70 orang setakat ini.

“Bermula Mac ini kita akan meneruskan promosi untuk mencapai sasaran penyertaan kepada 100 pelajar,” katanya.

Jalin hubungan melalui dialog dan kempen

ADUN Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan membina hubungan mesra bersama masyarakat setempat dengan banyak mengadakan majlis perjumpaan seperti dialog dan kempen sejak hampir setahun lalu.

Melalui usaha itu juga, pelbagai masalah dihadapi rakyat di DUN berkenaan dapat dikenal pasti untuk ditangani secara bersama.

“Majlis dialog diadakan adalah salah satu usaha kita mendekati masyarakat, selain menyelami kehendak dan keperluan mereka.

Kita juga mejalankan pelbagai kempen kesedaran termasuk pendidikan seperti isu denggi, kebersihan dan keselamatan.

“Kaedah dilakukan ternyata berhasil apa bila masyarakat setempat memberi reaksi positif melalui maklum balas diterima.

Hubungan dijalin menerusi media sosial seperti Facebook juga,” katanya.

Kebanyakan program itu digerakkan secara bersama dengan pihak berkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak.

“Kita sudah mengadakan program seperti itu di lebih 20 kawasan di DUN ini dan masyarakat menerima baik kerana dapat bersemuka terus dan mendedahkan isu dan masalah dialami selama ini.

“Bersesuaian dengan latar belakang saya yang berkelulusan agama, saya juga banyak mengadakan majlis ilmu dan ceramah agama,” katanya yang terkenal dengan gelaran Ustaz Hasbullah

Bersih, Sejahtera dan Berkebajikan untuk kebaikan rakyat

KONNSEP Bersih, Sejahtera dan Berkebajikan dipraktikkan Adun Gombak Setia, Hasbullah Ridzwan dalam menjaga kebajikan rakyat bawah jagaannya.

Demi mencapai sasaran ditetapkan, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN secara konsisten menjalankan pelbagai program komuniti dan pendidikan ilmu untuk manfaat rakyat dengan kerjasama komuniti tempatan, selain pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

“Antara program dirancang bersama masyarakat setempat ialah mengenai kebersihan persekitaran meliputi soal sampah, iklan dan banner haram serta gotong-royong untuk pembersihan kawasan.

“Bagi bersih dari sudut dalaman pula, kita adakan program ilmu dengan mengajak masyarakat supaya turut serta kerana dengan cara itu akan tercerna penampilan luaran yang lebih bermakna.

“Salah satu program ilmu ialah Kuliah Dhuha dijalankan sebulan sekali di beberapa surau Taman Samudera yang berlangsung secara konsisten dengan beberapa tenaga pengajar ditugaskan untuk tujuan berkenaan,” katanya.

Selain itu, Hasbullah berkata, Pusat Wanita Berdaya (PWB) juga digerakkan dengan aktif menerusi penyertaan melebihi 100 peserta dengan perkongsian ilmu dalam pelbagai bidang kemahiran diceburi.

Untuk golongan muda pula, katanya, program hiburan santai sambil mendidik dijalankan pada sebelah petang atau malam mengikut waktu bersesuaian dan terluang.

“Di samping pengisian yang ada, kita juga mendengar keluhan anak muda,” katanya yang merancang pembinaan dua gelanggang serbaguna untuk memenuhi keperluan golongan berkenaan dalam tempoh lima tahun ini.

Konsep Bersih, Sejahtera dan Berkebajikan membawa misi memahami kehendak dan keperluan masyarakat setempat serta menyelesaikan masalah pembangunan prasarana setempat.

Sumber : Selangorkini 8 Februari – 7 Mac 2014

pakabuY.B TUAN HAJI SAARI SUNGIB

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN HULU KELANG
No. 6A, Jalan Au 2A,
Taman Seri Keramat,,
54200 Kuala Lumpur.

Tel : 03-4260 2205
Fax : 03-4260 2196

Email : aduan@hulukelang.com

Petugas :
Mohd Helmizan Abdul Karim

Laman Web / Blog : http://www.hulukelang.com
Facebook : http://www.facebook.com/saari.sungib


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA

Sumber: Selangorkini 7 – 14 Februari 2014

Keselamatan penduduk keutamaan saya

ADUN Hulu Kelang Saari Sungip masih belum berpuas hati dengan tahap keselamatan dalam wilayah jagaannya. Beliau berharap pihak berwajib menjalinkan kerjasama yang lebib intensif bagi mencegah jenayah daripada berleluasa dan menjamin keamanan masyarakat.

“Saya masih belum berpuas hati terutama isu keselamatan kerana ia bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Ada isu tertentu berkaitan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau PDRM dan kita maklumkan dari masa ke semasa dengan pihak tertentu biar pun dilihat masih longgar,” katanya.

Di pihaknya pula beliau berhasrat menganjurkan dialog antara penduduk bersama pihak berkuasa dengan lebih kerap, supaya isu-isu jenayah setempat diberi perhatian sewajarnya. Beliau harap inisiatif itu juga akan menjalin kerjasama erat antara polis dan orang ramai.

“Apa yang akan dibuat ialah dengan mengadakan banyak dialog bersama penduduk dengan polis di kawasan terbabit supaya dapat diberi perhatian terhadap jenayah yang berlaku. Dengan cara ini terbentuk hubungan rapat antara polis dan orang ramai,” katanya.

Selain isu jenayah, Saari turut menggesa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPSJ) untuk lebih proaktif dan tidak sekadar bertindak berdasarkan aduan.

“Saya pernah bawa perkara ini dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) seperti selengaraan pokok-pokok yang dilihat tinggi dan membahayakan orang ramai.

“Selain itu di DUN Hulu Kelang ini juga didapati ada kawasan penempatan yang kurang kemudahan lampu jalan, yang mana mengundang bahaya kepadkeselamatan orang awam.

“Masalah ini mengambil masa hampir setahun untuk diselesaikan. Bila dibawa ke DNS, dimaklumkan dalam MPAJ ada Chempaka, Teratai, Ampang Jaya, Bukit Antarabangsa dan Hulu Kelang, ternyata catatan bil elektrik di Hulu Ke lang yang paling rendah,” katanya.

Saari turut prihatin dengan isu penempatan setinggan seperti di AU3 dan Kampung Kemensah.

“Saya berharap Kerajaan Negeri turut membantu dalam isu ini selain pemaju. Proposal saya ialah kawasan itu dimajukan dengan penduduk terbabit diberi kemudahan mengikut nilai subsidi diterima pemaju dan ia bukan memindahkan mereka,” katanya.

Warga Hulu Klang seperti keluarga

RAPAT seperti keluarga. Jika ditanya penduduk setempat, Saari antara Adun yang paling rajin turun padang dan bertemu rakyat di bawah jagaannya. Ketika ditanya, Saari berkata dia tidak mengkhususkan hari tertentu untuk bertemu rakyat, sebaliknya be liau boleh ditemui pada bila-bila masa ketika keadaan memerlukan.

Beliau berkata, setiap aduan dan masalah dikemukakan kepada Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Hulu Kelang dan akan diteliti petugasnya untuk dimaklumkan kepadanya dengan segera.

“Pendekatan saya turun ke bawah. Saya lebih suka pergi berjumpa orang ramai dan tidak tunggu mereka datang. Dengan cara ini masalah yang dihadapi cepat dikenal pasti dan diatasi.

“Tanggungjawab Adun ialah memudahkan semua masalah dengan kerjasama pihak yang berkaitan,” katanya.

Saari berkata, sepanjang lima tahun pertama sebagai Adun, banyak masalah berjaya diatasi bersama pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Polis Diraa Malaysia (PDRM), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan yang lain.

“Selain itu saya banyak buat program dan aktiviti untuk disertai orang ramai seperti sarapan pagi, gotong royong, dialog, kursus bimbingan untuk wanita dan belia di samping cera mah serta kuliah agama di masjid dan surau.

“Kadang kala saya sendiri bertindak sebagai penceramah di dalam kuliah tertentu di samping pihak lain,” katanya.

Beliau menjelaskan kegigihan itu dirasakan terbayar apabila setiap masalah diaju dapat diselesaikan.

“Saya terima respon yang bagus daripada masyarakat setempat dan merasakan bila seminggu atau dua minggu tidak bertemu, dirasakan sudah lama tidak berjumpa,” akuinya.

MES diterima rakyat dengan baik

BIARPUN sederhana, program Merakyatkan Ekonomi Rakyat (MES) mendapat sambutan baik daripada masyarakat di DUN Hulu Kelang.

Adun Hulu Kelang, Saari Sungip berkata, biarpun impak daripada MES kurang berikutan DUN Hulu Kelang adalah kawasan bandar, namun ia jelas membantu
mereka yang memerlukan.

Katanya, hebahan berita menerusi media terutama saluran Kerajaan Negeri dan promosi berterusan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Hulu Kelang membantu menjayakan agenda Kerajaan Negeri itu.

“Program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ialah yang paling popular dengan sasaran dicapai kira-kira 65 peratus dari pada golongan warga emas.

“Kita akan terus membantu biarpun ada yang beranggapan ia adalah program parti. Ia dapat sambutan melalui pemberi taan yang baik, terutama bila program dijalankan ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Aidilfitri dan Deepavali,” katanya.

Saari berkata, Mimbar juga mendapat sambutan memuaskan, manakala Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTS) hanya membabitkan bilangan kecil dengan Hulu Kelang mencatatkan penyertaan terendah berbanding DUN lain.

“Program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas)pula bermasalah kerana ada kawasan kelahiran seperti Kelang Gate atau Keramat dicatatkan di dalam Kuala Lumpur. Bila ibu bapa datang untuk mendaftar maka ia ditolak,” katanya.

Bagaimanapun katanya, orang ramai menyambut baik program itu dan berpandangan Kerajaan Negeri prihatin dalam menjaga kebajikan rakyat.

Program bimbingan IT untuk belia

GOLONGAN belia akan diberi bimbingan kerjaya dalam bidang teknologi maklumat (IT) serta yang berkaitan melalui program kerjasama antara Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN kawasan itu dan Pernec Corporation Berhad (Pernec) mulai hujung minggu ini.

Adunnya, Saari Sungip berkata, program dijalankan secara percuma itu adalah antara program diaturkan PKM untuk direbut golongan belia daripada kalangan lepasan sekolah menengah hingga berusia 45 tahun untuk meningkatkan kerjaya dan taraf hidup mereka.

Beliau berkata, pihaknya mensasarkan penyertaan seramai 100 peserta bagi pering kat awal itu dan mereka yang berminat boleh mendaftar dengan PKM DUN berkenaan.

“Selain sukan dan majlis dialog, kita juga banyak rancang program berkaitan kerjaya. Terbaru kita bersama Pernec akan membuat program bimbingan untuk belia dalam bidang IT dan yang berkaitan.

“Ia dipanggil ‘Micro Sourcing’ yang mana ada golongan yang sudah bekerja tetapi dibantu untuk meningkatkan kerjaya dan menjana pendapatan. Seperti di Amerika Syarikat golongan yang berhenti bekerja pun turut serta,” katanya.

Saari berkata, Pernec ialah syarikat berpengkalan di Hulu Kelang yang menda pat geran daripada Kerajaan Pusat untuk melatih golongan belia dengan pendapatan kurang RM3,000 dalam bidang IT melalui sasaran seramai lebih kurang 800 orang.

Mengulas lanjut, katanya, golongan belia di DUN Hulu Kelang kini semakin aktif dengan pelbagai program termasuk program agama dianjurkan di masjid dan surau.

“Jika sebelum ini hanya golongan berusia yang terbabit, tetapi sekarang ini kalangan orang muda dan belia mula berminat dengan progam seperti ini.

“Ini perkembangan positif dalam pembangunan anak muda di kawasan ini,” katanya.

Sumber: Selangorkini 7 – 14 Februari 2014

Y.A.B. DATO’ SERI MOHAMED AZMIN BIN ALI

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUNp7_azminmb__c1801351_16514_464
BUKIT ANTARABANGSA
No.2, Lorong Perak,
Pusat Bandar Taman Melawati,
53100 Hulu Kelang,
Kuala Lumpur.

Tel : 03-4105 8383
Fax : 03-4106 9393

Email : bhg_gombak@yahoo.com

Petugas :
Noriza Ibrahim
Roslin Mohd Rosli
Hanafiah Md Khalil
Nora Sofia Abdul Razak

Laman Web / Blog : azminali.com


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B TUAN KHASIM BIN ABDUL AZIZkhasim

PUSAT KHIDMAT DUN LEMBAH JAYA
No.47, Jalan Dagang 8,
Taman Dagang Jaya,
68000 Ampang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel/Fax : 03-4293 4371

Email :  dun.lembah.jaya@gmail.com

Petugas :
Mohd Azhar Bin Sabirin
Ali Bin Ismail
Abd Wahab Bin Abd Rahman

Laman Web / Blog : dunlembahjaya.com


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B DATO’ ISKANDAR BIN ABDUL SAMADiskandar

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT ADUN CHEMPAKA
03-1A Jalan Hilir 1,
Taman Sri Angsana Hilir,
Kampung Pandan,
55100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-9283 3835
Fax : 03-9283 8835

Email : musalmahosman@gmail.com

Petugas :
Hj Suhaimi Ghazali
Musalmah Osman


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA

Sumber : Selangorkini 30 Ogos – 6 September 2013

Iskandar cadang tingkat peranan LPHS

ISKANDAR bercadang memberi peranan membina rumah mampu milik kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Mencontohi Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) Singapura, Iskandar berpendapat langkah itu perlu bagi merancakkan lagi projek-projek rumah mampu milik untuk rakyat Selangor.

“Kita masih belum buat satu keputusan, kalau boleh kita nak tingkatkan bukan sahaja LPHS tetapi satu badan baru untuk membina rumah mampu milik secara khusus seperti ‘Housing Development Board’ di Singapura,” katanya Iskandar.

Majoriti projek perumahan mampu milik di Singapura dibangunkan dan diurus oleh badan awam. Sebanyak 80% rakyat Singapura mendiami estet yang mengandungi pangsapuri HDB, sekolah, pasaraya, klinik, medan makan serta kemudahan rekreasi dan sukan. 95% dari mereka memiliki rumah yang mereka diami.

“Kalau dahulu pihak LPHS hanya bertindak sebagai badan yang mengendalikan polisi perumahan, sekarang ini kita nak satu badan baru untuk membina rumah juga selain daripada PKNS ataupun PNSB untuk membina rumah,” cadang beliau.

Sebelum ini, LPHS menganjurkan seminar teknik pembinaan rumah dengan mudah dan murah, yang dihadiri pakarpakar daripada syarikat luar negara untuk membantu meningkatkan pembinaan rumah mampu milik di negeri ini

Sasar bina 35,000 rumah mampu milik

JAWATANKUASA Tetap Perumahan mensasarkan 35,000 unit rumah mampu milik dibina dalam tempoh lima tahun akan datang.

Iskandar berkata, anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) sedang giat menyiapkan projek Rumah Mampu Milik yang dilancarkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Kita telah melancarkan beberapa projek seperti di Seksyen U12 Shah Alam, Ladang Air Manis Sabak Bernam, Antara Gapi, Serendah dan di Sutera Damansara,” katanya.

Beliau menjelaskan, strategi perumahan Mampu Milik Kerajaan Negeri lebih terarah kerana ia menepati jangkauan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

“Polisi rumah mampu milik Kerajaan Negeri, harga termahalnya ialah RM150,000, tapi kalau kita lihat Kerajaan Pusat, rumah PR1MA sampai RM300,000, jadi bermakna polisi Kerajaan Negeri lebih tepat berbanding Kerajaan Pusat,” katanya lagi.

Atasi rumah tiada CF, tingkat projek baik pulih

PANDAN – Kerajaan Negeri sedang meneliti kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Sijil Layak Menduduki (CF) yang dihadapi kawasan perumahan tertentu, terutamanya bagi projek yang diabaikan pemaju muflis.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diarah bekerjasama supaya keselamatan penduduk yang menduduki perumahan bermasalah terjaga.

“Sejak dari penggal lalu, Kerajaan Negeri sudah memulakan usaha bagi menyelesaikan masalah ini dan ia akan diteruskan dalam penggal baru. Pada Jun lalu, LPHS diarahkan membuat perancangan bagi tujuan itu melalui kerjasama PBT di seluruh Selangor dengan meletakkan sasaran tahunan,” katanya.

Iskandar berkata, Kerajaan Negeri telah mengesan pelbagai kes berkaitan CF yang berpunca dari pemaju perumahan yang gagal mematuhi syarat pelan bangunan.

“Dalam banyak kes, kita menghadapi masalah dengan pemaju. Kalau pemaju masih ada maka kita akan desak pemaju untuk membaiki keadaan tetapi kebanyakan pemaju dikesan sudah bankrap atau gulung tikar. Kalau begitu satu alternatif lain perlu diusahakan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kerajaan Negeri juga merangka stategi bertujuan memberdaya kan penduduk dengan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Majlis Pengurusan (MC) sebagai pelaksana projek baikpulih pangsapuri.

Strategi ini akan menyaksikan penduduk dan jawatankuasa-jawatankuasa terlibat memainkan peranan lebih aktif dan Kerajaan Negeri menjadi pemudah cara dan penyedia bantuan perumahan seperti skim baik pulih Ceria dan skim rondaan kejiranan Seroja.

“Menyentuh masalah penyelenggaraan dan sampah, kita boleh selesaikan melalui jawatankuasa Prihatin. Masalah tidak akan selesai sekiranya Kerajaan Negeri sentiasa masuk campur. Penduduk kena ada rasa tanggungjawab,” katanya

Harga rumah tinggi, bukan berpunca dari – pada kos pembinaan

PENINGKATAN harga rumah di kawasan Lembah Klang khususnya bukan berpunca semata-mata daripada kos pembinaan, tetapi spekulasi yang dilakukan oleh pembeli dan penjual sesebuah rumah.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, harga rumah yang tinggi antara lain didorong oleh sikap mahu mengaut keuntungan yang tinggi.

“Peningkatan harga rumah sekarang ini kerana spekulasi. Spekulasi bermakna orang beli dan orang jual, itu satu daripada punca. Saya lihat bahawa isu harga rumah bukan kerana kos pembinaan semata-mata,” katanya.

Sebagai contoh, Iskandar berkata, kos pembinaan bagi rumah teres dua tingkat berkeluasan 1,500 hingga 1,600 kaki persegi memerlukan kos sebanyak RM100 hingga RM150 bagi satu kaki persegi.

Tetapi kos jualan sebuah rumah boleh menjangkau sehingga RM500,000, bersamaan RM300 setiap satu kaki persegi.

