10-tunasBantuan yang dimaksudkan adalah bantuan yuran sebanyak RM50, setiap bulan kepada kanak-kanak TADIKA yang layak. Bukan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran dan disalurkan terus kepada TADIKA yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

TUNAS mengenakan syarat mudah bagi memperoleh manfaat tersebut:

1. Warga negara Malaysia (seperti yang tertera di MyKad).

2. Sama ada:

a) Ibu ATAU Bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

b) ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor

c) ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal.

3. Pendapatan seisi rumah RM3,000 ke bawah

4. Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja.

5. Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja

Syarat dan Prosedur: Klik di sini

FAQ: Klik di sini

Laman web: http://e-tunas.org

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Terkini: Skim Bantuan Tadika Selangor

SHAH ALAM, 4 OGOS: Kerajaan Negeri akan meneliti isu kelewatan pembayaran Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) seperti dibangkitkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini.
Berikut adalah statistik pencapaian Skim Tunas untuk tempoh 1 Julai 2008 sehingga 30 Jun 2016. 1. Jumlah Keseluruhan Pendaftaran Anak-anak  TUNAS sehingga 30.06.2016 2. Pecahan Pendaftaran
Oleh: NAEEM RAFFI KUALA KUBU BHARU, 22 MEI: Komitmen berterusan Kerajaan Negeri memperkasa sektor pendidikan melalui pelbagai skim bantuan mendapat reaksi positif dan sokongan padu