9-sikembarMelalui skim baru ini, ibu bapa yang layak dan memenuhi syarat akan menerima bantuan yuran TASKA atau Nurseri anak-anak mereka yang berusia 4 tahun ke bawah sebanyak RM100 setiap bulan. Bantuan yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

ASUH PINTAR (sebelum ini dikenali sebagai SIKEMBAR) mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).

2. Sama ada:

a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

3. Pendapatan seisi rumah RM5,000 ke bawah (gaji pokok) (Berkuatkuasa 1hb Mei 2018)

4. Suami dan isteri bekerja.

5. Menghantar anak ke TASKA / Nurseri yang berdaftar dengan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat).

6. Terhad kepada 2 orang anak yang berumur 4 tahun ke bawah.

7. Ibu dan bapa adalah pengundi berdaftar dengan SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia) akan tetapi tidak semesti mengundi di Selangor.

Laman web: Asuh Pintar

Syarat dan Prosedur: Klik di sini

FAQ: Klik di sini

Muat turun Borang Pendaftaran Asuh Pintar : Klik di sini

Statistik Asuh Pintar : Klik di sini

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Terkini: Skim Bantuan Asuhan Rakyat

SHAH ALAM, 17 NOV: Seramai 30 peserta mengambil bahagian dalam Kursus Intensif Perkembangan Kanak-kanak (KIPK) bagi perkongsian ilmu dan pendedahan berhubung perkhidmatan penjagaan kanak-kanak secara
SHAH ALAM 31 MAC: Wanita yang mengambil upah mengasuh anak-anak kecil di rumah, kini berpeluang meningkatkan taraf mereka dengan bergelar pengusaha taska. Exco Kebajikan dan
SHAH ALAM, 21 OGOS : Kerajaan Selangor sedang giat menaiktaraf pusat penjagaan kanak-kanak di rumah (home-based nurseries) menerusi program Si Kembar bersama pakar-pakar pendidikan anak-anak