“Ini bermakna hampir RM200 bagi setiap satu kaki persegi bukan kerana kos pembinaan. Jadi saya tidak bersetuju apabila pemaju beralasan kos pembinaan yang tinggi kerana harga barang-barang pembinaan yang mahal,” jelas Iskandar.

Beliau berpendapat antara langkah yang boleh diambil untuk menangani spekulasi adalah dengan menurunkan kadar pinjaman kewangan bagi rumah kedua sehingga 50 peratus.

Antara langkah lain adalah menaikkan cukai RPGT sehingga 30 peratus supaya rumah bukan dibeli untuk dijual semata-mata.

“Tetapi dari segi harga rumah, kita tak boleh nak letakkan harga maksimum tetapi perlu ada peratusan yang boleh dibeli oleh rakyat biasa,” katanya lagi.

RM15.8 juta untuk Skim Ceria

SEBANYAK RM15.8 juta diperutukkan untuk Skim Bantuan Baik Pulih Harta Bersama Pangsapuri (Ceria) sejak dilancarkan dua tahun lalu.

Iskandar berkata, sebanyak 17 pangsapuri sudah dibaik pulih pada fasa pertama dan 43 buah pangsapuri menerima manfaat skim itu pada fasa kedua.

Skim Ceria merupakan skim perkongsian kos antara penghuni pangsapuri kos rendah dengan Kerajaan Negeri dalam usaha menceriakan kawasan persekitaran pangsapuri.

Kerajaan Negeri membantu membiayai 80 peratus kos kerja baik pulih dan selebihnya ditanggung penduduk.

Tahun ini sahaja, sebanyak 45 buah pangsapuri di seluruh Selangor terpilih untuk kerja-kerja baik pulih Ceria.

“Untuk peringkat seterusnya, sebanyak 89 buah pangsapuri masih menunggu kelulusan untuk dibaik pulih,” katanya.

Sumber : Selangorkini 30 Ogos – 6 September 2013

Y.B PUAN TIEW WAY KENGimg_1276053a15204d457d

PUSAT RAKYAT DUN TERATAI
No.15A, Jalan Mawar 15,
Taman Mawar,
56100 Cheras,
Kuala Lumpur.

Tel : 03-4288 1563
Fax : 03-4280 2923

Email : n22teratai.twk@gmail.com

Petugas :
Vimala A/P Subramaniam


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat


MENGENALI ADUN ANDA

Sumber : Selangorkini 28 Mac – 4 April 2014

Keselamatan dan prasarana diberi tumpuan khusus

ISU kewangan merupakan antara kesulitan yang perlu diatasi untuk menyelesaikan masalah penyelenggaraan cerun Taman Bukit Saga Jaya.

Adun Teratai, Tiew Way Keng, berkata meskipun begitu, pejabatnya bersama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan pihak berwajib lain sentiasa berusaha untuk mengatasinya.

Menurut beliau, keselamatan rakyat di bawah jagaannya menjadi keutamaan.

“Kita sudah mulakan sejak tahun lalu walaupun tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya, namun usaha akan terus dijalankan,” katanya, yang menambah beliau akan terus memaklum kan situasi di cerun Taman Bukit Saga Jaya kepada Kerajaan Negeri secara berterusan.

Way Keng juga merancang, melebarkan berapa batang jalan raya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memudahkan aliran keluar masuk sumber di kawasannya.

“Kesesakan lalu lintas antara aduan diterima PKM DUN dan kita akan berusaha dengan kerjasama pihak berkuasa untuk mengatasinya,” katanya.

Antara isu yang turut diberi perhatian khusus adalah naik taraf prasarana awam di kawasan perumahan, terutamanya Dewan Orang Ramai Taman Bukit Teratai yang musnah terbakar.

“Dewan itu penting untuk kegunaan penduduk kawasan itu.

Banyak program dijalankan kini dipindahkan ke kawasan lain termasuk di surau. Kita akan cuba membantu membina dewan yang baru,” katanya yang menganggarkan kos kira-kira RM300,000 untuk pembinaan dewan berkenaan.

Politik baru untuk perubahan

TIEW WAY KENG menjelaskan perubahan politik yang berlaku di negara ini sejak beberapa tahun lalu banyak membawa kebaikan kepada rakyat.

Beliau berkata, perubahan itu menyaksikan kerajaan sedia ada seperti Kerajaan Negeri perlu meningkatkan tahap perkidmatan menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.

“Keadaan yang berlaku ini mewujudkan sistem semak dan imbang yang baik antara kerajaan dan pembangkang demi
kebaikan rakyat.

“Gabungan PKR, DAP dan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) yang mencetuskan perubahan ini sudah ditunggu lama oleh banyak pihak. Sekarang ia terbukti berhasil,” katanya.

Way Keng mengambil contoh Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang memberi manfaat kepada lebih 70 peratus warga emas di DUN Teratai yang menyertainya.

“Jom Shopping SMUE contohnya disukai peserta kerana mereka dapat turut serta dalam aktiviti itu dan dapat hasilnya secara terus, terutama di musim perayaan.

“SMUE memang meninggalkan kesan kepada peserta dan pewaris. Daripada maklum balas diterima, memang majoriti menyokong skim ini,” katanya.

Selain itu Skim Mikrokredit Miskin Bandar (Mimbar), Intensif Perkahwinan Belia, Hadiah Anak Masuk Universiti serta skim lain turut mendapat sambutan memuaskan daripada pelbagai lapisan masyarakat di situ.

Pelbagai program anak muda diaktifkan

PELBAGAI program dan aktiviti membabitkan golongan muda dan belia diperbanyakkan di DUN Teratai terutamanya khidmat nasihat dan bimbingan pendidikan dan kerjaya.

Tiew Way Keng berkata, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN pernah menganjurkan program Pendidikan dan Ekonomi (Education and Economy – EAE) tahun lalu dengan penyertaan ramai peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.

“Kita merancang banyak program berfaedah untuk mereka sertai dan EAE ini turut mendapat kerjasama dari pada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli selain “Jobfare” yang mana anak muda boleh mendapat maklumat mengenai kerjaya diminati mereka.

“Kita juga mengadakan selalu aktiviti sukan seperti futsal dan badminton supaya anak muda dan belia boleh mengisi masa lapang secara berhemah,” katanya.

Beliau berkata, lebih 50 peratus belia di DUN itu menyertai aktiviti dijalankan dan golongan terbabit akan terus diberi perhatian dengan penganjuran program akan datang.

Bagi golongan lain termasuk wanita, Way Keng berkata, pihaknya tidak melupakan dengan penganjurkan program bimbingan dan kemasyarakat untuk disertai mereka.

Katanya, PKM DUN Teratai akan terus menjalankan pelbagai program untuk mem bolehkan kumpulan sasaran menyertainya dan mendapat manfaat berkenaan.

Tiada masalah dalam pergaulan

TIEW WAY KENG tidak sesekali membataskan pergaulan dengan masyarakat di DUN diwakilinya kerana kaedah itu akan mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin.

Sejak diangkat menjadi wakil rakyat tahun lalu, dengan penampilan bersahaja, beliau diterima baik oleh masyarakat berbilang kaum termasuk orang Melayu Islam.

“Pengundi di DUN Teratai membabitkan semua kaum dengan peratusan hampir sama antara orang Melayu dan Cina. Bagi saya, ia bukan masalah kerana saya mewakili semua di sini.

“Saya jalankan kerja untuk semua. Selain orang Cina, saya juga mendampingi orang Melayu dan India serta yang lain dalam pelbagai aktiviti diadakan,” katanya yang gembira dengan sambutan masyarakat setempat terhadap dirinya.

Way Keng berkata, pihaknya juga tidak pernah mencampuradukkan soal agama di dalam pergaulan kerana isu berkenaan dianggap boleh menimbulkan salah faham.

Malah, katanya, perbincangan secara berhemah sentiasa dilakukan demi memelihara hubungan baik antara semua pihak di kawasan berkenaan.

“Dalam hal ini contohnya agama Islam, saya akan bawa rombongan ke Kelantan untuk mendapat penerangan mengenai sistem pentadbiran Islam daripada kerajaan Kelantan.

“Itu janji saya bila terpilih sebagai Adun di sini kerana dalam kempen pilihan raya lalu barisan pembangkang (BN) memberikan gambaran yang salah mengenai perkara ini kepada umum,” katanya.

Sumber : Selangorkini 28 Mac – 4 April 2014

YB TUAN RAZALY BIN HASSANphotoeb4f7c2d1ae30f93d22a6f7bbd2a8e0c

PUSAT KHDIMAT MASYARAKAT ADUN DUSUN TUA
No.30-1 Tingkat 1,
Jalan Lagenda Suria 3,
Taman Lagenda Suria,
43100 Hulu Langat,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-9021 2308
Fax : 03-6207 6741

Email : dusuntua23@gmail.com

Petugas :
Muhammad Faris Amir

Mohd Taibuddin Marjuni

Laman Web / Blog : www.razaly.net
Facebook : http://www.facebook.com/HjRazaly


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA

Sumber: Selangorkini 2 – 9 Mei 2014

Razaly azam bangunkan Dusun Tua destinasi pelancongan popular

Kemajuan aktiviti pelancongan di DUN Dusun Tua akan dipertingkatkan dengan harapan ia dapat membantu mengangkat taraf ekonomi penduduk di situ apabila ia menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan luar, kelak.

Status Hulu Langat sebagai lokasi perkelahan, akan dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam rancangan pembangunan DUN Dusun Tua, dengan fokus untuk menarik penyertaan penduduk setempat dalam aktiviti ekonomi yang diwujudkan di situ.

“Antara usaha dijalankan ialah pembangunan chalet dan rumah inap (homestay) oleh kumpulan pengusaha di sini, tetapi tidak dijalankan secara tersusun.

“Kita nak supaya usaha ini dilakukan dengan menarik dan kemas. Untuk itu saya sudah berbincang dengan Exco Pelancongan, Elizabeth Wong supaya satu perjumpaan dengan pengusaha chalet dan rumah inap diadakan bagi perbincangan lanjut.

“Kita nak lihat apa yang boleh dilakukan bagi membantu mereka dan juga sebaliknya,” jelas Adun Dusun Tua, Razaly Hassan.

Di sekitar DUN Dusun Tua sahaja ada lima kawasan yang menarik kehadiran pengunjung dari dalam dan luar Selangor, seperti Air Terjun Sungai Gabai, Hutan Lipur Sungai Congkak, Gunung Nuang, Kolam Air Panas Batu 5 1/2 Dusun Tua dan Menara Tinjau.

Selain itu, Razaly turut melihat pertanian secara kecil-kecilan sebagai satu lagi peluang untuk dimanfaatkan penduduk setempat.

“Kawasan tanah dimiliki Kerajaan Negeri juga masih banyak di sini. Kebanyakan dusun diusahakan penduduk sejak puluhan tahun juga dalam tanah milik kerajaan. Kita akan adakan pertemuan dengan mereka.

“Kita akan hasilkan buah durian berkualiti tinggi supaya mampu dipasarkan dengan meluas. Untuk tujuan komersil pula, kita sedang kaji untuk wujudkan pusat pasaran di kawasan pelancongan dan tumpuan orang ramai. Ia akan dibincangkan dengan Exco berkaitan,” katanya.

Durian Hulu Langat di DUN Dusun Tua terkenal sebagai satu produk kegemaran masyarakat tempatan.

Bagi menjayakan rancangan itu, Razaly menyedari banjir yang kerap melanda DUN Dusun Tua seperti di Kampung Batu 9 dan Kampung Sungerai harus ditangani segera.

“Saya sudah berbincang dan menjalankan usaha penambahbaikan bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor.

Sekarang hampir 80 peratus laluan jalan raya, sistem perparitan sudah ditukar dan dibaiki di kawasan berkaitan,” jelasnya.

Laluan trafik akan turut dilebarkan dan lori yang keluar masuk juga akan dikawal bagi memastikan kelancaran trafik dalam kawasannya.

“Dalam satu hari kira-kira 600 lori kuari keluar masuk dari Jalan Sungau Long di Sungai Serai.

“Bermula Disember tahun lalu semua lori ini tidak dibenarkan menggunakan laluan ke luar masuk mulai jam 7 hingga 9 pagi dari Isnin hingga Jumaat iaitu ketika waktu puncak,” katanya.

Menyentuh mengenai pembangunan belia pula, Razaly berharap dapat melahirkan jaguh sepaktakraw dari DUN Dusun Tua.

“Ada permintaan untuk saya mengaktifkan sepak takraw di sini kerana saya pernah bergiat sebagai pemain dan juga bekas jurulatih belia Selangor pada 1990an dulu,” katanya yang juga abang kepada bekas pemain sepak takraw negara, Raziman Hassan.

Sumber: Selangorkini 2 – 9 Mei 2014

PUSAT KHIDMAT KOMUNITI DUN SEMENYIH
No 13-1 Jalan TPS 1/3,
Taman Pelangi Semenyih,
43500 Semenyih
Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-8724 0424
Fax : 03-8724 0324

Email : pkmdun24@gmail.com

Pegawai Penyelaras :
Hamidi Bin Abu Hassan

Petugas :
Johari Tinnin


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B DATUK SERI Dr. WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL

PUSAT KHIDMAT ADUN KAJANGdswa
No.17, Tingkat 1,
Jalan Metro Avenue 1,
Metro Avenue,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-8736 2363
Fax : 03-8741 2363

Email : dunkajang@gmail.com

Petugas :
M.T. Usha
Noorhazwani Daud
Nor Azilla Aziz


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B TUAN MOHD SHAFIE BIN NGAHshafie

PUSAT KHIDMAT DUN BANGI
No 37A, Jalan 7/7C,
Seksyen 7,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-8920 0511
Fax : 03-8922 1888

Email : shafie.ngah@selangor.gov.my

Petugas :
Shahrum Abdullah
Tengku Zalina Tengku Zainal

Permohonan Ubahsuai Maklumat


MENGENALI ADUN ANDA

Sumber : Selangorkini 4 – 11 April 2014

Khidmat terbaik kepada masyarakat

MENYEDARI keperluan setiap masyarakat berbeza-beza, Adun Bangi Shafie Ngah memperkenalkan beberapa inisiatif dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penduduk di DUN itu.

Bagi lima tahun pertama, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bangi memperkenalkan Bangi Bersih, Bangi Selamat dan Bangi Sihat sebagai projek perintisnya kearah menjadikan Bangi sebagai sebuah bandar yang aman, sejahtera dan berkebajikan sejajar dengan matlamat Kerajaan Negeri.

“Keperluan masyarakat tidak sama, ia akan bergantung kepada lokaliti, ada yang memerlukan dewan orang ramai, ada yang memerlukan sekolah agama, ada yang memerlukan baik pulih padang permainan, ada yang memerlukan sumbangan kebajikan dan ada juga memerlukan sokongan perbelanjaan program.

“Jadi kita memperkenalkan lapan inisiatif untuk memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat. Bagaimana pun, untuk tempoh lima tahun ini kita fokus kepada isu kebersihan, keselamatan dan juga kesihatan,” jelasnya.

Mengakui usaha membawa perubahan minda dan budaya masyarakat bukan suatu yang mudah, Shafie menyeru keterlibatan sepenuhnya dari masyarakat untuk bersama-sama mendukung usaha tersebut.

“Keterlibatan masyarakat sepenuhnya sangat perlu untuk menjadikan Bangi sebagai bandar yang mesra untuk diduduki dan dikunjungi. Masyarakatnya sihat, bandarnya bersih dan selamat untuk diduduki, itu yang kita mahukan,” katanya.

‘Bangi Selamat’ semarak semangat kejiranan

DALAM meniti arus kemodenan, Bangi tidak terlepas daripada aktiviti penjenayah yang cuba melebarkan aktiviti mereka ke kawasan kediaman.

Menyedari perkara itu, Adun Bangi, Shafie Ngah, tampil dengan program ‘Bangi Selamat’ sebagai inisiatif mengaktifkan kembali sikap kepedulian kejiranan.

“Kepadatan penduduk Bangi sangat padat, tetapi keselamatan kurang kerana kurangnya cakna dan sikap ambil tahu sesama jiran tetangga.

“Keadaan ini yang pencuri suka dan mereka tidak akan melepaskan peluang ini. Sebab itu kita pupuk sikap prihatin dan kepedulian antara jiran,” jelasnya.

Menurutnya, usaha mengenali jiran terdekat, berhubung rapat dengan ketua komuniti, ketua kampung atau ahli jawatankuasa kawasan adalah kunci utama mengembalikan nilai kejiranan yang selama ini luntur.

Bagi mencapai matlamat tersebut, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Bangi memberi taklimat keselamatan, mengedarkan risalah dan menggantung kain rentang sebagai usaha mendidik.

Bantuan kewangan RM500 turut disalur kepada persatuan penduduk. “Semua usaha ini adalah untuk memastikan setiap jiran itu kenal siapa jiran mereka, ke mana dan sehingga bila jirannya tinggalkan rumah dan siapa anak jiran mereka.

“Dengan aktifnya budaya ini, keselamatan di dalam kawasan kediaman dapat dipertingkatkan,” katanya.

Shafie berkata, pihaknya juga menjalinkan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membincangkan bentuk usaha yang boleh diambil bagi memerangi jenayah di kawasan itu.

“Menerusi kerjasama itu, PDRM menghantar anggota mereka secara berjadual untuk memberi taklimat keselamatan diseluruh masjid di DUN ini,” jelasnya.

Y.B TUAN NG TIEN CHEEng-tien-chee

PUSAT RAKYAT SERDANG / DUN BALAKONG
1-12A, Tingkat 1,
Jalan Kasturi 1,
Taman Kasturi Batu 11,
43200 Cheras,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-9076 0331
Fax : 03-9082 0331

Email  : dapn27balakong@gmail.com

Petugas :
Siti Nur Azizah Ho
Khek Man Kiat
Teoh Chin Yie


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B TUAN EAN YONG HIAN WAHeanyonghianwah-180x250

PUSAT KHIDMAT DUN SERI KEMBANGAN @
PUSAT KOMUNITI RAKYAT SERDANG
No.42-2, Jalan 4/1,
Taman Bukit Serdang,
Seksyen 4,
43300 Seri Kembangan

Tel/Fax : 03-8942 6381

Email  :  aduan.serikembangan@gmail.com

Petugas :
Thong Kim Fatt

Laman Web / Blog : eanyong.com


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA / EXCO

Sumber : Selangorkini 19 – 26 Julai 2013

Dasar baru bantu pemutihan kilang haram

Kerajaan Negeri berhasrat memperkenalkan satu dasar baru yang lebih proaktif dan efisyen bagi membantu pemilik kilang haram mendaftarkan perniagaannya.

