10-tunasBantuan yang dimaksudkan adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak. Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

TUNAS mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).

2. Sama ada:

a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

3. Pendapatan seisi rumah RM3,000 ke bawah

4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.

5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja

Syarat dan Prosedur: Klik di sini

FAQ: Klik di sini

Laman web: http://e-tunas.org

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Terkini: Skim Bantuan Tadika Selangor

Pembangunan pendidikan di Selangor kian berkembang di bawah pelaksanaan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) yang berjaya membantu 37,626 penerima sejak dilaksanakan, pada Julai 2012. Skim itu menyalurkan bantuan subsidi RM50 setiap bulan dalam bentuk
Hari Terbuka Tadika Taska Daerah Petaling 2016/2017 Tarikh: 27 November 2016 (Ahad) Mula: 9.00 pagi – 2.00 Petang Lokasi: Shah Alam Convention Centre, Selangor Aktiviti :
SHAH ALAM, 1 OGOS : Kerajaan Negeri giat merancakkan lagi pelan pembangunan pendidikan negeri menerusi Skim Tunas Selangor dengan tumpuan sasaran kepada pendidikan kanak-kanak tadika