RM40 juta untuk Hadiah Anak Masuk Universiti

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri membelanjakan lebih RM40 juta dalam tempoh enam tahun pelaksanaan program Hadiah Anak Masuk Universiti. Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali, berkata dengan perbelanjaan tersebut sekurang-kurangnya 40,133 anak Selangor yang layak ke menara gading, berjaya menerima bantuan RM1,000. “RM40 juta untuk bantuan pendidikan seumpama ini ada lah satu perbelanjaan yang besar buat mana-mana Kerajaan Negeri.

“Tetapi kerajaan Selangor berani berbelanja besar untuk bantuan ini kerana ia diurus tadbir dengan cekap, selain rezab negeyang kukuh. Ia sekaligus membuktikan program pro-rakyat bukan satu rektorik, malah bermanfaat kepada rakyat,” jelasnya dalam satu wawancara bersama Selangor Kini.

Hadiah RM1,000 diberi kepada anak Selangor daripada keluarga berpendapatan RM3,000 dan ke bawah, sebagai persediaan melanjutkan pendidikan ke pusat pengajian
tinggi awam/swasta yang diiktiraf kerajaan dengan mengikuti pengajian ke peringkat diploma atau ijazah sarjana muda.Pada awal pelaksanaan nya, Kerajaan Negeri menetapkan pendapatan seisi rumah RM1,500 sebulan sebagai salah satu syarat kelayakan.

Bagaimana pun ia dinaikkan kepada RM3,000 sebulan menerusi belanjawan 2014 berikutan rezab negeri yang semakin bertambah sehingga mencecah hampir RM3 bilion.

“Perubahan syarat kelayakan ini membolehkan lebih ramai anak Selangor yang layak dibantu,” katanya.

Setakat 28 Februari lalu, jumlah direkodkan mencatat kan lebih RM40.133 juta dibelanjakan dengan kira-kira 40,133 peserta mendapat manfaat menerusi program tersebut.

“Sejak dilancarkan 1 Julai 2008, BPSM menerima 52,355 permohonan dan hanya 40,133 pemohon berjaya,” katanya.

Admin1

Leave Comment :