Exco Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan program pemutihan kilang dengan dasar baru tidak lama lagi.

Jelasnya, Kerajaan Negeri akan memberikan premium dan insentif pada kadar yang lebih menarik berbanding penggal lalu. “Kita akan teruskan program pemutihan, tapi dengan syarat kita akan menggubal satu dasar baru. Ia masih dalam perbincangan dan akan dikemukakan kepada kilang-kilang haram yang terlibat.

“Kerajaan Negeri akan membantu mereka untuk memutihkan kilang mereka, tapi jika ada yang tidak boleh diputihkan, saya juga minta mereka pindah daripada kawasan yang tidak sesuai itu,” ujarnya.

Menurut beliau, pendapatan Kerajaan Negeri akan terjejas jika kilang-kilang berkenaan tidak diputihkan kerana tidak dapat mengutip cukai.

“Kalau kita memutihkan kilang, Kerajaan Negeri akan mendapat premium yang lebih banyak dan cukai, jadi kita rela bantu kilang berkenaan untuk memutihkan mereka supaya terus beroperasi dengan lesen yang sah,” katanya lagi.

Sepanjang lima tahun lalu, Kerajaan Negeri berjaya memutihkan hampir 1,000 kilang daripada lebih 2,500 kilang yang belum melalui proses pemutihan.

Selesai pemilikan hak tanah kampung baru

KERAJAAN Negeri akan menyelesaikan masalah pemilikan hak tanah di kawasan kampung yang dikategorikan sebagai kampung baru dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ean Yong Hian Wah berkata, Kerajaan Negeri komited mempastikan isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin.

Menurutnya, Kerajaan Negeri menyelesaikan lebih 2,000 hak milik tanah bagi penduduk di kampung baru dan masih ada segelintir kawasan belum diselesaikan.

“Kita akan teruskan lagi untuk kampung-kampung yang masih belum memiliki hak tanah,” katanya.

Jelasnya, beberapa masalah yang dihadapi di kampung bagan dan kampung nelayan juga diambil serius supaya dapat diselesaikan.

“Mereka menghadapi masalah mengenai TOL, lesen menduduki sementara kerana kebanyakan mereka duduk atas tanah rizab sungai dan sebagainya, jadi kita kena selesaikan masalah sebegini,” katanya lagi.

Selangor mempunyai 42 buah kampung yang dikategorikan sebagai kampung baru (6), kampung bagan dan nelayan (19), dan kampung tersusun (17).

Kampung baru adalah tinggalan semasa darurat 1948-1960 dan dibina untuk menghapuskan aktiviti komunis.

Masuk politik untuk lawan ketidakadilan

PEMECAATAN Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatannya pada 1998 membuka mata anak muda untuk turun melawan ketidakadilan kerajaan pemerintah waktu itu.

Situasi yang sama turut dialami Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Pembangunan Kampung Baru dan Pemutihan Kilang Haram, Ean Yong Hian Wah, ketika ditanya mengenai pengalamannya mula terlibat dalam kancah politik tanah air.

Mengakui tidak pernah terfikir menjadi seorang ahli politik dan berkhidmat untuk rakyat disebalik cita-cita asalnya ingin menjadi seorang ahli perniagaan berjaya.

Jelasnya, ‘Reformasi 98’ benar-benar menyentap jiwa mudanya untuk turun berhimpun bagi menunjukkan bantahan terhadap kezaliman kerajaan ketika itu.

“Ketika itu, saya masih merupakan seorang pelajar kolej dan saya menyertai perhimpunan reformasi pada waktu itu.

“Ketika itu saya sedari bahawa kita perlu lebih banyak orang untuk menegakkan keadilan untuk semua rakyat, dan bukan untuk Anwar Ibrahim sahaja,” ujarnya.

Pada tahun 2004, beliau dicalonkan DAP bertanding di DUN Kampung Tunku, namun tewas pada percubaan pertamanya.

Kredibiliti dan sikap pemimpin yang ditonjolkan beliau melayakkannya dilantik sebagai Pengerusi DAP Selangor dan berjaya memenangi kerusi DUN Sri Kembangan pada 2008.

Baiki infrastruktur untuk tarik pelabur

KERAJAAN Negeri akan merangka pelbagai strategi baru dan penambahbaikkan dalam usaha mengekalkan prestasi pelaburan pada penggal ini.

Ean Yong Hian Wah berkata, tumpuan utama akan dilakukan bagi membantu pelabur sedia ada termasuk dalam dan luar negeri untuk terus melabur di negeri ini.

Jelasnya, masalah infrastruktur kawasan perindustrian seperti jalan dan sistem saliran akan diperbaiki, seterusnya dapat meningkatkan produktiviti kilang di negeri ini.

“Saya menerima aduan dari pada beberapa kawasan industri seperti di Pulau Indah yang mengalami masalah infstruktur jalan dan longkang, saya akan cuba dan membantu mereka untuk menyelesaikan masalah mereka dan terus melabur di Selangor,” katanya.

Pada penggal lalu, Selaggor berjaya mencapai kejayaan melalui projek industri tertinggi, pembukaan peluang pekerjaan tertinggi dan jumlah modal pelaburan kedua tertinggi di Malaysia pada 2008 dan 2009.

Bagi suku tahun pertama 2013 pula, sebanyak 43 projek perkilangan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah hampir RM700,000 berjaya diperolehi.

Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Negeri akan meneruskan konsep industri mesra alam sekitar yang diamalkan pada penggal lalu.

Menurutnya, perbincangan bersama akan dilakukan Selangor State Investment Centre (SSIC) untuk merangka pelan jangka panjang bagi menarik lebih ramai pelabur dalam dan luar negeri untuk melabur di Selangor.

“Kita ada banyak infrastruktur sedia ada yang lebih baik berbanding negeri-negeri lain seperti pelabuhan dan lapangan terbang, ini merupakan tarikan yang amat baik untuk pelabur asing,” katanya lagi.

Sumber : Selangorkini 19 – 26 Julai 2013

Y.B. PUAN NOOR HANIM BINTI ISMAIL photob958775b727d1f92a1acd44cec36e5f2

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN SERI SERDANG
No.6B, Jalan PU 7/2,
Pusat Bandar Puchong Utama,
Taman Puchong Utama,
47140 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

Tel/Fax : 03-8062 7672

Email : jpdn29.ss@gmail.com

Petugas :
Mohd Fadhil Aziz
Hasri Jaidi


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat


MENGENALI ADUN ANDA

Sumber: Selangorkini 18 – 25 Oktober 2013

Angkat maruah ibu tunggal

MASALAH ekonomi, sosial dan psikologi, itu antara dilema yang ditempuh setiap wanita yang bergelar ibu tunggal’. Mereka berkorban dan berhempas-pulas mencari rezeki, sambil melunaskan tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak-anak.

Prihatin dengan nasib golongan ini, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Seri Serdang akan memperkenalkan program ‘Ibu Tunggal : Ibu Yang Unggul’. “PKM dalam usaha mengumpul data yang lengkap berhubung ibu tunggal di DUN ini.

“Setakat ini, kita berjaya mengenal pasti sekurang-kurangnya 3,000 ibu tunggal berada dalam DUN Seri Serdang,” ujar Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail.

Mengulas lanjut, menerusi program itu nanti, setiap ibu tunggal akan diberi pengisian keagamaan, pendidikan dan motivasi sebagai persediaan menempuh hari depan.

“Sebagai Adun wanita, saya terpanggil untuk beri perhatian khusus kepada mereka. Ini juga merupakan tanggunjawab bagi memastikan setiap golongan dan lapisan rakyat di kawasan saya menerima manfaat dan kebajikan.

“Golongan ini perlu diberi perhatian dan sokongan dari sudut pengisian ilmu keagamaan dan kemahiran dalam mendepani pelbgai cabaran,” jelasnya.

Beliau menambah, antara lain program itu juga bertujuan mengangkat martabat ibu tunggal yang selama ini dipandang serong oleh sesetengah masyarakat.

“Ini juga merupakan program pembentukan insan. Kita mahu buktikan golongan ini mampu berdikari, berilmu dan sekaligus memadamkan persepsi negatif sesetengah masyarakat terhadap mereka.

“Sedia maklum, ibu tunggal ini dilabel dengan pelbagai gelaran dan ada di kalangan anggota masyarakat seakan memandang rendah terhadap mereka. Apa yang diharapkan, selepas ini semua melihat ibu tunggal adalah ibu yang unggul,” jelasnya.

Kerja keras tawan pemimpin Umno

MENUMBANGKAN pemimpin veteran Umno Selangor sememangnya amat mencabar, lebih-lebih lagi bagi wanita yang dianggap golongan yang lemah.

Namun, kecekalan dan kebijaksanaan Noor Hanim dan jentera Pakatan Rakyat (PR), berjaya memastikan DUN Seri Serdang bertukar warna.

Siapa sangka Ketua Pembangkang Selangor pada masa itu, Datuk Dr Mohamad Satim Diman, akan tumbang dalam kubu kuatnya?

“Gerak kerja kebajikan itu bukan projek pilihan raya, ia adalah kerja berpanjangan dan lebih 10 tahun kita lakukan gerak kerja mendekati rakyat dengan pelbagai program bermanfaat dan kebajikan,” katanya.

Noor Hanim berkata, beliau membulatkan tekad menjaga kebajikan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Beliau akui kemampuan kewangan dan tenaga yang terhad berbanding pihak lawan mendorong PR mencari penyelesaian kreatif dan menyeluruh ketika menghadapi permasalahan rakyat yang pelbagai.

“Suka saya katakan, program kebajikan yang kami berikan selama ini berjaya memupuk kesedaran di kalangan rakyat bahawa betapa pentingnya di bawah satu pentadbiran yang telus dan jujur,” jelasnya.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Noor Hanim yang bertanding di bawah tiket PAS menang dengan majoriti 16,251 undi dan mendapat 39,373 undi-an, mengalahkan calon BN, Mohamed Yusof Mohamed Yassin yang mendapat 23,486 undi.

Sebelum ini, kerusi DUN Seri Serdang dipegang bekas Ketua Pembangkang,Datuk Seri Satim Diman yang menang dengan majoriti 45 undi PRU-12.

KASEH berjaya pupuk kemesraan penduduk

PUSAT Khidmat Masyarakat DUN Seri Serdang akan terus menganjurkan program Kembara Amal Semarak Hijau (Kaseh) dalam usaha memberi bantuan kepada yang memerlukan.

Program mesra rakyat ini merupakan wadah pertemuan antara pemimpin dan rakyat yang dilakukan sejak 2010.

Noor Hanim, berkata Kaseh akan terus dijalankan di DUN Seri Serdang memandangkan penganjuran sebelum ini berjaya mengeratkan hubungan bersama rakyat.

“Penggal lalu, kita berjaya adakan tujuh kali. Melalui Kaseh, penduduk di sini semakin dekat dan menyokong kuat Pakatan Rakyat (PR) dan hasilnya kerusi bekas ketua pembangkang Selangor ini diberi kepada PR,” katanya.

Namun, Hanim menjangkakan ia akan dianjurkan pada tahun kedua penggal ini.

“Buat masa ini, saya le-bih tumpu soal memperkasa rakyat dari sudut ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan kerana itu sahaja cara untuk keluarkan mereka dari kemiskinan,” ujarnya.

Kaseh adalah program sehari yang merangkumi penglibatan semua kaum dari setiap peringkat usia dengan penganjuran pelbagai aktiviti.

Kaseh juga dimuatkan de-ngan bengkel Smart Solat, sukaneka, pemeriksaan kesihatan percuma dan pendaftaran skim Kerajaan Negeri, Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), selain memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Tanggungjawab merentasi semua bendera politik

KEMATIAN adalah sesuatu yang pasti, kerana ia merupakan titik permulaan kepada kehidupan yang kekal abadi bagi umat Islam.

Menyedari hakikat itu, Noor Hanim bercadang menganjurkan program ‘Pengurusan Jenazah’ di kalangan masyarakat Islam di DUN beliau.

“Menyempurnakan jenazah bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan ilmu pengetahuan bagi memastikan jenazah dapat diuruskan dan disemadi dengan sempurna.

“Apatah lagi kematian berlaku tanpa diduga itu adalah kali pertama buat waris dan ahli keluarga,” ujarnya.

Selaku pemimpin masyarakat, Noor Hanim mengakui tidak kekok menguruskan jenazah Muslimat di DUNnya dan sentiasa berlapang dada membantu keluarga yang memerlukan pertolongan.

“Sebelum jadi Adun pun, saya selalu uruskan jenazah Muslimat di sini. Untuk jenazah muslimin saya akan bersama-sama jemaah solatkan jenazahnya.

“Sebelum ini saya adalah Ketua Muslimah Masjid AsSalam di Puchong Perdana.

Dengan pengalaman 15 tahun menguruskan jenazah ini, membuatkan saya tidak kekok untuk terus mengalas tanggungjawab itu,” jelasnya.

Menceritakan pengalamannya, Noor Hanim berkata dirinya telah menguruskan lebih 30 jenazah muslimat di DUN itu tanpa mengira ideologi politik, malah berpendapat soal kematian dan pengurusan jenazah adalah tanggungjawab sesama Islam.

“Dalam satu peristiwa, selepas dua minggu kemenangan saya di DUN ini, berlaku kematian di tempat kediaman Bekas Ketua Pembangkang (Datuk Satim Diman).

Saya hadir untuk solatkan jenazah, wanita Umno yang ada disitu juga terkejut melihat saya dan Muslimah PAS yang lain di sana.

Sumber: Selangorkini 18 – 25 Oktober 2013

Y.B TUAN NG SZE HANsze

PUSAT KHIDMAT DUN KINRARA
5/2, Jalan Cenuk 2,
Off Batu 10,
Jalan Puchong,
47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-8082 1661
Fax : 03-8082 1771

Email : dappuchong@yahoo.com

Petugas :
Siva Muniandy


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B PUAN HANNAH YEOH TSEOW SUANhannah

PUSAT KHIDMAT DUN SUBANG JAYA
No. 113A (Tingkat Satu),
Jalan SS14/1, 47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tel: 03-5631 2768
Fax: 03-5631 2757

Email : amanda.hcy@gmail.com

Petugas :
Amanda How Chien Yinn

Laman Web / Blog : hannahyeoh.blogspot.com
Facebook : facebook.com/hannahyeoh


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat


MENGENALI SPEAKER / ADUN  ANDA

Sumber : Selangorkini 28 Jun – 5 Julai 2013

Y.B HANNAH YEOH TSEOW SUAN

Mengakui bukan mudah untuk mengawal seramai 56 Ahli-ahli Dewan Undangan (Adun) yang sudah tentu mempunyai pelbagai watak dan kerenah.

Tetapi bagi Hannah Yeoh, beliau berpendapat sebagai Speaker beliau harus bersikap tegas dan adil semasa persidangan berlangsung dan berjanji akan memberikan ruang supaya semua Adun dapat berhujah dan berbahas.

“Saya rasa sebagai Speaker perkara paling penting ialah bersikap adil.

“Bagi saya tidak susah untuk bersikap adil, apa yang penting semua Adun perlu mengetengahkan isu yang melibatkan rakyat negeri Selangor dan bukannya isu-isu retorik yang hanya membuang masa,” katanya yang juga Adun Subang Jaya.

Oleh itu, beliau berjanji akan sentiasa bersikap adil dalam memberi ruang kepada Adun daripada parti kerajaan, malah juga kepada pembangkang.

Bukan sahaja akan bersikap adil, malah Hannah juga tidak mahu dirinya dibayangi oleh Speaker sebelum ini.

“Walaupun tidak pernah mempunyai pengalaman sebagai Speaker, tetapi saya juga mempunyai pengalaman dalam jawatankuasa terpilih.

“Datuk Teng Chang Khim memang menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai Speaker, semua orang tahu dan saya mahu meneruskan kecemerlanganya.

“Dalam masa yang sama juga, saya juga mahu melakukan sedikit perubahan,” katanya.

Hannah akan buktikan kemampuan

Hannah Yeoh akan membuktikan kemampuannya sebagai wanita pertama yang dilantik sebagai Speaker dalam sebuah Dewan Undangan Negeri (DUN) di negara ini.

Di sebalik memegang status tersebut, beliau jauh sekali mahu menonjol keegoan, sebaliknya akan membuktikan kemampuan terhadap tugas yang diamanahkan.

Malah, menurut Hannah atau nama sebenarnya Hannah Yeoh Tseow Guan, beliau sentiasa mengingati dirinya supaya sentiasa bersikap rendah diri dan menghormati satu sama lain.

“Saya tidak pernah menjangkakan bahawa dalam usia saya seperti ini, saya dipilih menjadi Speaker, malah tidak pernah terlintas sekali pun dalam lima tahun saya akan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

“Namun, jawatan ini merupakan satu cabaran yang saya akan pikul dengan sebaiknya, saya juga akan terus belajar untuk jadi yang terbaik “ katanya kepada Selangor Kini.

Menyedari peranan sebagai Speaker bukanlah suatu perkara yang mudah, beliau berkata dirinya sentiasa meminta tunjuk ajar daripada bekas Speaker pada penggal lalu iaitu Datuk Teng Chang Kim.

“Jadi, jika mahu bertanyakan apa-apa masalah atau perkara yang saya tidak faham, saya akan merujuk dengan Speaker sebelum ini yang sentiasa memberikan tunjuk ajar,” katanya yang teruja untuk menggalas tanggungjawab diamanahkan.

Mengulas gandingan bersama Timbalan Speaker, Nik Nazmi Nik Ahmad, beliau percaya mereka boleh bekerjasama dengan baik memandangkan sebelum ini mereka saling bekerjasama sebagai Adun di bawah satu parlimen selain akan bekerja keras memperkukuhkan DNS.

Tambah baik fasiliti DNS

Bagi memperkukuhkan kecemerlangan Dewan Negeri Selangor (DNS), Speaker Hannah Yeoh merencanakan empat fokus utama yang akan dilaksanakan pada penggal ini.

Empat fokus tersebut antara-nya ialah penubuhan Jawatan-kuasa Pilihan Khas yang berfungsi sebagai ‘semak dan imbang’ terhadap dasar-dasar Kerajaan Negeri selain memantau tugas-tugas Ahli Dewan sebagai Adun di kawasan masing-masing.

Selain itu, beliau turut meletakkan keutamaan memastikan pembentangan Rang Undang-Undang dalam DNS dilaksanakan dalam keadaan yang selesa.

