‘Sentuhan kasih’ Kerajaan Negeri, prihatin nasib anak yatim TAWAS

KLANG, 30 JUN : Program Kebajikan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) sebagai inisiatif Kerajaan Negeri membantu ahli TAWAS yang kehilangan ibu bapa, sakit kronik dan terlibat dalam bencana alam seperti banjir.

Terbaru, sumbangan bantuan Syawal dihulurkan kepada ahli TAWAS, Dhiya Qaysara (10 bulan), kehilangan bapanya Mohamed Ilahi akibat kompilasi kuman, Mei lalu.

Nurun Naeemah Abdul Kalam, 28, menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan sumbangan.

“Saya dan suami sebelum ini mendaftar anak kami di bawah program ini awal tahun lalu selepas dimaklumkan kebaikan menyertai program ini.

“Selepas suami pergi meninggalkan saya dan anak, pihak TAWAS memaklumkan saya layak dengan hanya mengisi beberapa borang pengesahan saja.

“Alhamdulillah, tentulah bantuan ini sedikit sebanyak boleh menambah keperluan saya dan anak kami yang masih kecil,” katanya.

Hadir menyampaikan bantuan, Ahli Dewan Negeri (ADN) Selat Klang, Halimah Ali di kediaman penerima di Taman Anika Baru, Klang Selangor.

Bercakap kepada SelangorKini, Halimah berkata fokus Kerajaan Negeri untuk terus memperbanyakkan lagi program kebajikan demi manfaat rakyat.

“Kita panjatkan syukur bertuahnya rakyat Selangor sejak dari lahir hinggalah warga emas menikmati pelbagai bantuan di bawah inisiatif untuk membantu rakyat.

“Sedikit sentuhan kasih daripada Kerajaan Negeri ini merupakan platform baik kepada masyarakat untuk terus diperluaskan di seluruh negeri.

“Ambillah peluang ini terutamannya ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka yang baru lahir di bawah program TERAS dan program kebajikan lain untuk manfaat jangka panjang mereka,” katanya.

TERAS dilancarkan sejak 2014 membolehkan anak Selangor berdaftar di bawah program ini menerima skim bantuan sekiranya dilanda musibah.

Sehingga hujung tahun lalu, YAWAS selaku pengurus skim TERAS menerima sumbangan RM80,834.85 daripada beberapa syarikat GLC negeri, orang perseorangan dan syarikat swasta.

EZY

Admin1

Leave Comment :