9-sikembarMelalui skim baru ini, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

SI KEMBAR mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).

2. Sama ada:

a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

3. Pendapatan seisi rumah menepati:

a) RM2,500 ke bawah yang menanggung 1 orang anak ATAU

b) RM3,000 ke bawah yang menanggung 2 orang anak

4. Suami dan isteri bekerja.

5. Menghantar anak ke TASKA / Nurseri.

6. Terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah.

Laman web: http://e-sikembar.org

Syarat dan Prosedur: Klik di sini

FAQ: Klik di sini

Muat turun Borang Pendaftaran Sikembar : Klik di sini

Statistik Sikembar : Klik di sini

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Terkini: Skim Bantuan Asuhan Rakyat

SHAH ALAM, 21 OGOS : Kerajaan Selangor sedang giat menaiktaraf pusat penjagaan kanak-kanak di rumah (home-based nurseries) menerusi program Si Kembar bersama pakar-pakar pendidikan anak-anak
SHAH ALAM : Program kebajikan di bawah agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) akan diperluaskan supaya lebih ramai lagi golongan OKU, kanak-kanak, warga emas dan miskin
Shah Alam – Skim SiKembar bukan sahaja menolong ibu bapa berpendapatan rendah menghantar anak ke taska, malah membuka peluang bagi suri rumah dan ibu tunggal