Dalam pada itu, fokus ketiga yang akan diberikan perhatian adalah untuk menambah baik fasiliti DNS untuk Adun-Adun seperti pejabat yang selesa dan penyelidik untuk membantu Adun membuat kajian dalam usaha mempertingkatkan kualiti kerja dan sesi perbahasan mereka.

“Penyelidik ini bukan sahaja membantu Adun tetapi juga membantu Jawatankuasa Terpilih untuk membuat kajian,” tambahnya.

Beliau menambah, sebagai Speaker beliau juga akan mengadakan pelbagai program kesedaran untuk memperlihatkan kepada rakyat Selangor fungsi sebenar Speaker, Timbalan Speaker dan Adun-adun yang lain.

“Ramai orang bertanya apakah fungsi sebenarnya tugas kami ini, jadi melalui program itu mereka akan mengetahui dan memahami peranan kami yang bukan seperti Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.

“Oleh itu, salah satunya, kita akan tubuhkan Sidang Anak Muda. Mungkin ramai dikalangan anak muda berminat menjadi Adun, tetapi tidak tahu bagaimana cara sebenarnya peranan Adun. Ini peranan kita membimbing generasi akan datang,” katanya.

Mengulas lanjut berhubung fokus ke empat itu, beliau berkata beliau sudah memberikan tugas kepada timbalannya, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk membuat kajian terperinci bagaimana perlaksanaannya.

Rakyat puas hati: Selcat akan diteruskan

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) penggal lalu akan diteruskan.

Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh, berkata, ia akan diteruskan kerana memberi banyak manfaat kepada rakyat negeri Selangor, seterusnya beliau yakin bahawa rakyat akan terus bersetuju untuk mengekalkan Selcat.

Beliau turut menganggap peranan Selcat juga sememangnya seimbang dengan polisi dan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Kerajaan Negeri kini.

Kata Hannah, berdasarkan penglibatanya dalam Selcat tahun lalu, beliau mendapati kes-kes yaang dianggap sulit sebelum didedahkan kepada umum melalui laporan media massa yang menyebabkan rakyat Selangor tahu lebih lanjut kebenaran sesuatu isu yang dibincangkan.

“Contoh kes peruntukan Adun dan cadangan pembangunan tanah padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di SS7, Kelana Jaya dibawa Selcat. “Jadi, di sinilah fungsi Selcat untuk menyiasat, seterusnya membentangkan hasil siasatan mereka. Jadi saya rasa orang ramai suka Selcat dan menyokong untuk diteruskan,” katanya.

Selcat sebelum ini ditubuhkan bertujuan antara lain untuk mengesan sebarang penyelewengan Kerajaan Negeri pada masa lalu dan masa kini.

Sumber : Selangorkini 28 Jun – 5 Julai 2013

Y.B NIK NAZMI NIK AHMAD

State assemblyman for Seri Setia and Deputy Speaker of the Selangor state assembly, Nik Nazmi Nik Ahmad arrives at the Court of Appeal in Putrajaya on April 25, 2014. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN SERI SETIA
No.10 Jalan PJS 10/2,
Subang Indah,
46000 Petaling Jaya,
Selangor  Darul Ehsan.

Tel : 03-5611 6324
Fax : 03-5611 8325

Web: www.niknazmi.com
Facebook :facebook.com/niknazmi
Tweet: twitter.com/niknazmi
Email : niknazmi@niknazmi.com

Petugas :
Suhaimi Mohd Khairi
Marina Yusof


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat


MENGENALI ADUN / TIMBALAN SPEAKER / EXCO ANDA

Sumber : Selangorkini 5 – 12 Julai 201

Sertai PKR pilihan tepat

Menyifatkan tindakan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai wadah perjuangan adalah tepat.

Ini kerana menurut Nik Nazmi Nik Ahmad, PKR merupakan sebuah parti yang bersendikan kepada pelbagai kaum yang paling berjaya dalam sejarah politik di negara ini.

Katanya, kehadiran PKR dalam politik tanah air membuka peluang gerakan politik baru menjadi lebih progresif dalam negara ini.

Menurut Nik Nazmi lagi, ketika ini beliau fokus bersama PKR dan Pakatan Rakyat (PR) bagi mencapai objektif menegakkan satu sistem kehidupan yang adil untuk semua.

“Untuk mencapai objektif ini kita perlu ada sistem demokrasi yang berfungsi dan sistem dwi parti.

“sekarang nampak ada kejayaan, tetapi masih belum sempurna seperti yang kita lihat dalam PRU-13 baru-baru ini,” ujar Nik Nazmi lagi.

Nik Nazmi turut mengingatkan generasi muda agar memiliki sikap kepedulian terhadap isu di sekeliling mereka, belajar menganalisis isu dan dapatkan pelbagai maklumat dari pelbagai perspektif demi masa depan anak-anak mereka yang lebih baik.

Reformasi 98 punca ceburi politik

MESKIPUN ketika itu baru menginjak usia remaja, berbincang isu politik tanah air bukan sesuatu yang asing bagi Nik Nazmi Nik Ahmad kerana beliau dibesarkan dalam keluarga yang peka terhadap politik.

Sebaik sahaja meletusnya reformasi pada 1998, semangat anak muda berusia 16 tahun yang dibesarkan dalam keluarga serba sederhana itu kian meluap-luap.

Sebaik sahaja menamatkan pengajian pada usia 23 tahun, anak muda itu akhirnya tekad mendaftarkan diri sebagai ahli Parti Keadilan Nasional (kini Parti Keadilan Rakyat-PKR) untuk turun ke gelanggang politik sebagai aktitis parti.

Sejak hari itu, bintang muda itu makin bersinar apabila beliau mula mendapat kepercayaan dan berperanan penting dalam parti.

Pilihan raya 2008, menjadi permulaan titik penting dalam karier politik anak muda itu apabila memenangi kerusi Adun Seri Setia, sekaligus mencipta sejarah sebagai antara YB termuda pernah dilahirkan di negara ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU-13) baru-baru ini, beliau mengekalkan kerusi DUN Seri Setia dan mencipta sejarah apabila dilantik menjadi Timbalan Speaker termuda dalam sejarah Dewan Undangan Negeri di negara ini.

Parlimen anak muda, pelapis kepimpinan negara

DEWAN Negeri Selangor (DNS) bakal mencipta satu lagi sejarah, apabila rancangan mewujudkan Parlimen Anak Muda Selangor bakal dilaksanakan tidak berapa lama lagi.

Menurut Timbalan Speaker DNS, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu temuramah ekslusif bersama Selangor Kini berkata, perancangan tersebut dibuat bagi mewujudkan kondusi DNS yang mesra anak muda.

Menurutnya lagi, langkah tersebut bukan sahaja mampu menjadi salah satu platform untuk menyediakan pelapis pemimpin negara, malah turut melahirkan generasi yang peka dan lebih memahami sistem demokrasi sama ada dalam proses pilihan raya mahupun sistem demokrasi dalam DNS.

Parlimen Anak Muda Selangor itu dijangka bakal memulakan persidangan pertama selepas persidangan pertama DNS.

“Anak-anak muda ini diberi peranan sebagai YB, kerajaan, pembangkang dan berbahas, kita beri mereka pendedahan.

“Saya akan bincang dengan Exco Belia dan Sukan, Dr Ahmad Yunus Hairi untuk melihat sekiranya kita bagi topik-topik tertentu kepada anak-anak muda dan kita analisa maklum balas mereka untuk ditambah baik, seterusnya mungkin boleh diadaptasi oleh Kerajaan Negeri,” kata Nik Nazmi.

Beliau menambah, penyertaan akan terbuka kepada semua golongan belia tanpa mengira latar belakang idealogi politik mereka.

Selain itu, DNS turut mendahului negeri lain dalam membawa aspirasi anak muda apa bila gandingan Hannah Yeoh, 34, dan Nik Nazmi, 31, merupakan gandingan termuda dalam mana-mana Dewan Negeri di negara ini.

Harap dapat teruskan tradisi kecemerlangan Pakatan

 PERLANTIKAN gandingan muda, Hannah Yeoh dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) yang baru merupakan bukti komitmen Pakatan Rakyat (PR) dalam memperkasakan sumbangan anak muda terhadap negeri ini.

Menurut Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia, pelantikan tersebut merupakan satu cabaran besar bagi mengekalkan momentum kecemerlangan yang dilakukan Datuk Teng Chang Khim dan Haniza Talha sebagai Speaker dan Timbalan Speaker pada 2008-2013 sebelum ini.

“Keyakinan yang diberikan ini, akan kami jalankan sebaik mungkin, di mana sebelum ini YB Teng Chang Khim dan YB Haniza Talha mencipta banyak pembaharuan dan reformasi sepanjang penggal 2008-2011 dan saya harap dapat meneruskan tradisi itu,” kata Nik Nazmi.

Selain itu, pelantikan Hannah Yeoh sebagai Speaker DNS Selangor turut mencipta sejarah negara apabila beliau merupakan wanita pertama yang dilantik ke jawatan tersebut, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun mana-mana negeri.

Pelantikan tersebut dibuat berikutan pengiktirafan terhadap peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh wanita bagi kemajuan negeri Selangor.

Baru-baru ini, Hannah Yeoh, 34, dan Nik Nazmi 31, dilantik sebagai Speaker dan Timbalan Speaker dalam Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Akujanji di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Balairung Seri, Istana Alam Shah.

Sumber : Selangorkini 5 – 12 Julai 201

Y.B HANIZA MOHAMED TALHA

PUSAT KHIDMAT RAKYAT ADUN TAMAN MEDAN
No. 25 Jalan PJS 1/32,
Taman Medan Pejasa,
46150 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-7781 2151
Fax : 03-7781 8704

Laman Web / Blog : aduntamanmedan.wordpress.com
Facebook : facebook.com/hanizatalha
Email : aduntamanmedan@yahoo.com

Petugas :
Sofwah Baharuddin
Fauhan Binti Farizat


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat


MENGENALI ADUN ANDA

Sumber : Selangorkini 4 – 11 Oktober 201

Bagi mengurangkan kadar jenayah
Kerjasama polis dan penduduk dipererat

KETERLIBATAN pihak berkuasa dan masyarakat setempat adalah kunci utama dalam usaha menentang jenayah, dan kerjasama itu harus berterusan sebagai jaminan kepada suasana kehidupan yang selamat.

Menyedari akan keperluan itu, satu kempen keselamatan akan dilancarkan sebagai persediaan kepada penduduk Taman Medan dalam mendepani masalah jenayah yang semakin berleluasa.

Sebagai permulaan, satu sesi dialog bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membincangkan bentuk jalinan dan kerjasama antara badan keselamatan dan penduduk, diadakan.

“Lanjutan daripada sesi dialog itu, polis bersetuju untuk adakan sesi dialog bersama penduduk setempat.

“Dari situ kita boleh lihat apa masalah, apa jenayah dan apa langkah-langkah yang boleh diambil secara bersama dalam memastikan kawasan kediaman mereka terhindar daripada jenayah,” kata Adun Taman Medan, Haniza Talha.

Tertarik dengan konsep Kepolisan Komuniti ‘Community Policing’, Haniza juga mensyorkan penduduk setempat menyertainya.

“Sebelum ini, kerjasama dan penglibatan antara kedua-dua pihak ini seakan terbatas. Jadi saya mensyorkan persatuan penduduk menyertai Kepolisan Komuniti.

“Konsep itu merupakan satu kaedah yang lebih efektif di mana orang awam bersama-sama polis membanteras jenayah.

“Mereka ingin ikut serta akan diberikan khusus oleh PDRM, sekaligus, tahap kerjasama masyarakat dan polis akan lebih baik,” ujarnya.

Sediakan kawasan riadah untuk penduduk

Kawasan pakir yang terhad, tiada kawasan untuk beriadah dan tiada taman permainan kanak-kanak.

Itu antara masalah yangmenghimpit penduduk Pangsapuri Medan Jaya di sini.

Sejak dibina sembilan tahun lalu, penduduk di tiga blok pangsapuri di situ terhimpit dengan pembangunan yang tempang dan tidak menyentuh nilai insani.

Atas keprihatinan Pusat Khidmat Masyakarat (PKM) Taman Medan, Haniza Talha berjaya mendapatkan sebidang tanah seluas 3.75 ekar bagi menampung keperluan itu.

“Dengan adanya tanah ini, kita akan sediakan kawasan rekreasi, penduduk juga boleh guna ruang yang ada untuk bercucuk tanam.

“Kawasan pakir tambahan juga boleh didirikan ditanah itu bagi menampung kenderaan penghuni, jadi kawasan sekitar kediaman tidak sesak lagi seperti hari ini,” jelasnya.

Tanah yang terletak bersebelahan kawasan kediaman itu adalah milik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Sebelum ini, tanah tersebut tidak dibangunkan dan hasil perbincangan, Jais meluluskan permohonan menggunakan tanah tersebut.

Haniza berkata, pembangunan atas tanah itu nanti akan dibangunkan secara bersama, yang melibatkan penduduk, PKM Taman Medan, NGO dan juga Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

“Ini adalah satu contoh usaha memperkasa masyarakat ‘Caring Community’, yang mana PKM Taman Medan berikan idea dan tanah,
selebihnya penduduk usahakan.

‘Caring Community’ pupuk semangat kejiranan

HIDUP bernafsi-nafsi, ‘siapa lu siapa gua’ memang sudah lazim dalam kehidupan di bandar hari ini.

Menyedari keadaan itu, Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Taman Medan mengambil inisiatif menubuhkan program ‘Caring Community’ sebagai usaha memperkasa kehidupan bermasyarakat.

Adunnya, Haniza Talha, berkata menerusi program ‘Caring Community’, masyarakat akan dibentuk dengan penerapan nilai-nilai integriti, sikap lebih bertanggungjawab, peka dan prihatin.

“Buat penggal ini, saya mengariskan beberapa program pemerkasaan masyarakat di bawah ‘Caring Community’, yang mana ia akan membantu komuniti di sini ke arah kehidupan yang lebih harmoni.

“Hasilnya nanti, saya harapkan masyarakat lebih bertanggungjawap, patuh undang-undang, peka kepada hal sekeliling dan mampu berdikari dalam menyelesaikan masalah dikawasan kediaman mereka,” ujarnya.

Mengakui proses membentuk kembali institusi masyarakat bukan suatu perkara yang mudah, Haniza berkata, usaha itu adalah tanggungjawab dan cabaran yang harus dipikulnya selaku Adun.

“Pada saya, pemimpin yang berjaya bukan sekadar memberi kemajuan prasarana semata-mata, tetapi harus diserta dengan usaha memperkasa institusi masyarakat.

“Apa guna kalau kita memiliki bangunan tinggi, jalan raya yang hebat, kemudahan asas serba lengkap, tetapi anggota masyarakatnya lemah dan hidup masalah,” ujarnya.

Sedarkan masyarakat penting jaga kesihatan

POLA hidup sihat dan usaha pemerkasaan sesebuah masyarakat ada lah dua elemen yang tidak dapat dipisahkan.

Menyedari hakikat itu, Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Taman Medan menganjurkan program ‘Hidup Sihat’ kepada masyarakatnya, bermula Oktober depan.

Adunnya, Haniza Talha, berkata program sehari itu akan dimuatkan dengan aktiviti senaman, penyediaan makanan yang sihat dan taklimat kesihatan.

“Dalam program ini, kita akan bawa chef yang akan menyediakan menu masakan yang sihat untuk dipelajari oleh penduduk setempat.

“Jadi masyarakat akan mempelajari pelbagai jenis menu masakan yang sihat sepanjang program ini,” jelasnya.

Haniza menambah, program ‘Hidup Sihat’ itu juga akan dimuatkan dengan kempen ‘Celik Herba’ yang mana anggota masyarakat akan didedahkan dengan kelebihan khasiat dan manfaat tumbuhan itu dalam kehidupan seharian.

“Mungkin ramai di kalangan kita tidak sedar herba dan ulam yang ada disekitar banyak kegunaannya.

“Khasiat yang ada bukan sekadar rencah untuk penyediaan makanan, malah ia mempunyai pelbagai khasiat bagi mengubati pelbagai jenis penyakit,” ujarnya.

Serentak dengan usaha membentuk masyarakat yang sihat, PKM Taman Medan juga menggalakkan penduduk sekitarnya mengamalkan pengambilan air terawat berkualiti tinggi.

Usahasama antara PKM Taman Medan dengan sebuah Syarikat swasta akan menempatkan 50 mesin air Nano Hidrogen disekitar DUN itu.

“Setakat ini kita berjaya menempatkan lebih 30 buah mesin dan bakinya akan dipasang dalam sama terdekat,” jelasnya.

Haniza berkata, penduduk boleh mendapatkan air nano hidrogen itu secara percuma pada setiap hari bermula dari 11 pagi hingga 2 petang.

Manakala di luar waktu itu penduduk boleh membelinya dengan harga serendah 20 sen setiap 500 ml.

“Dikatakan, air nano hidrogen ini berpotensi meningkatkan sistem immunasi dan merawat pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis,” ujarnya.

Sumber : Selangorkini 4 – 11 Oktober 201

Y.B. TUAN RAJIV A/L RISHYAKARANrajiv

PEJABAT ADUN BUKIT GASING
No. 7A, Jalan 52/8,
Seksyen 52,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-7954 7490
Fax : 03-7956 7490

Email : dapbukitgasing@gmail.com

Petugas :

Vivian Hoh Fong Chan
Salawati Aziz


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B LAU WENG SAN lau-weng-san

PUSAT PERKHIDMATAN DAP KAMPUNG TUNKU
No.24, Jalan 20-9, Paramount Garden,
46300 Petaling Jaya

Tel : 03-7954 4724
Fax : 03-7968 8017

Email : lauwengsan@gmail.com, pkakt2015@gmail.com

Petugas :

Lee Sze Yien
Mary Joseph Edgar

Laman Web / Blog :wengsan.blogspot.com
Facebook : facebook.com/LauWengSanBm


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B. PUAN YEO BEE YIN220px-yb_yeo_bee_yin

PUSAT KHIDMAT ADUN DAMANSARA UTAMA
No.55-M, Jalan SS21/1A,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya.

