Selangor Tekad Hapus Curi Pasir

RAJAAN Selangor bertekad menghapuskan aktiviti curi pasir atas dasar rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum lalu untuk mentadbir Selangor dengan lebih telus dan efektif.

Pencurian pasir umpama mencuri harta rakyat. Pasir adalah sumber alam yang merupakan hasil negeri yang sewajarnya dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor melalui program kebajikan Merakyatkan Ekonomi Selangor, bukannya untuk memperkayakan kroni.

Isu curi pasir di Selangor telahpun wujud jauh lebih serius sewaktu pentadbiran BN dahulu. Kerajaan negeri di bawah pentadbiran PR sentiasa komited bagi memastikan kegiatan perlombongan pasir dijalankan mengikut garis panduan yang ditetapkan agar tidak menjejaskan kualiti alam sekitar dan ekosistem.

Dalam sidangDewan Negeri baru-baru ini, Kerajaan Selangor telahpun mengambil pebagai langkah mengatasi masalah kecurian pasir dalam tempoh masa dua tahun pentadbiran.

Usaha kerajaan negeri mengenalpasti serta mendedahkan 26 lokasi lombong pasir haram merupakan satu langkah kedepan yang tidak pernah diambil oleh kerajaan negeri terdahulu.

Kerajaan negeri sentiasa bekerjasama dengan orang awam dan bertindak atas maklumat yang diperolehi. Masyarakat tempatan digalakkan mengambil bahagian dalam proses pemantauan, malah sekali gus mempertingkatkan kemampuan Unit Penguatkuasaan.

Kerajaan negeri juga telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Pemantauan dan Penyelarasan Permit Bahan Batuan bagi mempercepatkan penyelesaian masalah-masalah berkaitan dengan pasir. Jawatankuasa ini dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan dianggotai oleh Pengarah Tanah dan Galian Selangor, Pentadbir Tanah dan Jabatan-jabatan Teknikal dan Kumpulan Semesta Sendirian Berhad (KSSB)

Sumber: Buletin Pasir Hak Rakyat Julai 2010

Admin1

Leave Comment :