10-tunasBantuan yang dimaksudkan adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak. Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

TUNAS mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).

2. Sama ada:

a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

3. Pendapatan seisi rumah RM3,000 ke bawah

4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.

5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja

Laman web: http://e-tunas.org

Terkini: Skim Bantuan Tadika Selangor

Hari Terbuka Tadika Taska Daerah Petaling 2016/2017 Tarikh: 27 November 2016 (Ahad) Mula: 9.00 pagi Р2.00 Petang Lokasi: Shah Alam Convention Centre, Selangor Aktiviti :
SHAH ALAM, 1 OGOS : Kerajaan Negeri giat merancakkan lagi pelan pembangunan pendidikan negeri menerusi Skim Tunas Selangor dengan tumpuan sasaran kepada pendidikan kanak-kanak tadika
Syarikat Rantaian Mesra Sdn. Bhd. dan Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) telah mencapai pesetujuan bersama untuk menggabungkan operasi di bawah Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).