Tel : 03-7726 0441
Fax : 03-7726 0443

Petugas :
Syed Hidayat Syed Hassan
Lydia Chan Shi Song

Laman Web / Blog : yeobeeyin.com
Facebook : facebook.com/yeobeeyin
Email : pusatkhidmat.du@gmail.com

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B ELIZABETH WONG KEAT PINGelizabethwong

PUSAT KHIDMAT DUN BUKIT LANJAN
Tingkat 1, Dewan MBPJ Bandar Utama 3,
Jalan BU3/1, 47800 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-7722 3576
Fax : 03-7722 3569

Email : bukitlanjan2008@gmail.com

Petugas :
Sivalingam A/L Sanmugam
Isnaini Mohd Kassim

Laman Web / Blog : elizabethwong.wordpress.com
Facebook : facebook.com/ElizabethWongR4MC


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat


MENGENALI ADUN / EXCO ANDA

Sumber : Selangorkini 2 – 9 Ogos 2013

‘Hari Tanpa Beg Plastik’ setiap hari

SELEPAS diharamkan penggunaan pada setiap Sabtu, Kerajaan Negeri berharap kempen pengharaman beg plastik akan dilaksanakan setiap hari.

Elizabeth Wong berkata pengurangan beg plastik bermakna masyarakat dapat menyelamatkan alam sekitar kerana jika tidak dibendung, pembuangan beg plastik itu akan mencemarkan alam sekitar seterusnya memberi kesan kepada pemanasan global.

“Pihak Kerajaan Negeri memang tidak menggalakkan langsung penggunaan beg plastik itu. Ini yang kita mahu fokus dan akan laksanakannya secara berperingkat,” katanya. Pelaksanaan ‘hari tanpa beg plastik’ di Selangor bermula 9 Januari 2010 pada Sabtu bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna awam terhadap kesan negatif penggunaan beg plastik terhadap alam sekitar.

Dalam pada itu, Elizabeth juga mahu menggalakkan masyarakat mengamalkan ‘healthy lifestyle’ dengan menanam sendiri sayuran di rumah-rumah melalui program laman dapur.

Katanya, selain masyarakat luar bandar, Kerajaan Negeri mahu memperluaskan progrterbabit kepada masyarakat bandar.

“Sekarang kita tidak hanya tumpukan untuk membantu meningkatkan pendapatan isirumah melalui pertanian, tetapi kali ini kita mahu mengurangkan perbelanjaan mereka.

“Kita mahu mereka menanam sendiri tanaman dapur, contohnya harga sayur mahal, dari tanaman itu sendiri kita boleh memakan sendiri hasil tanaman. Lagipun sayur yang dibeli mungkin disembur dengan bahan lain, jadi kita mesti tukar tabiat pemakanan mereka ini,” katanya.

Misi jadikan Selangor negeri sihat

PELUANG kedua menggalas portfolio Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar akan digunakan sebaik mungkin oleh Elizabeth Wong bagi menjayakan misi mengurangkan pengeluaran karbon di Selaggor.

Berstatus negeri maju, sudah tentu tahap pengeluaran karbon tinggi, oleh itu satu kaedah akan diperkenalkan bagi mengatasi masalah ini, kata Elizabeth dalam wawancara bersama Selangor Kini.

Beliau kini berusaha mewujudkan ‘Selangor Green Council’ yang mana mahu tenaga solar sebagai sumber tenaga alternatif dalam kehidupan harian bukan sahaja di kawasan perindustrian, malah di kawasan perumahan.

“Kita akan bincang dengan beberapa pakar dalam bidang ini, termasuk bidang perniagaan, sains dan teknologi untuk menjayakan perkara ini.

“Sekarang memang ada dan inisiatif ini dimulakan oleh Kerajaan Pusat, tetapi tidak banyak, penggunaannya belum meluas dan mungkin sesetengah masyarakat belum menahui,” katanya.

Elizabeth menambah, setakat ini tenaga solar adalah pilihan terbaik dalam mendapatkan sumber tenaga alternatif di negara kita yang sememangnya terkenal sebagai negara yang mempunyai sumber cahaya matahari yang banyak.

“Oleh itu, kita akan bekerjasama dengan beberapa syarikat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk laksanakannya,” katanya.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri akan mewajibkan pendidikan awal mengenai alam sekitar di semua tadika negeri ini, selain menambah keluasan hutan simpan dan mengkompos sisa kebun di semua peringkat PBT.

“Tahun lepas, kita ada projek perintis, iaitu program kesedaran awam alam sekitar di peringkat sekolah tadika dan sekolah rendah dan kita akan memperhalusinya lagi serta akan melakukannya dengan menyeluruh mulai tahun ini.

“Sasaran saya, dalam tempoh lima tahun, Selangor mampu mengeluarkan pelapis alam sekitar seramai 10,000 orang,” katanya.

Keluarga halang sertai politik, pasport nyaris dirampas

PENGLIBATAN dalam politik pada awalnya ditentang oleh keluarga. Malah pasport antarabangsanya nyaris dirampas keluarga bagi menghalangnya terlibat dalam politik, cerita Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong ketika ditebak dengan soalan tentang penglibatan awal dalam politik.

Demi meyakinkan keluarga, beliau berjanji akan menyertai bidang korporat pada 2008 sekiranya kerjaya sebagai ahli politik gagal.

Bagaimanapun, nasib menyebelahinya apabila berjaya memenangi kerusi DUN Bukit Lanjan pada Pilihan Raya Umum Ke -12 (PRU-12) dengan majoriti melebihi 5,000 seterusnya menjadikan majoriti kedua terbesar dimenangi oleh PKR di Selangor.

Baginya, kemenangannya itu merupakan kemenangan yang membanggakan, seterusnya meneruskan karier politik yang sangat diminatinya itu.

“Walaupun menang, tetapi keluarga masih tidak bersetuju kerana bagi mereka politik bukan sesuatu yang bagus, tekanan kerja yang hebat dan pelbagai isu lain.

Tetapi masa menentukan segalanya, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini, beliau terkejut dengan kehadiran keluarganya yang muncul di ceramah-ceramahnya,” katanya lagi.

“Ibu bapa saya sudah berumur hampir 80an, sesuatu di luar jangkaan mereka datang ke ceramah saya, seterusnya menyokong saya. Ini sesuatu yang sangat menarik dan saya sangat gembira,” katanya.

Mengimbau detik awal dalam politik, Elizabeth berkata, semuanya berlaku semasa belajar di Australia.

Rapat dengan beberapa aktivis mahasiswa ketika itu seperti Tian Chua yang kini Ahli Parlimen Batu banyak mendorong beliau.

“Ketika itu, kami memperjuangkan pelbagai isu, antaranya isu masyarakat, mahasiswa dan isu-isu yang menyokonghak asasi manusia di Malaysia,” atanya.

Sasar tujuh juta pelancong setahun

DALAM tempoh lima tahun ini, Kerajaan Negeri berhasrat menaik taraf dan menyelenggara tapak-tapak pelancongan yang terdapat di negeri ini.

Elizabeth Wong berkata, usaha itu untuk memberi nilai tambah dan memperkukuhkan produk sedia ada.

“Ia merangkumi penyelenggaraan kawasan sekitar, membaik pulih kemudahan awam serta menambah baik struktur bangunan sedia ada,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini Kerajaan Negeri menyenaraikan sekurang-kurangnya 300 tapak perlancongan yang sedia ada untuk dibaik pulih atau dipromosikan.

“Tetapi jumlah itu mungkin kita tidak akan lakukan semua. Kita bergantung kepada keperluan kawasan itu juga.

“Sebagai contoh, kawasan Sekinchan yang mana kawasan itu kini sedang berkembang sebagai pusat perlancongan. Jika kita kehadapan sedikit seperti Sabak Bernam, sudah tentu akan berkembang kerana ia mempunyai potensi besar untuk dimajukan.

“Kita mahu tempat-tempat ini dinaik taraf sehingga mendapat status perlancongan antarabangsa, kita mahu pelancong asing dan dalam negara datang ke kawasan itu kerana ia akan meningkatkan taraf kewangan penduduk kampung dan penduduk tempatan,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau menyasarkan empat kawasan luar bandar yang perlu diberi perhatian, antaranya Sabak Bernam, Kuala Langat, Hulu Langat dan Hulu Selangor.

Sementara itu, Kerajaan Negeri akan merangka program-program terbaik menjelang Tahun Melawat Selangor yang akan diadakan pada 2015.

Katanya, sempena program itu, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menarik tujuh juta pelancong tempatan dan luar negara.

“Untuk menarik kehadiran mereka itu, Kerajaan Negeri akan mengubah strategi promosi. Kita juga mahu melatih pemandu pelancong supaya fasih berbahasa asing, bukan sahaja Inggeris, tetapi bahasa lain juga kerana penambahan pelancong yang hadir ke Selangor terdiri daripada pelancong yang bukan dari Eropah,” kata Elizabeth.

Sumber : Selangorkini 2 – 9 Ogos 2013

Y.B. TUAN MOHD KHAIRUDDIN BIN HJ OTHMANpayajaras

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN PAYA JARAS
No.19A, Jalan Liter DU 19/D,
Bandar Baru Sungai Buloh,
Fasa 3, Seksyen U19,
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-6140 1590
Fax : 03-6141 3960

Petugas :
Baharuddin Belian
Daud Yaacob

Facebook : facebook.com/mk.othman.1
Email : wakilrakyat.n38@gmail.com


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA

Selesaikan masalah pemilikan geran tanah yang tertangguh

MASALAH pemilikan tanah yang tertangguh sejak berpuluh-puluh tahun di DUN Paya Jaras akan diberi keutamaan supaya dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman berkata, isu itu adalah antara masalah berlarutan yang dikesan di kawasan itu, selepas memenangi DUN itu pada pilihan raya lepas.

“Dalam tempoh setahun ini saya akan tumpukan untuk penyelesaian geran tanah pada mereka yang sudah menduduki sesuatu kawasan lebih 20 tahun.

“Sasaran saya nak selesaikan 85 peratus daripada permohonan, terutama berkaitan tanah yang sudah terbina rumah mengikut polisi Kerajaan Negeri,” katanya.

Khairuddin berkata, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Paya Jaras baru sahaja menyerahkan pemilikan geran tanah kepada 219 penduduk di Kampung Sri Indah, Ulu Kuang.

Katanya, kebanyakan kawasan bermasalah dikenal pasti adalah kawasan penempatan masyarakat Melayu dan diharapkan ia mampu diselesaikan dengan segera.

“Selain itu masalah banjir dan kesesakan lalu lintas juga dialami penduduk dan saya akan turut memberi tumpuan dalam perkara ini.

“Biasanya bila hujan maka akan berlaku banjir di beberapa kawasan kerana masalah longkang dan parit yang tidak sempurna. Itu kita kena beri tumpuan,” katanya.

Khairuddin berkata, selain masalah prasarana, pihaknya juga akan menyelesaikan masalah masyarakat tempatan mengikut keperluan mereka.

Katanya, DUN Paya Jaras boleh dianggap satu-satunya DUN yang mempunyai pelbagai etnik, tidak termasuk Melayu, Cina dan India.

“Di sini juga ada orang Bawean, Acheh, Minang, Jawa, Kemboja dan pelbagai lagi dengan masalah mereka sendiri.

“Antara masalah dikesan, jumlah anak orang Bawean dan Acheh yang tiada MyKad ini agak besar, iaitu 1,000 ke 2,000 orang. Ia perlu diselesaikan segera kerana jika tidak ia akan menjadi masalah besar.

“Bila tiada MyKad mereka tidak boleh ke sekolah dan mereka juga tidak boleh bekerja,” katanya.

Pusat komuniti dapat sokongan

KEWUJUDAN Pusat Komuniti Khidmat Bantuan Masyarakat di Kampung Sungai Pelong oleh Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Paya Jaras banyak membantu persediaan menghadapi bencana, kata Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman.

Khairuddin berkata, bila berlaku sesuatu musibah seperti bencana, maka pihak yang memerlukan bantuan akan dibawa ke pusat itu untuk diberikan bantuan diperlukan.

Beliau berkata, pusat terbabit diwujudkan sejak 2009. “Pusat khidmat bantuan itu kita wujudkan bagi membantu meringankan beban rakyat tempatan yang menghadapi musibah.

“Kita banyak terima sumbangan orang ramai seperti baju terpakai dan kita tempatkan barangan itu di situ. Kita terima dan kita baiki semula dengan kita cuci, jahit dan
simpan dengan baik,” katanya.

Berbeza dengan sesetengah pihak yang hanya menempatkan mangsa di dewan penempatan sementara bila berlaku banjir, pihaknya membantu dengan keperluan lain, termasuk membekalkan pakaian .

“Bila berlaku kebakaran, banjir, termasuk bila musim perayaan, golongan memerlukan boleh datang ke pusat ini untuk dapatkan bantuan,” katanya.

Selain itu, kumpulan KBSM,iaitu singkatan ‘kenduri kahwin, bersalin, sakit dan mati’, ditubuhkan di setiap kampung dengan penyertaan 15 hingga 20 wanita.

Kumpulan ini akan menjelajah kawasan masing-masing bagi menawarkan khidmat pada yang memerlukan.

“Kalau ada kenduri kahwin, mereka akan pergi melihat apa yang perlu, kalau juga ada kes wanita nak bersalin, ada yang sakit atau jika ada kematian, maka mereka akan membantu,” katanya.

MES: Penerimaan rakyat sangat luar biasa

Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dipraktikkan Kerajaan Negeri sejak 2008 dilihat sebagai program yang menempa kejayaan besar kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana ia membantu majoriti rakyat Selangor menikmati hasil kekayaan negeri dan kehidupan lebih sempurna.

Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman berkata, MES mendapati sambutan membanggakan di DUN itu dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) serta aktiviti Jom Shopping mencatatkan pendaftaran yang tinggi.

“Saya rasa sambutan diterima MES sangat luar biasa dan ia program terbaik terutama Jom Shopping SMUE yang kita jalankan. Walaupun sumbangan diberi hanya RM100 tetapi peserta menerimanya dengan rasa gembira dan terharu.

“Bila masuk pasar raya untuk membeli belah ada antaranya yang menangis dan bercerita tidak pernah mendapat perhatian dan sumbangan macam ini. Kita lihat kesannya amat besar kepada masyarakat,” katanya.

Khairuddin berkata, lebih 60 peratus golongan sasaran sudah mendaftar dalam skim itu dan hanya lebih kurang 1,000 ke 2,000 orang lagi yang belum di mana PKM DUN akan mengenal pasti kumpulan berkenaan.

Katanya, SMUE sebagai skim paling popular disertai majoriti masyarakat Melayu kerana konsep khairat kematian yang menepati kehendak mereka selain masyarakat Cina, India dan yang lain.

“SMUE amat popular diikuti skim lain iaitu Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), Hadiah Anak Masuk Universiti dan sebagainya.

“Kita akan terus mengadakan promosi bagi menggalakkan orang ramai mendaftar dalam program ini dan mendapat manfaat melaluinya kerana yang penting apa dirancang Kerajaan Negeri membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya.

Paya Jaras meriah dengan pelbagai aktiviti

ADUN Paya Jaras, Khairuddin Othman dan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN merangka pelbagai program dan aktiviti untuk masyarakat terutamanya golongan muda.

Beliau berkata, program kemasyarakatan serta keagamaan dijalankan berterusan, tetapi juga tidak meminggirkan golongan yang meminati sukan dan hiburan.

“Untuk golongan belia dan muda kita banyak menganjurkan aktiviti sukan seperti bola sepak, futsal, badminton dan yang lain.

“Kita juga jalankan aktiviti lain termasuk hiburan dengan pernah mengadakan persembahan Pop Yeh Yeh yang mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran 4,000 hingga 5,000 orang pada 2011,” katanya.

Khairuddin berkata, pihaknya menganjurkan program hiburan itu mengikut panduan hiburan dan biarpun ada kalangan yang tidak bersetuju dengan aktiviti itu namun ia dijalankan bagi memenuhi kalangan yang mengnginkannya.

“Saya sedar DUN Paya Jaras ini bukan semua orang agama, ada yang kaki muzik, ada yang suka sukan dan ada orang Melayu, Cina, India dan yang lain.

Saya cuba penuhi kehendak semua. “Kalau untuk orang agama, kita adakan kuliah, ceramah, kursus agama secara berterusan. Hiburan ini kita buat untuk golongan yang meminatinya.

Yang datang semua golongan termasuk orang Umno, Pas, nazir masjid dan semua yang lain.

“Saya jemput artis antaranya A Halim, L Ramli dan J Sham tetapi kita asingkan penonton lelaki dan perempuan. Kita buat tazkirah agama bila tiba masa persembahan dihentikan seketika,” katanya.

Sumber : Selangorkini 27 Disember 2013 – 3 Januari 201

PEJABAT PENYELARAS DUN KOTA DAMANSARA
No. 29, Jalan U3/3,
Seksyen U3,
40150 Shah Alam, Selangor

Tel: 03-7832 6747
Fax: 03-7832 6748

Email : pkmkd80@gmail.com

Pegawai Penyelaras :
Mohd Radzlan Jalaludin

facebook.com/radzlanj
Twitter.com/RadzlanJ

Petugas :
Shafini Baharun

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B HJ YAAKOB SAPARIyaakob-interview-yellow-stripe-01

PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN KOTA ANGGERIK
No. 3A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah, 9/B Seksyen 9,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-5511 7781
Fax : 03-5511 7782

Email : yaakob@selangor.gov.my

Petugas :
Saravanan A/L Selvarajoo
Norlela Idris (Eja)

Laman Web / Blog : pkr-kota-anggerik.blogspot.com
Facebook : Facebook.com/kota.anggerik


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B PUAN HAJAH RODZIAH ISMAILrodziah

PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN BATU TIGA
No.93A, Tingkat 1,
Jalan Pelabur B 23/B,
Seksyen 23,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-5542 1036
Fax : 03-5542 1825

Laman Web / Blog : Rodziahismail.com
Facebook : Facebook.com/rodziah.ismail
Twitter: Twitter.com/Rodziah_Ismail
Email : info.dunbt3@gmail.com


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B DR HJ ABD RANI OSMANdr-rani-meru

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN MERU
No.8A, Jalan Sejahtera 8/KU8,
Taman Meru Sejahtera, Batu 6 1/2,
Jalan Meru, Pekan Meru,
41050 Klang, Selangor

Tel : 03-3393 4877
Fax : 03-3393 5877

Email : pkm_dunmeru@yahoo.com

Petugas :
Mawandi Muhammad Misar
Jumaiyah Amat

Laman Web / Blog : khidmatmeru.blogspot.com
Facebook : Facebook.com/dr.abdrani

Permohonan Ubahsuai Maklumat


MENGENALI ADUN ANDA

Sumber : Selangorkini 25 Oktober – 1 November 2013

Dr Rani: 70 peratus masalah banjir di Meru selesai

LEBIH 70 peratus masalah banjir di DUN Meru dapat diatasi melalui pelbagai usaha yang dilaksanakan sejak lima tahun lalu.

