SAMBUTAN HARI LAHIR RAIKAN AHLI TAWAS

Hulu Selangor- Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah menganjurkan satu Majlis Sambutan Hari Lahir yang diadakan pada 16 hb April 2010 di Auditorium Dato’ Abdul Hamid, Bandar Utama, Batang Kali. Seramai 300 ahli telah dijemput bagi memeriahkan majlis sambutan tersebut. Ahli- ahli yang hadir rata-ratanya dari kawasan Batang Kali, Kuala Kubu Bharu, Serendah, Hulu Yam Bharu dan kawasan yang berhampiran dengannya.

Y.B Puan Rodziah menyampaikan ucapan dan sekaligus merasmikan majlis tersebut..

Majlis Sabutan Hari Lahir ini adalah projek tanggungjawab khidmat sosial (Corporate social responsibility) yang bertujuan meraikan ulang tahun kelahiran ahli TAWAS bersama-sama dan mengalu-alukan keahlian mereka. Program ini sekaligus dapat mengeratkan perhubungan ibu bapa ahli Tawas dengan kakitangan YAWAS sendiri.

Auditorium dipenuhi dengan orang ramai yang hadir..

Majlis ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada masyarakat berkenaan dengan pindaan dan tambahan syarat baru bagi pendaftaran TAWAS yang telah dikuatkuasakan pada 07 hb April 2010 di mana, syarat bagi permastautinan ibu bapa yang bukan kelahiran Selangor telah dipinda dari 10 tahun ke 5 tahun. Selain daripada itu, syarat baru bagi kelahiran sempadan di mana, ibu bapa yang bukan kelahiran Selangor tetapi menetap melebihi 5 tahun dan anak mereka lahir di sempadan Selangor seperti Selangor-Perak, Selangor-Wilayah Persekutuan, Selangor-Negeri Sembilan dan Selangor–Pahang layak memohon. Ianya perlu mendapat pengesahan dan untuk maklumat terperinci boleh melayari laman web Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) atau TAWAS.

Penerima Sijil TAWAS

Majlis sambutan tersebut diserikan lagi dengan Penyampaian Sijil Perakuan TAWAS yang disempurnakan oleh Y.B Puan Rodziah Binti Ismail yang merupakan Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi. YAWAS juga telah memberikan hadiah penghargaan kepada adik Robbul Izzatie Binti Abdullah di atas kesudian beliau hadir bersama meraikan majlis tersebut di mana adik Izzati merupakan kanak-kanak istimewa yang menghadapi masalah kesihatan.

Robbul Izzati..penerima Hadiah Penghargaan..

Terharu..Y.B Puan Rodziah menghargai kehadiran adik Izzati..

Terdapat juga persembahan kanak-kanak dari Tadika Alfa Omega, wakil kanak-kanak Taman Bunga Raya, Taska Bukit Sentosa dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak Cahaya Bestari yang telah mempersembahkan tarian, nyanyian nasyid dan sajak.

Asyik..Gelagat adik-adik menari memukau hadirin…

Pemilihan pertandingan bayi…

Dianggarkan, lebih 500 orang hadir pada malam tersebut dan lebih 15 borang pendaftaran baru TAWAS telah diterima. Kerajaan Negeri menerusi Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100 dalam bentuk Sijil Simpanan Tetap atas nama anak ke dalam akaun AmBank.

Jumlah pendaftaran TAWAS bermula dari 2008 hingga April 2010 adalah sebanyak 21,230 dan anggaran 1,000 permohonan yang diterima bagi setiap bulan. Daripada jumlah tersebut jelas menunjukkan bahawa rakyat negeri ini menyambut baik projek Tawas yang dilaksanakan Kerajaan Negeri.

Meriah..Acara memotong kek bersama kanak-kanak..

Prihatin..Y.B Puan Rodziah memotong kek untuk diberikan kepada kanak-kanak

Admin1

Leave Comment :