RM400,000 jayakan Early Intervention Program

SHAH ALAM, 18 JULAI: Beberapa pusat pendidikan khas di Selangor menerima sumbangan Kerajaan Negeri RM100,000 setiap satu bagi melaksanakan Early Intervention Program.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berharap suntikan dana ini menjadi pemangkin semangat kepada usaha berterusan semua pusat terlibat dalam memperjuangkan masa depan anak-anak istimewa di Selangor.

Terdahulu, Daroyah melawat empat pusat pendidikan khas membabitkan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Istimewa Selangor (Orkids) di SS1, Kiwanis Down Syndrome, Petaling Jaya, The Olive Tree School Seksyen U8, Bukit Jelutong dan Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Kajang (PKIK) di Taman Kajang Utama.

DAROYAH EIP 1“Dengan menitikberatkan tiga modul iaitu intervensi awal, terapi dan latihan, kanak-kanak istimewa di PKIK dididik untuk lebih berdaya saing dan akhirnya berjaya dan mampu memiliki pekerjaan sektor awam mahupun swasta,” katanya dalam kenyataan.

Menyentuh kunjungan ke The Olive Tree School, Daroyah berharap sumbangan dihulurkan itu mampu diterjemah demi manfaat anak-anak istimewa ini.

“Sebuah sekolah yang bukan sahaja memberi fokus kepada ilmu akademi, malah kerohanian, sivik dan akhlak sebagai pendedahan kepada anak-anak istimewa ini akan persekitaran sebenar yang bakal mereka temui di luar nanti,” katanya.DAROYAH EIPDAROYAH (6)DAROYAH (5)DAROYAH (4)DAROYAH (3)DAROYAH (2)DAROYAH (1)

OLEH NAEEM RAFFI (selangorkini.my)

Admin2

Leave Comment :