ADUN Meru, Dr Rani Osman berkata pihaknya, Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor menjalankan saha yang berterusan untuk memastikan isu banjir dapat ditangani dengan berkesan.

“Antara usaha dibuat ialah menaik taraf longkang dan parit serta membina saliran konkrit di kawasan terbabit,yang mana banyak kawasan adalah perumahan awam dan komersial.

“Kita sudah banyak mengatasinya sejak kebelakangan ini. Dalam belanjawan (negeri) akan datang, kita akan minta pembinaan satu kolam tadahan air di kawasan ini,” katanya.

Selain itu, masalah jalan raya berlubang dan tidak rata di kebanyakan kampung juga diselesaikan melalui pelbagai kerja baik pulih.

Dr Rani berkata, isu keselamatan penduduk setempat turut mendapat perhatian.

Pihak MPK memohon pertambahan anggota penguatkuasa seperti pasukan polis bantuan untuk mengatasi masalah itu, antaranya kes-kes yang melibatkan warga asing.

“Kita akan pantau keadaan ini dari masa ke semasa demi kebaikan masyarakat dengan pengawasan di kawasan tertentu akan dipertingkatkan melalui kerjasama pihak berkuasa.

“Masalah warga asing yang banyak datang bekerja di sini juga akan diawasi dengan kita akan bertindak terhadap mereka yang melakukan kesalahan dan sebagainya,” katanya.

Islam untuk perubahan politik

DR Rani mengakui menempuh pelbagai cabaran dan tekanan apabila terpilih sebagai wakil rakyat kawasan itu sejak 2008, namun menjadikan segalanya sebagai penguat semangat untuk terus berjuang demi perubahan politik.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu menjelaskan, pembabitannya dalam politik menerusi PAS sejak 1999 bukan bermatlamat untuk menjadi Adun, tetapi lebih untuk memperjuangkan politik berlandaskan Islam.

“Saya tidak pernah terfikir pun untuk menjadi Adun. Perjuangan menegakkan Islam itu menyeluruh dan bukan setakat agama menyuruh kita sembahyang.

“Ia merangkumi seluruh aspek kehidupan dan pentadbiran yang perlu dipraktikkan pemimpin demi kemakmuran rakyat,” katanya.

Dr Rani yang pernah tewas dalam pilihan raya pada 2004 di kawasan itu berkata, biarpun menghadapi pelbagai masalah di peringkat awal sebagai Adun, namun segalanya berubah mengikut perubahan masa meneruskhidmat bakti dicurahkan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Jika memperjuangkan Islam pasti akan menghadapi cabaran dan tekanan daripada pihak tertentu, tetapi saya gembira dengan apa yang berlaku pada politik hari ini,” katanya.

Katanya lagi, masyarakat di DUN Meru menerima kehadirannya dengan baik, termasuk dari pada pemimpin dan penyokong parti lawan yang turut bekerjasama demi kebaikan rakyat.

“Saya bangga dengan penerimaan masyarakat, malah ceramah yang saya adakan turut mendapat sambutan.

“Orang Cina dan India pernah undang saya ke rumah ibadah mereka dan berbicara soal agama dengan baik,” katanya.

Program golongan muda diaktifkan

ASPEK pembangunan di DUN Meru tidak meminggirkan golongan muda. Belia diberi ruang untuk bersama dalam setiap program dijalankan.

Dr Rani berkata, golongan itu sentiasa diberi kesempatan untuk menyertai pelbagai program dijayakan, melalui perkongsian tenaga dan idea.

“Kita juga banyak buat program untuk belia dan anak muda. Kita juga wujudkan kumpulan Geng Pemuda Surau Darul Makmur yang memainkan peranan bagi membantu golongan ini.

Program golongan muda diaktifkan “Dengan kumpulan sebegini, banyak program dapat dirancang dan dijalankan ke arah pembangunan belia dan anak muda di sini,” katanya.

Dr Rani berkata, majlis korban sempena Aidiladha dijayakan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Meru baru-baru ini juga sebahagian besarnya menyaksikan penyertaaan golongan muda.

Katanya, program itu yang dijalankan secara gotong royong saban tahun, yang mana mereka banyak membantu melancarkan perjalanan program dari awal hingga akhir.

“Selain itu, kebebasan turut diberikan bagi melakukan aktiviti lain seperti hiburan, sukan dan sebagainya.

“Jika hiburan contohnya mereka bermain alat muzik dan yang lain, program sukan pula macam futsal dan badminton.

“Walaupun begitu, kita turut menekan aspek pendidikan agama kepada mereka.

Apabila tiba waktu untuk beramal ibadah, maka mereka akan berhenti seketika,” katanya.

Keluarga sentiasa beri sokongan

BIARPUN kini sukar memperuntukkan masa untuk bersama keluarga, Dr Rani tidak menganggap ia sebagai penghalang dalam hidup malah ia lebih mengerat hubungan antara mereka.

Beliau berkata, sejak bergelar wakil rakyat pada 2008, masa bersama keluarga memang terhad dengan rutin hariannya berubah melalui tugas yang padat dan tidak menentu untuk menemui dan membela rakyat.

“Saya akui berubah sangat-sangat bila bergelar wakil rakyat. Sekarang ini memang saya jarang dapat bersama keluarga dengan masa saya banyak dihabiskan di luar dalam menjalankan tugas.

“Sungguhpun begitu dokongan dan sokongan terutama isteri saya serta anak dan adik beradik menguatkan saya untuk terus menjalankan tugas sebagai Adun di kawasan ini,” katanya.

Dr Rani bercerita jika berkesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga, dia akan membawa mereka keluar untuk menikmati hidangan makanan bersama termasuk berkongsi kisah-kisah menarik yang ditempohi.

“Dulu saya aktif dalam sukan badminton dan bola sepak. Saya memang bagus dalam bola sepak dan pernah mewakili universiti ketika di Mesir.

“Dengan anak-anak pula saya gemar bermain ping pong untuk menguji kebolehan masing-masing,” katanya kini banyak menghabiskan masa dengan membaca

MES ubah kehidupan masyarakat DUN Meru

FAEDAH daripada program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dirasai masyarakat setempat di DUN Meru terutama golongan kurang berkemampuan dan miskin yang amat memerlukan pembelaan melaluinya.

Dr Rani berkata, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Meru menjalankan pelbagai program untuk membantu rakyat supaya mereka menikmati segala kemudahan menerusi peruntukan disediakan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata, ternyata MES memberi banyak manfaat kepada rakyat di kawasan itu yang selama ini tidak mendapat kemudahan dan bantuan yang diharapkan.

“PKM Dun Meru dari masa ke semasa menjalankan pelbagai program untuk faedah masyarakat setempat mulai 2008 lagi.

“Kita dapat lihat rakyat menikmat inya dengan skim seperti Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Skim Usia Mesra Emas (SMUE), Skim Kesihatan Wanita dan yang lain.

“PTRS ini jika dilihat bukan setakat orang Melayu tetapi Cina, India dan bangsa lain juga turut serta kerana mereka juga bukan dari keluarga yang
berkemampuan.

“Begitu juga Jom Shopping yang kita jalankan, ramai peserta SMUE gembira kerana sebelum ini mereka tidak pernah mendapat kemudahan macam ini,” katanya.

Dr Rani berkata, pendekatan Kerajaan Negeri itu sewajarnya dipuji kerana rakyat memerlukan pemerintah yang mengutamakan kepentingan rakyat. Malah, katanya, program seperti itu sepatutnya diperkenalkan lama dulu ketika BN memegang tampok pemerintahan di Selangor.

“Rakyat di DUN Meru memang menyambut baik langkah Kerajaan Negeri ini dan ia membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka sejak Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih negeri ini,” katanya.

Katanya, sebagai doktor perubatan, dia ada kalanya memberikan perkhidmatan dengan merawat mereka yang sakit serta membekalkan ubat-ubatan selain kemudahan seperti kerusi roda untuk mereka yang memerlukan.

Sumber : Selangorkini 25 Oktober – 1 November 2013

Y.B.PUAN DR DAROYAH BINTI ALWIdr

PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN SEMENTA
No.30, Tingkat 1, Batu Lima,
Jalan Kapar,
42200 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3290 4842
Fax : 03-3290 4842

Email : mamsgroups@yahoo.com

Petugas :
Mohd Azmi Mat Sangir

Website / Blog : DaroyahAlwi.com
Facebook : Facebook.com/daroyah.alwi.1


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI EXCO / ADUN ANDA

Sumber : Selangorkini 3 – 30 Ogos 2013

Bantu produk desa, pusat pengumpulan IKS dihidupkan semula

KERAJAAN Negeri merancang untuk mengaktifkan semula pusat pengumpulan industri kecil dan sederhana (IKS)di seluruh Selangor bagi membantu usahawan desa memasarkan produk masing-masing.

Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkata ini merupakan satu lagi strategi bersepadu Kerajaan Negeri merangsang pembangunan desa, serta membantu usahawan menerobos pasaran yang lebih luas.

“Kita akan aktifkan semula pusat pengumpulan ini. Kita akan jadikan kemudahan ini sabagai ‘One Stop Center’ untuk usahawan desa memasarkan barangan,” kata Daroyah.

Menurut beliau, pusat pengumpulan IKS di Selangor terletak di Gombak, Kuala Langat dan Sepang.

Jelas Daroyah, lokasi kemudahan di laluan strategik seperti di Sepang yang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur juga dirasakan boleh membantu para usahawan.

“Ia juga berpotensi menjadi tumpuan pelancongan dan pelancong boleh membeli produk-produk rakyat Selangor,” kata beliau.

Serentak dengan rancangan itu, Daroyah berkata, Kerajaan Negeri sedang menyenaraikan semua usahawan di Selangor bagi mengikuti perkembangan mereka dengan lebih rapat.

Antara yang menjadi perhatian adalah piawaian kandungan bahan makanan dan peningkatan kualiti produk.

“Untuk pemberdayaan usahawan kita memberikan khidmat nasihat, sijil halal, dan mencantikkan lagi pembungkusan.

Kita akan mengadakan satu program dengan kerjasama Sirim Malaysia selain menganalisa kandungan nutrisi produk makanan,” jelas Daroyah.

“Produk bersesuaian kita akan cuba pasarkan ke pasaraya memandangkan ia dilengkapi dengan kod bar,” tambah beliau.

Kerajaan Negeri, Unisel ganding bahu teroka teknologi produk halal

KERAAJAAN Negeri akan bekerjasama dengan Universiti Selangor (Unisel) untuk membangunkan teknologi peralatan yang mampu menguji kesahihan produk halal terutama darisegi kandungan pembuatan.

Menurut Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Daroyah Alwi, kerjasama ini dilakukan bagi menjadikan Selangor sebagai ‘Hub Halal’memandangkan permintaan inggi untuk barangan berstatus halal.

“Di bawah projek ini, Unisel telah menghantar kertas kerja untuk membuat satu alat menguji adakah ia halal. Hasil semakan produk akan dibawa masuk dalam makmal untuk mendapatkan keputusan dari segi bahan kandungan, teknik penyembelihan yang digunakan betul atau tidak dan sebagainya,” katanya.

Selain itu, beliau sedang merangka satu seminar penerangan industri yang menampilkan kepentingan menggunakan produk berstatus halal.

Sementara itu juga, Daroyah menjelaskan, kerajaan Selangor telah memasang 112 ‘hot spot’ Wi-Fi percuma di seluruh 56 DUN di Selangor.

Menurutnya, setiap DUN mempunyai dua ‘hot spot’ dan pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah lokasi berkenaan di bawah Geran Selangorku.

Van gigi datang lagi!

Usaha mendapatkan semula van kesihatan pergigian bagi membolehkan rawatan pergigian disampaikan kepada rakyat di setiap daerah.

Berbekalkan pengalaman lebih 25 tahun sebagai doktor gigi, usaha ini merupakan antara agenda Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi yang mahu rakyat Selangor mengamalkan gaya hidup sihat.

“Sebagai doktor gigi, saya Kerajaan Negeri, Unisel ganding bahu teroka teknologi produk halal mahu rakyat Selangor sentiasa senyum dengan gigi yang cantik,” katanya.

Beliau sedang merangka pelbagai program kesihatan selain mengekalkan beberapa program sebelum ini khusus untuk rakyat Selangor.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri memberikan bantuan perubatan untuk penyakit dialisis dan pembedahan kecil. Untuk kali ini program kesihatan akan diperluas dan melibatkan semua peringkat usia.

Menurut beliau, kempen kesihatan ini bakal dilaksanakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Daerah.

Menyentuh mengenai permasalahan wabak denggi, Daroyah menjelaskan,pihak berwajib akan melakukan semburan nyamuk di kawasan yang dilaporkan berlaku kejadian wabak denggi.

“Sehingga sekarang apabila ada kes denggi, PBT akan membuat semburan.

Kita tidak boleh menyembur sesuka hati. Kena ada kena ada kes baru kita sembur.

“Kita tidak mahu acap kali membuat semburan dikhuatiri nyamuk akan kebal dan kemudian kita terpaksa mencari penyelesaian lain untuk membunuh nyamuk ini pula,” ujarnya lagi.

Sumber : Selangorkini 3 – 30 Ogos 2013

Y.B. DATO’ TENG CHANG KHIMteng

PUSAT KHIDMAT SUNGAI PINANG
L6-4-1E, Jalan Pekan Baru 34,
41050 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3341 4982
Fax : 03-3341 4982

Email : saravanan.gannapathy@yahoo.com

Petugas :
Saravanan Gannapathy

Laman Web / Blog : tengchangkhim.blogspot.com
http://Facebook.com/tengchangkhim1

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA

Selangorkini : 6 – 13 Disember 2013

Teng Chang Khim sinonim dengan Sungai Pinang

Nama Datuk Teng Chang Khim, sinonim dengan warga Sungai Pinang. Beliau berkhidmat sebagai Adun di wilayah itu empat penggal lamanya. Sokongan kepada beliau ternyata merentasi kaum.

“Dari tahun 1999 sampai sekarang, iaitu lebih kurang 13 tahun, bererti bila sebut Sungai Pinang sahaja orang akan teringatkan saya, rasanya sampai tahap itulah,” katanya yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

Sebelum berpindah ke Sungai Pinang, Chang Kim ialah Adun bagi DUN Bukit Gasing apabila dia memenanginya dalam pilihan raya umum (PRU) pada 1995.

Beliau berkata, bagi mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat di situ, Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sungai Pinang banyak menganjur kan aktiviti melibatkan penyertaan orang ramai.

Katanya, sesi bertemu rakyat juga sering dilakukan pada setiap Rabu dan jarang menolak undangan diterima melainkan berlaku pertindihan denjadual kerja.

“Sepanjang menjadi Adun, saya dan PKM banyak menganjurkan program dan aktiviti untuk keperluan penduduk di sini seperti program kemasyarakat, gotong royong, derma darah, sukan, majlis dialog dan sebagainya.

“Ini tidak termasuk program perayaan seperti Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan yang lain,” katanya.

Keyakinan rakyat kepada perkhidmatan beliau, mengizinkan Chang Khim untuk turun membantu kempan rakan-rakan Pakatan Rakyat (PR) dalam PRU lalu.

“Kita tidak perlu berkempen lebih-lebih. Itu kelebihannya bila kita selalu mengadakan perjumpaan dan aktif dengan pelbagai aktiviti di kawasan diwakili,” katanya.

MES rapatkan hubungan Adun dan rakyat

AGENDA Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bukan setakat menjaga kebajikan rakyat Selangor, malah mewujudkan hubungan mesra antara pemimpin dan masyarakat di sesuatu DUN di negeri ini.

Datuk Teng Chang Kim berkata, pelbagai program dijalankan menerusi MES menyebabkan perjumpaan Adun dan pemimpin masyarakat bersama orang ramai menjadi lebih kerap dan akrab.

“MES satu program yang sangat baik kerana ia beri peluang untuk saya bertemu dan bersalam dengan beribu orang yang hadir di DUN Sungai Pinang ini,” katanya yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan.

Chang Kim berkata, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Jom Shopping antara program yang mendapat sambutan dan lebih 5,000 orang menyertainya.

Begitu juga program lain seperti Hadiah Anak Masuk Universiti dan Pusat Tuisyen Rakyat (PTR) yang banyak membantu pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

“Syarat kelayakan isi rumah yang dinaikkan dari RM1,500 ke RM3,000 untuk Hadiah Anak Masuk Universiti bagus supaya lebih ramai layak dan dapat bantuan daripadanya.

“Begitu juga PTR yang dijalankan sepanjang tahun yang mana ia meringankan bebanan keluarga yang tidak mampu menghantar anak mereka ke kelas tuisyen berbayar,” katanya.

Chang Kim berkata, MES banyak merubah kehidupan rakyat di DUN Sungai Pinang serta seluruh Selangor dan langkah Kerajaan Negeri menganjurkan program itu adalah bertepatan dengan keperluan rakyat negeri itu.

‘Padang Cergas’ jadi model untuk Selangor

ProjEK Padang Cergas yang berjaya diwujudkan di seluruh kawasan perumahan di DUN Sungai Pinang akan digerakkan di seluruh Selangor dalam tempoh lima tahun akan datang.

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim, berkata projek Padang Cergas dimulakan sejak 2008 dengan menaik taraf kawasan padang di kampung dan taman perumahan menjadi kawasan rekreasi awam.

Beliau berkata, kawasan rekreasi itu dilengkapi kemudahan asas, iaitu alat permainan kanak-kanak, peralatan gim, lampu solar, pondok wakaf dan bangku rehat.

“Dalam tempoh lima tahun lalu saya guna peruntukan Adun untuk bina dan menaik taraf padang di kawasan perumahan di sini dan usaha ini berjaya.

“Berikutan itu saya cadangkan untuk jadikannya sebagai sebahagian program Kerajaan Negeri yang mana ia diakui dan kita sasarkan membina 500 kawasan rekreasi dikenali Padang Cergas di seluruh Selangor dalam tempoh lima tahun ini,” katanya.

Chang Kim berkata, pembinaan Padang Cergas itu akan dijayakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor.

Pembinaannya meliputi semua padang di kawasan perumahan dengan keutamaan taman perumahan lama kerana kebanyakan taman perumahan baru sudah ada kemudahan sebegitu.

“Mana yang rosak kita gantikan dengan baru. Rakyat akan nampak usaha dilakukan PBT untuk ceriakan kawasan kediaman mereka.

