9-sikembarMelalui skim baru ini, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

ASUH PINTAR (sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR) mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).

2. Sama ada:

a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

3. Pendapatan seisi rumah RM5,000 ke bawah (gaji pokok) (Berkuatkuasa 1hb Mei 2018)

4. Suami dan isteri bekerja.

5. Menghantar anak ke TASKA / Nurseri yang berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

6. Terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah.

7. Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar dengan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia) akan tetapi tidak semesti mengundi di Selangor.

Laman web: Asuh Pintar

Syarat dan Prosedur: Klik di sini

FAQ: Klik di sini

Muat turun Borang Pendaftaran Asuh Pintar : Klik di sini

Statistik Asuh Pintar : Klik di sini

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Terkini: Skim Bantuan Asuhan Rakyat

PETALING JAYA, 30 SEPT: Kerajaan Negeri sentiasa mencari jalan terbaik bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat di Selangor khasnya bagi golongan keluarga berpendapatan rendah. EXCO Kesihatan,
PETALING JAYA, 30 SEPT: Suri rumah yang bekerja di rumah seperti pengasuh tidak perlu merendah diri kerana golongan itu memberi sumbangan yang besar untuk membina
Peningkatan pendapatan yang tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup sering meniti daripada bibir ke bibir masyarakat,  sejak kebelakangan ini. Situasi runcing itu ternyata memberi kesan kepada kuasa beli pengguna dan