Sabak Bernam Ahli Tertinggi SMUE

Sungai Haji Dorani- Sabak Bernam menjadi antara daerah tertinggi mempunyai ahli yang berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) iaitu dengan peratus sebanyak 69.6 dari 129,487 pendaftar di seluruh negeri.

Jumlah itu merupakan 8.1 peratus dari 27.5 juta yang dibayar kerajaan negeri bagi semua penama yang layak menerima SMUE sejak dilaksanakan dua tahun lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri )ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, keadaan itu menunjukkan pengurusan pendaftaran SMUE di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh daerah berjalan lancar.

Menurutnya, skim berkenaan yang dilaksanakan kepada semua peringkat kaum menjadi salah satu agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) untuk menjaga kebajikan rakyat Selangor.

“Semua pihak yang terlibat termasuk Pejabat Daerah sentiasa bekerja keras bagi memastikan kelancaran SMUE dan buktinya, kita telah membuat beberapa siri penyampaian secara terus dengan waris di daerah ini,”katanya ketika merasmikan Majlis Penyampaian Fasa II SMUE di Balai Raya Comel di sini semalam.

YB Ng Suee Lim (dua dari kiri) menyampaikan bayaran SMUE kepada waris-waris..

Hadir sama, Ketua Penoling Pegawai Daerah (bahagian pembangunan) Abdul Razak Maksud dan Ketua Operasi Rantaian Mesra Sdn.Bhd, Kamsani Nasir.

Pada majlis berkenaan, seramai 70 waris menerima bayaran masing-masing sebayak RM1,500 dengan jumlah keseluruhan RM105,000. Bayaran berkenaan merupakan penyampaian kali ketiga sejak Februari lepas.

Dalam ucapannya, Suee Lim turut mengingatkan orang ramai segera memaklumkan kepada pihak berkenaan sekiranya berlaku penyelewengan dalam pengagihan wang SMUEterutama pada fasa I berjumlah RM1,000.

“Sekiranya perkara seumpama ini berlaku, kita mengharapkan kerjasama keluarga waris agar segera memaklumkan kepada pihak berkaitan kebajikan rakyat yang harus dibela,”katanya.
Dalam perkembangan sama, tuntutan kematian bagi tahun 2009 masih boleh dilakukan waris  sehingga tarikh tutup pendaftaran 30 Jun ini.

Selepas tarikh berkenaan, sebarang tuntutan terhadap mereka yang telah meninggal dunia tidak akan diterima dan bayaran tidak dapat dijelaskan.

Bergambar bersama waris penerima bantuan SMUE…
Admin1

Leave Comment :