“Kawasan yang ada kelengkapan ini jelas akan menarik ramai penduduknya keluar waktu pagi dan petang untuk bersenam, bersama keluarga, dengan melakukan pelbagai aktiviti di padang ini.

Ia juga jadi tempat pertemuan penduduk dan mengeratkan silaturrahim,” katanya.

Selain itu, Chang Kim berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan PBT untuk menjalankan pembinaan lorong berbasikal di DUN Sungai Pinang bermula tahun hadapan.

Katanya, dengan kewujudan kemudahan itu dia bercadang memberikan basikal percuma kepada penduduk kampung dan pelajar yang sekolahnya berada dalam kawasan perumahan sebagai galakan.

“Saya nak galakkan orang kampung gunakan basikal berbanding motosikal.

Ini dalam perancangan, sebagai satu usaha menggalakkan orang ramai berbasikal selain dapat sentiasa bersenam.

“Selain itu ia juga kurangkan pencemaran udara dan bumi. Itu yang akan saya laksanakan di kawasan saya,” katanya.

Pelbagai program aktifkan belia

GOLONGAN belia di DUN Sungai Pinang tidak dipinggirkan melalui pelbagai program yang diatur Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

Adun Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Kim berkata, pihaknya memberi perhatian terhadap pembangunan golongan muda kerana mereka adalah generasi masa depan yang akan memacu kemajuan Selangor.

Kemudahan infrasturktur seperti gelanggang sukan juga disediakan di kawasan tumpuan awam.

“Saya banyak buat program untuk belia seperti menganjurkan sukan, persembahan seni kebudayaan dan beberapa aktiviti lain. Sukan antaranya bola keranjang, futsal, badminton, bola jaring, boling, ping pong dan bola sepak.

“Selain itu saya juga jayakan program lain termasuk menggalakkan dan menaja silat, kumpulan kompang, nasyid, selain bantu kumpulan orkestra musik Cina dan memberi sokongan kepada kumpulan permainan tradisi India,” katanya.

Chang Kim berkata, golongan belia perlu digalakkan untuk bergerak aktif dalam aktiviti sebegitu kerana ia akan memupuk kemahiran dalam diri mereka.

Katanya, dia akan terus memberikan sokongan kepada anak muda dan belia di kawasannya bagi menceburi pelbagai bidang demi kemajuan, selain mengekalkan identiti dimiliki.

“Saya rasa ini adalah kemahiran yang kalau kita tidak beri galakan maka ia akan hilang begitu sahaja. Bila itu berlaku maka hilanglah dari segi identiti seni pelbagai bangsa dalam kawasan saya,” katanya.

Keluarga dan politik penting dalam hidup

DATO’ Teng Chang Kim, mengakui pembabitan dalam politik dan menjadi wakil rakyat sejak sekian lama menyebabkan masanya bersama keluarga terhad.

Bagaimanapun, katanya, faktor itu bukan penghalang untuk beliau menghabiskan masa terluang bersama keluarga kerana apa yang pasti isteri dan anak serta ahli keluarga adalah tulang belakang kejayaannya.

“Kalau ikutkan memang saya sibuk dan masa bersama keluarga terhad, berbanding orang lain, tidak kira semasa jadi pembangkang mahupun Exco Kerajaan Negeri.

“Memang kita kena pandai atur masa untuk bersama keluarga. Kalau kita nak kata itu pengorbanan, maka itulah sebahagian daripada pengorbanan.

“Mungkin dalam tempoh 15 tahun lalu saya ada bawa keluarga melancong sekali, sebabnya kalau tidak melancong tiada peluang untuk berehat. Jika melancong pun elok ke luar negara kerana tiada yang kenal,” kata Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan itu.

Chang Kim berkata, disebabkan politik yang disertai sejak lebih 20 tahun lalu melalui DAP, menyebabkan beliau tidak mempunyai kegemaran atau hobi khusus dan ia sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

Katanya, dia senang menghabiskan masa dengan membaca bagi menambah pengetahuan serta mengetahui perkembangan semasa.

“Cuma baru-baru ini saya cuba bangun awal pagi untuk berbasikal kerana saya rasa ia boleh dilakukan dalam waktu yang fleksibel,” katanya.

Mengenai pembabitan keluarga dalam politik, Chang Kim berkata, keluarganya antara contoh terbaik disebabkan fahaman politik berlainan dan pembabitan ahli keluarga dalam parti politik berbeza.

Beliau berkata, keluarganya juga mencatat sejarah tersendiri kerana dia dan dua yang lain pernah menyandang jawatan di dalam Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

“Saya mula pegang jawatan dalam Kerajaan Negeri sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 2008. Sebelum itu adik saya (Datuk Teng Chang Yeow) daripada Gerakan menjadi Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 2004, manakala bapa saudara saya (Datuk Teng Boon Soon) daripada MCA pernah dilantik menjadi Timbalan Menteri (Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan).

“Ini bererti dalam keluarga saya ada wakil dalam tiga parti berbeza yang pernah menjawat jawatan dalam kerajaan,” katanya.

Selangorkini : 6 – 13 Disember 2013

Y.B DR HAJAH. HALIMAH ALI halimah

PEJABAT ADUN SELAT KLANG
No.2, Lorong Teluk Gadong 1,
Off Jalan Sungai Bertek,
Taman Emas,
41250 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3372 3919
Fax : 03-3372 3923

Email : selatklang.n45@gmail.com

Petugas :
Norlida Abdullah

Laman Web / Blog : Drhalimahali.blogspot.com
Facebook : Facebook.com/ybdrhalimahali


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

PUSAT KHIDMAT RAKYAT N46 PELABUHAN KLANG
No 60, Jalan Permai 1B,
Taman Pendamaran Permai,
42000 Pelabuhan Klang,
Selangor

Tel: 03-3162 5083
Fax: 03-3163 0251

Email : pejabat@azmizam.com

Pegawai Penyelaras :
Azmizam Zaman Huri
Facebook : Facebook.com/azmizam.zamanhuri
Twitter : Twitter.com/Azmizam

Petugas :
Muhammad Mohd Khushairi
Facebook : Facebook.com/madd.mfc

Mohammad Aizat Vandan
Facebook: Facebook.com/mohammad.aizatvandan

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B. TUAN TAN POK SHYONGsgyong

PUSAT KHIDMAT ADUN PANDAMARAN
407-B, Tingkat 1,
Jalan Pandamaran (Jalan Besar),
Pandamaran,
42000 Pelabuhan Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3168 1108
Fax : 03-6253 5188

Email : pusatkhidmatn47@hotmail.com

Petugas :
Sze Chin Hao
Koa Kim Seng


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B. TUAN GANABATIRAU A/L VERAMANgan

PUSAT KHIDMAT RAKYAT ADUN KOTA ALAM SHAH N48
No. 22 G, Jalan Raya Barat,
41100 Klang, Selangor Darul Ehsan

Tel/Fax : 03-3377 1103

Email : yoga.abi62@yahoo.com, adunkas48@gmail.com

Petugas :
Yogambigai A/P Ramachandran

Facebook.com/YBGanabatirau


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN / EXCO ANDA

Sumber : Selangorkini 16 – 23 Ogos 2013

ISA mengajar saya untuk terus berjuang

Penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) membawa pengajaran dan pengertian bermakna dalam hidup V Ganabathirau untuk meneruskan perjuangan membela rakyat yang tertindas.

Beliau bersama lima yang lain ditahan ISA pada 13 Disember 2007 atas dakwaan menghasut semasa dalam Hindraf.

“Apa yang lebih bermakna adalah perjuangan membela nasib kaum India itu turut mendapat sokongan kaum lain yang turut sama membantu,” katanya yang terlibat dalam politik sejak berusia 19 tahun.

Katanya, pemilihan sebagai wakil rakyat dan dilantik Exco menguatkan lagi tekadnya untuk berganding bahu bersama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim demi kebaikan rakyat Selangor.

“Kerana kesabaran, saya masih kekal di sini. Saya percaya seseorang itu dinilai kerana integritinya. Sesuatu perjuangan dimulakan itu bukan untuk dijual beli,” katanya gembira dengan keputusan PRU-13 lalu yang hampir menumbangkan kerajaan Umno-BN di Putrajaya.

Ganabathirau beranggapan segala perjuangan dirintis selama ini hingga menyebabkannya ditahan ISA berbaloi dengan sokongan rakyat yang memberi petanda bahawa mereka mahukan perubahan dalam tampuk pemerintahan dalam negara ini.

“Saya yakin selagi kita bekerja demi kepentingan rakyat maka sokongan pasti akan terus diterima. Perubahan ini memang saya alami dan rasakan sejak dari awal,” katanya.

Latihan kemahiran untuk bekas pekerja ladang

MASA depan bekas pekerja ladang akan lebih terbela selepas ini apabila Jawatankuasa Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin merancang pelbagai program bagi tujuan berkenaan.

Exconya, V Ganabathirau berkata, menyedari keperluan itu pihaknya berusaha memberikan pendidikan melalui beberapa program kemahiran supaya golongan ini tidak lagi menghadapi masalah dalam mencari pekerjaan baru.

Beliau berkata, masalah utama bekas pekerja ladang di Selangor adalah mereka tidak memiliki kemahiran lain dan keadaan menjadi kritikal apa bila mereka perlu meninggalkan sektor perladangan“Kita akan berusaha mengatasi masalah ini dengan membantu golongan terbabit mendapatkan kemahiran bidang lain melalui pelbagai program dan kursus yang akan dirancang.

“Selain sekolah aliran Bahasa Tamil sedia ada, kita akan turut merangka pembinaan beberapa pusat pembelajaran bagi tujuan itu dengan mengkaji kawasan sesuai.

“Kita juga akan cuba dapatkan kerjasama Institut Penilaian Negara (Inpens) Selangor supaya golongan ini boleh mengikuti kursus kemahiran jangka pendek yang sesuai,” katanya.

Ganabathirau berkata, masalah terbabit tidak hanya melibatkan kaum India, tetapi ermasuk Melayu serta Orang Asal dan ia memerlukan perancangan teliti supaya masa depan mereka dapat dilonjak menjadi lebih baik pada masa depan.

Cita-cita jadi pendidik tidak pernah padam

Exco Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, V Ganabathirau mempunyai minat mendalam terhadap bidang pendidikan dan pernah memohon untuk menjadi seorang guru pada masa dulu.

Berkongsi minatnya itu, beliau berkata, keinginan untuk menjadi pendidik tidak pernah pudar dan mungkin akan merancang ke arah itu pada masa depan selepas bersara daripada politik.

“Saya cuba menjadi guru dengan memohon untuk mengikuti kursus perguruan tetapi mungkin nasib tidak menyebelahi saya, tetapi memang saya akui mahu menjadi guru kerana minat saya dalam sejarah.

“Mungkin saya akan cuba lagi pada masa akan datang dengan melanjutkan pelajaran untuk melayakkan saya menjadi pensyarah,” kata pengamal undang-undang dan suami kepada seorang guru itu.

Ganabathirau berkata, kemungkinan disebabkan faktor itu menyebabkan dirinya berkebolehan menjadi seorang ahli politik dan pemimpin masyarakat.

Menyentuh bidang politik, katanya, dia berpeluang mendampingi masyarakat melalui aktiviti dan kerja kemasyarakat di samping memahami akan masalah rakyat yang memerlukan pembelaan dalam masa sama tidak mengabaikan keluarga.

“Isteri saya pernah menyatakan adalah lebih baik saya kembali atau hanya fokus dengan kerjaya sebagai peguam.

Bagaimanapun saya tidak mengabaikan mereka dan sentiasa cuba mencari masa untuk bersama mereka.

“Saya pernah membawa anak dan isteri bersama ketika dalam kerja semata-mata mahu bersama. Walau penat tetapi gembira,” katanya.

Ganabathirau yang gemar menonton dan membaca berkata, pada masa lapang dia akan turut membawa anak dan isteri untuk menonton atau ke taman kerana memahami akan kehendak keluarganya.

Pelan khusus bantu pekerja ladang miskin

MASALAH kemiskinan yang membelenggu sebahagian rakyat Selangor termasuk pekerja ladang akan ditangani menerusi satu pelan tindakan baru yang lebih komprehensif dan terkini.

V Ganabathirau berkata, perancangan semula ini program kebajikan ini bagi membaiki masalah berbangkit yang dilihat tidak mencapai sasaran maksima sebelum ini.

Beliau berkata, cadangan penambahbaikan bagi program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dibuat oleh jawatankuasanya kepada Kerajaan Negeri kerana diyakini ia memerlukan rombakan semula.

“Saya turut mengemukakan cadangan supaya diadakan satu bengkel bagi mengenal pasti akan segala masalah dihadapi golongan berkenaan.

“Ia akan membabitkan pihak, antaranya wakil Transperancy International Malaysia (TI-M), tenaga pengajar seperti profesor universiti, badan bukan kerajaan yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta yang lain sebagai panelis dalam bengkel yang dijangka akan diadakan pada September depan atau selepas itu,” katanya.

Ganabathirau berkata, berdasarkan laporan diterima, hanya kira-kira 14 peratus kelulusan diberikan terhadap permohonan bantuan membabitkan kebajikan masyarakat miskin seperti pekerja ladang di Selangor sejak lima tahun lalu.

Beliau berkata, perangkaan itu amat mengejutkan kerana tahap pendapatan, sosio ekonomi dan penempatan golongan terbabit sememamgnya amat getir.

“Kita perlu berusaha bagi mengeluarkan mereka dari paras kemiskinan.

“Saya tidak percaya dengan hanya membekalkan sebuah mesin jahit selain wang sejumlah RM500 atau RM5,000 maka akan berupaya mengatasi masalah,” katanya.

Tambahnya, Kerajaan Negeri perlu menyediakan peruntukan yang lebih besar kepada Jawatankuasa Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin bagi tujuan berkenaan.

Sumber : Selangorkini 16 – 23 Ogos 2013

Y.B DR XAVIER JAYAKUMARxav

PUSAT KHIDMAT ADUN SRI ANDALAS
No.15A, Jalan Mohd Tahir 8,
Off Jalan Sungai Jati, Taman Seri Mewah,
41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Tel : 3374 4595
Fax : 3373 4595

Email : marypthbn@gmail.com

Petugas :
Adaikalam Selvamary (Mary)

Laman Web / Blog : Xavierjayakumar.blogspot.com
FaceBook : Facebook.com/drxavierjayakumar


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B MAT SHUHAIMI HJ SHAFIEIsuhai

PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN SRI MUDA
No 6/2, Jalan Anggerik Vanilla,
R31/R, Kota Kemuning,
40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-5122 0050
Fax : 03-5122 1550

Email : srimuda2008@gmail.com

Petugas:
Shaari Mohd

Blog: Srimuda.blogspot.com
Facebook: Facebook.com/shuhaimi.shafiei


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

dr-ahmad-yunosY.B DATO’ DR AHMAD YUNUS HAIRI

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN SIJANGKANG
No. 1, Jalan Wira 2,
Taman Perwira,
42500 Telok Panglima Garang,
Kuala Langat,
Selangor

Tel : 03-3122 8649
Fax : 03-3122 8649

Facebook : Facebook.com/AhmadYunusBinHairi
Email : dunsijangkang@yahoo.com.my

Petugas :
Sandra Abd. Latif @ Sarim


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

PUSAT KHIDMAT KOMUNITI DUN TELOK DATOK
No. 8, Tingkat Atas,
Jalan Intan 2, Taman Yayasan,
42600 Jenjarom,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3190 2633
Fax : 03-3190 2636

Email :  pkktd_N52@yahoo.com

Pegawai Khas :
Teh Eng Teck

Petugas :
Ang San Nee


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B. TUAN HAJI HASNUL BIN BAHARUDDINhasnul

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN MORIB
No.78A, Jalan Bunga Pekan,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Tel/Fax : 03-3180 2191

Email : pkmmorib@gmail.com

Petugas :
Abd Razak Bin Ramli

 


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA

Sumber : Selangorkini 14 – 21 Februari 2014

Kelanang tarikan baru selain Morib

Kayu-kayan bakau dan pepohon ru yang tumbuh di sepanjang Pantai Kelanang menjadi tumpuan lensa penggemar photografi dan pasangan pengantin baru. Bahkan kewujudannya menarik perhatian penggiat seni perfileman dan muzik untuk kerja seni mereka.

Menyedari potensi Pantai Kelanang, Adun Morib, Hasnul Baharuddin terpanggil untuk mempromosikannya sebagai salah satu destinasi dalam kalendar pelancongan di Selangor.

“Saya yakin ia akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Kuala Langat, terutamanya bagi masyarakat setempat,” katanya, ketika ditemui di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Morib yang terletak di pekan Banting.

Dari Kuala Lumpur, pengunjung boleh menggunakan Lebuhraya Persekutuan sehingga ke Banting untuk ke sana. Perjalanannya mengambil masa kira-kira satu jam.

“Kita ada Pantai Morib, Bukit Jugra, dan pelbagai produk IKS. Jadi Pantai Kelanang ini adalah pelengkap kepada satu percutian yang menarik,” jelasnya.

Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menyediakan pelbagai kemudahan seperti surau, tandas, gerai makan, kiosk, pondok rehat dan tapak perkhemahan bagi mereka yang mahu mencari damai yang berbeza dari pada kesesakan Pantai Morib, yang terletak 7 kilometer dari situ.

Pesta Wau Tegak

Memulakan inisiatif ke arah itu, Hasnul berhasrat menganjurkan Pesta Wau Tegak bagi menarik penggemar permain an tradisi ke Pantai Kelanang.

PKM DUN Morib sedang giat menyusun atur cara program dan menjangkakan pesta berkonsepkan keluarga itu akan berlangsung pertengahan tahun ini.

“PKM pernah menganjurkan pesta seumpama ini pada 2010. Kejayaan menarik ratusan pengunjung pada ketika itu membuatkan saya terfikir untuk melanjutkannya kepada satu pesta yang lebih terancang,” katanya.

Turut dicadangkan adalah pertandingan fotografi berkisarkan panorama menarik Pantai Kelanang. Gabungan elemen kreativiti dan teknik fotografi bagi penghasilan gambar tercantik akan diangkat sebagai pemenang.

Pihaknya juga bercadang menyelitkan acara ‘Larian Bukit Jugra’ pada temasya tersebut yang mana peserta akan dilepaskan dari Pantai Kelanang menuju garis penamat di puncak Bukit Jugra dengan jarak larian sejauh 5.5 km.

“Sekiranya pesta ini berjaya, saya yakin promosi mulut ke mulut dari mereka yang hadir selain peranan media yang dijemput pada hari itu akan meletakkan Pantai Kelanang di posisi pilihan untuk berkelah pada hujung minggu.

Pendidikan agenda utama perkasa insan

SELAIN program pembangunan fizikal dan insfrastruktur, PKM DUN Morib memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan.

Hasnul berkata, sejak beliau menggalas tugas sebagai penyelaras DUN, pihaknya mengariskan pelbagai program sokongan persekolahan dalam tentatif pembangunan pendidikannya.

Hasnul berkata, pihaknya kini dalam usaha memperhebatkan lagi programprogram sedemikian.

“Sejak 2008 lagi pembangunan pendidikan ini dimulakan, pada awal tahun, kami anjurkan program ‘Smart Learning’ yang mana ia dibuka kepada pelajar menengah. Manakala pada hujung tahun, pelajar yang menduduki peperiksaan PMR dan SPM akan dilorongkan ke Program ‘Pecutan Akhir’,” jelasnya.

Mengulas lanjut berhubung kaedah pengambilan peserta untuk kedua-dua program tersebut, Hasnul berkata, pelajar yang menyertai Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) akan disalurkan terus ke program Smart Learning dan Pecutan Akhir, manakala sebahagian lagi akan diambil dari sekolah-sekolah sekitar Morib.

 Matlamat utama pihaknya mencari pelajar yang sederhana adalah untuk melonjakkan pencapaian akademik mereka setidak-tidaknya dari ‘C’ kepada ‘B’.

“Kita punya kekangan tempat dan tenaga pengajar. Setakat ini kita anjurkan di Pusat Latihan Awam Selangor di Pantai Morib, ia hanya mampu memuatkan 200 peserta. Sekirannya sambutan menggalakkan, PKM bersedia untuk mencari lokasi baru yang lebih besar untuk menampung pertambahan peserta, katanya.

Dalam pembangunan pendidikan kerohanian pula, PKM dengan kerjasama masjid dan surau di DUN Morib menganjurkan Program ‘Smart Solat’ dan program Pengurusan Jenazah. Menariknya, kesemua program tersebut adalah percuma dan dibuka kepada semua peringkat umur.

Isu lampu jalan dapat perhatian

LAMPU Jalan tidak berfungsi serta persimpangan kampung tidak berlampu antara masalah yang akan diusahakan segera.

Hasnul berkata, pihaknya sudah mengenal pasti lokasi lampu-lampu yang perlu dibaikpulih, dan memanjangkan aduan penduduk ke Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Antaranya jalan menghala ke Pantai Morib, ia adalah laluan utama penduduk di situ ke Banting atau ke Tanjung Sepat.

“Lampu jalan ada. Malangnya, ia tidak berfungsi di beberapa kawasan. Laluan gelap dikhuatiri mengundang kecelakaan kepada penduduk dan pengguna jalan pada waktu malam,” jelasnya.

Hasnul menambah, berbeza pula dengan masalah di jalan hadapan Pantai Morib di mana lampu jalannya berfungsi tetapi penca hayaan ditutupi pokok besar di sepanjang bahu jalan.

“Masalah ini berlaku sepanjang 200 meter jalan raya antara dua persimpangan masuk dan keluar Pantai Morib. Laluan ini juga berhampiran masjid yang menjadi tumpuan penduduk sekitar untuk solat maghrib dan isyak.

“Kawasan gelap ini bukan sahaja menyukar, malah, membahayakan penduduk yang datang dan keluar dari masjid,” jelasnya.

Selain itu, persimpangan tidak berlampu di kebanyakan kawasan kampung juga akan terus diberi perhatian dalam memastikan keselamatan penduduk terpelihara.

“Setakat ini, PKM berjaya pastikan persimpangan Kampung Bandar dan Kampung Chodoi berlampu setelah mencadangannya kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB). Bayaran bil bulanan lampu jalan itu ditanggung sepenuhnya PKM.

“Justeru, PKM mengharapkan kerjasama penduduk kampung atau individu dalam mengenal pasti lokasi persimpangan gelap dan berbahaya untuk disegerakan usaha pemasangan lampu jalan,” jelasnya.

Ibu tunggal terharu bumbung dibaiki

HUJAN adalah rahmat Ilahi yang wajar disyukuri setiap insan dan kehidupan di muka bumi ini.

Namun, limpahan air dari langit itu juga adalah ujian besar buat Juhariah Hamzah (gambar), 53 seorang ibu tunggal dari Kampung Kelanang dekat sini kerana terpaksa berhujan biarpun berteduh di dalam rumah.

75 peratus atap zink rumahnya bocor, selain struktur binaan bumbungnya reput menanti runtuh.

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Hasnul, menerusi peruntukan Pusat Khidmat Masyarakatnya (PKM DUN Morib) menyalurkan bantuan untuk membaik pulih kerosakan bumbung rumah ibu tunggal beranak dua itu.

Tinjauan Selangor Kini baru-baru ini mendapati kerja-kerja membaik pulih bumbung telah siap.

“Saya tidak pernah memohon apa-apa bantuan, tetapi YB dan PKM sentiasa turun padang meninjau kebajikan rakyat. Dari situ masalah saya mula dikenal pasti YB.

“Bila hari hujan, habis perabot dan peralatan elektrik basah. Ada kalanya saya turut basah ketika tidur,” katanya. Menceritakan kisahnya, Jurhariah berkata beliau keseorangan sejak 2010 setelah suami meninggal dunia kerana sakit jantung.

Beliau kini bekerja sebagai pembantu dapur di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dengan pendapatan RM250 sebulan.

“Saya bersyukur dengan apa yang dibantu ini. Sekurang-kurangnya, saya tidak susah hati lagi apabila hari hujan,” jelasnya.

Beliau terpaksa menempuh malam dengan hati yang berat kerana khuatir binatang liar seperti kera atau ular berbisa masuk ke rumah menerusi bumbungnya yang bocor.

Sumber : Selangorkini 14 – 21 Februari 2014

Y.B TUAN IR. HJ MOHD. HASLIN BIN HJ HASSANhaslin2

PUSAT KHIDMAT RAKYAT TANJUNG SEPAT
D/A Kompleks Penghulu Mukim Batu,
Jalan Besar Kampung Batu Laut,
42800 Tanjung Sepat,
Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-3148 1224
Fax : 03-3148 1224

Petugas :
Nazriah Jaini
Saiful Bahri Khamis

Facebook: Facebook.com/irmohdhaslin.hassan
Email : mhr_irhaslin@yahoo.com

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA

Sumber : Selangorkini 15 – 22 November 201

Pantai Batu Laut kunci kemajuan Tanjung Sepat

KEUNIKAN pemandangan kala senja serta keadaan laut yang menjadikan Pantai Batu Laut sesuai untuk pertandingan kapal layar kebangsaan dan antarabangsa, wajar dimanfaatkan sepenuhnya untuk kemajuan DUN Tanjung Sepat.

Adunnya, Mohd Haslin Hassan berkata, pihaknya merancang pembangunan kawasan itu dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan agensi berkaitan supaya ia menjadi kawasan tumpuan masyarakat tempatan dan luar.

“Saya buat beberapa perancangan bagi DUN Tanjung Sepat yang dilihat seolah-olah terpinggir. Memang di sini kita tidak nampak industri untuk dimajukan dan saya kena menggunakan segala sumber yang ada bagi pembangunannya.

“Dengan pembangunan semula Pantai Batu Laut maka penduduk tempatan boleh menggunakan kemudahan yang ada untuk menjalankan segala kegiatan, termasuk dari segi ekonomi dengan pasaran hasil produk diusahakan,” katanya.

Beliau berkata, aktiviti perahu layar dikendalikan Persatuan Perahu Layar Selangor bertaraf antarabangsa membabitkan penyertaan beberapa negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipna merupakan peluang terbaik bagi kawasan itu dibangunkan kembali.

“Saya akan adakan perbincangan lanjut dengan MDKL mengenai perkara ini dan difahamkan MDKL juga mengambil inisiatif untuk mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan,” katanya.

Namun pembangunan yang dirancang harus selaras dengan iltizam untuk memelihara alam sekitar.

Mengulas lanjut, Haslin berkata, dalam tempoh dua tahun ini pihaknya turut merancang untuk menghijaukan DUN Tanjung Sepat menerusi program ‘Go Green’.

Katanya, perancangan itu dibuat kerana ia tidak membabitkan kos yang tinggi serta boleh disertai semua lapisan masyarakat.

“Perbincangan dengan jabatan dan agensi berkaitan akan diadakan bagi mengenal pasti konsep penanaman ini. Bagaimanapun ia adalah penanaman pokok-pokok hiasan, yang mana tidak perlu memerlukan penjagaan rapi.

“Ia akan dibuat di kawasan tumpuan ramai, termasuk kawasan kediaman penduduk seperti kampung dan yang lain,” katanya.

Pembahagian masa amat penting dalam hidup

KESIBUKAN selaku Adun di DUN Tanjung Sepat tidak menghalang Mohd Haslin Hassan untuk bersama keluarga jika berpeluang membuat demikian kerana jadual padat diharunginya sudah menjadi kebiasaan.

Beliau berkata, apa yang penting ialah pembahagian masa yang betul supaya segala apa dihadapi dan tanggungjawab dipikul dapat dilaksanakan dengan jaya.

Katanya, sekiranya pembahagian masa itu tidak dikendalikan dengan betul maka segala apa dirancang pasti tidak akan beroleh keputusan diimpikan.

“Allah bagi kita masa 24 jam sehari maka kita perlu bijak menentukannya mengikut keperluan dan keadaan diri kita.

“Alhamdulillah… isteri menyokong saya bila terbabit dalam politik kerana dia memahami keadaan saya. Sebelum ini pun saya memang sudah biasa dengan rutin hidup serupa dan tidak menghadapi masalah bila terpilih sebagai wakil rakyat.

“Saya banyak menyertai aktiviti kemasyarakatan, sering berjumpa kawan-kawan dan dalam PAS juga saya aktif dalam jemaah serta kegiatan dijalankan parti,” kata bapa enam anak itu.

Haslin berkata, dia amat mementingkan pendidikan anak-anak dan akan memastikan mempunyai masa untuk bersama mereka.

Katanya, bila bersama anak dan isteri, mereka akan menghabiskan masa bersama secara maksima dan berfaedah.

“Saya dan keluarga akan sentiasa bersama dalam masa terluang dan apa yang saya pastikan ahli keluarga akan membuat aktiviti berfaedah termasuk dalam soal amal ibadah,” katanya.

Rakyat sokong MES

PUSAT Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tanjung Sepat menjalankan promosi berterusan bagi menjayakan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dan Jom Shopping.

Adun Tanjung Sepat, Mohd Haslin Hassan, berkata MES mencatatkan penyertaan bertambah dari masa kesemasa.

“Antara skim yang mendapat sambutan ialah SMUE, yang mana hampir sebahagian besar warga emas menyertainya. Program Jom Shopping yang kita jalankan
berjaya dengan mereka memberikan respon yang baik.

“Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) satu lagi skim yang diberi sambutan dan kita akan terus meningkatkan penyertaan rakyat supaya mereka mendapat kebaikan program ini termasuk Pusat Tuisyen Rakyat (PTR), Hadiah Anak Masuk Universiti, Si Tunas dan yang lain,” katanya.

Haslin berkata, sambutan untuk program dan penerangan MES turut menunjukkan sambutan yang amat mengalakan.

Rancang pasarkan durian belanda, kopi kampung

DUA komoditi, iaitu durian belanda dan kopi kampung dikenal pasti untuk mengubah ekonomi DUN Tanjung Sepat.

Adunnya, Mohd Haslin Hassan berkata beliau merancang untuk memperkenalkan penanaman durian belanda dan kopi kampung secara persendirian dan komuniti, dengan pembabitan langsung penduduk kampung terutamanya anak muda tempatan.

Menurut beliau, rancangan ini merupakan langkah kreatif untuk mengatasi masalah kesukaran mendapatkan kawasan bagi tujuan perladangan.

“Kita akan mengusahakan tanaman ini dengan sasaran satu kampung membabitkan penyertaan 50 buah rumah yang mana satu rumah akan menanam sekurang-kurangnya lima batang pokok. Maka satu kampung akan menghasilkan jumlah 250 pokok durian belanda.

“Dengan cara ini jika 10 kampung terbabit dalam projek ini maka kita akan dapat hasil sebanyak 2,500 pokok dan dalam tempoh kira-kira dua ke dua setengah tahun pokok-pokok ini akan menghasilkan buah-buahan untuk tujuan pasaran,” katanya.

“Selain itu kita juga akan menggerakkan beberapa usaha lain seperti industri produk kopi kampung di kenali Kopi 3K yang mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat di kawasan in.

 Katanya, projek cetusan anak muda tempatan itu adalah salah satu usaha bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan miskin. Menurut Haslin, pemasaran produk itu juga akan dibantu menerusi agensi serta pihak berkaitan.

“Saya dapati terdapat pengusaha yang perlu dibantu untuk memajukan perniagaan mereka dan kita akan melihat apa keperluannya supaya ia dapat dijayakan termasuk membantu bagi mendapatkan sijil halal untuk tujuan memasarkannya di pasaran luar,” katanya.

Haslin berkata, projek tanaman nanas akan turut dijalankan di DUN itu pada masa depan sebagai salah satu sumber tambahan pendapatan penduduk.

“Kita akan jalankan projek itu selepas ini, tetapi biarlah projek tanaman durian belanda diusahakan dulu dan membuahkan hasil,” katanya.

Sumber : Selangorkini 15 – 22 November 201

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN DENGKIL
D/A Balai Penghulu Mukim Dengkil,
Jalan Besar, 43800 Dengkil,
Selangor Darul Ehsan.

Tel/Fax: 03-8768 7892

Email : pkmdengkil@gmail.com

Pegawai Penyelaras :
Haji Borhan Bin Aman Shah

Petugas :
Fariza Hassan
Reza Salimi Shamsudin
Noliza Mohd


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B PUAN LAI NYUK LANsgpelk

PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT DUN SUNGAI PELEK
No.9, Tingkat 1,
Jalan Damai Satu, Taman Damai,
43950 Sungai Pelek,
Selangor Darul Ehsan.

Email : pkmnsgpelek@gmail.com

Petugas :
Faiza Yusni Mohamad
Wong Chuan How


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

MENGENALI ADUN ANDA

Sumber: Selangorkini 9 – 16 Mei 2014

Pembangunan sukan pupuk jati diri, kepaduan sosial

Pusat Khidmat Masyarakat DUN Sungai Pelek menumpukan usaha membangunkan prasarana kesukanan bukan sahaja untuk pembinaan jati diri individu, tetapi juga untuk mengukuhkan paduan sosial.

Adun Lai Nyuk Lan berkata, aktiviti kesukanan merupakan salah satu daripada unsur penting dalam usaha mengangkat taraf hidup masyarakat, selain daripada ekonomi, kerohanian dan pendidikan.

“Saya lihat kawasan ini tiada kemudahan kompleks sukan. Kekurangan ini akan cuba diatasi seberapa segera demi keperluan masyarakat terutama golongan muda di DUN ini.

“Kita harap ia dapat direalisasikan secepatnya. Melaluinya pelbagai aktiviti merapatkan dan mengaktif kan masyarakat dapat digerakkan disini,” katanya.

Anak jati Sungai Pelek ini mempunyai rekatan tersendiri dengan suasana kampung-kampung Melayu yang melata dalam kawasannya.

Beliau merasa terpanggil untuk mengangkat identiti kampung-kampung tradisi, dimulai dengan pemulihan pintu-pintu gerbang Kebanyakan kampung di situ kini tiada pintu gerbang kerana bahan binaan dari kayu sudah reput dan runtuh.

“Pintu gerbang penting kerana ia bagaikan lambang bagi sesebuah kampung.

Yang lama banyak dibina daripada kayu, maka saya harap kali ini ia dibina menggunakan bahan tahan lama.

“Terdapat lapan kampung tradisi di DUN Sungai Pelek. Saya bersama pihak berkaitan akan cari rekaan yang sesuai bagi tujuan ini,” katanya.

Antara lain beliau menjalin kerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Sepang dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) untuk mempergiat program bimbingan dan kemahiran berterusan untuk pelbagai lapisan masyarakat, khususnya belia desa.

“Saya wakil rakyat untuk semua dan gembira diterima baik semua pihak di kawasan ini,” katanya.

Beliau menjelaskan ketenangan perkampungan tradisi diancam masalah kesesakan trafik kenderaan yang mencari jalan pintas menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Pengguna ingin ke KLIA dan KLIA2 menggunakan jalan-jalan ini menyebabkan jalan utama kampung menjadi sempit macam di Kampung Labu Lanjut,” katanya.

Beliau mahu memohon peruntukan untuk melebarkan laluan yang merentangi perkampungan itu, supaya keamanan kampung terpelihara, disamping menyenangkan pengguna jalan raya.

Y.B DR. TAN SENG GIAWtan

PEJABAT DAP KEPONG
3474 A, Jalan Besar Jinjang Utara,
52000 Kuala Lumpur

Tel 03-6243 5531

Petugas:
Lee Hooi Keng (email Joylee2347@gmail.com)
HP : 016-280-1731


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B CHUA TIAN CHANGtiasn

PEJABAT KHIDMAT MASYARAKAT AHLI PARLIMEN BATU
1090-1, Jalan Sentul,
51000 Kuala Lumpur.

Tel: 03-4044 0063
Fax: 03-4044 1063

Petugas:
Jasmin Jamaluddin

Email: pkrbatuoffice@gmail.com


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B PUAN NURUL IZZAH ANWARizzah

PEJABAT AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI
No. 1-2, Jalan Pantai Murni 6
Pantai Dalam
59200 Kuala Lumpur

Tel : 03-2240 9475 / 03-2240 9476
Fax : 03-2240 9473

E-mel: pejabat@nurulizzah.com / moizzueddin10@gmail.com

Petugas :
Mohammad Fakhrurrazi bin Mohd Rashid

Web: www.nurulizzah.com
Facebook: Facebook.com/nurulizzahanwar/
Tweet: Twitter.com/n_izzah


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat

Y.B PUAN TERESA KOK SUH SIMtteresa-kok

PEJABAT AHLI PARLIMEN SEPUTEH
28-3A, Tingkat 4,
Seri Desa Entrepreneurs’ Park,
Jalan 1/116B,
Off Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur.

Tel : 03-7983 6768
Fax : 03-7983 7576

Email: dapseputeh08@gmail.com

Petugas:
Alice Lan

Facebook : Facebook.com/TeresaKokSuhSim


View Larger Map

Permohonan Ubahsuai Maklumat