Program Skim Hijrah Selangor merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan melebarkan golongan kelas pertengahan di Negeri Selangor. Hasrat ini diharapkan boleh dicapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di negeri Selangor.
Pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) atau kini dikenali sebagai Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor. Manakala pihak kerajaan Negeri Selangor bertindak sebagai penganjur program dan memberi modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM100,000,000.00.
SYARAT KELAYAKAN
Penjaja dan Peniaga kecil yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut berhak menyertai program Skim Hijrah Selangor:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun
- Memiliki premis perniagaan yang khusus
- Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
- Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
- Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu masa
- Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu isi-rumah
- Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu perniagaan perkongsian
Untuk maklumat lanjut hubungi:
Yayasan Hijrah Selangor
Tingkat 2,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5521 2458 / 03-5519 1692
Faks: 03-5521 2458
http://www.hijrahselangor.com/
https://www.facebook.com/hijrahselangor
Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini
Terkini: Skim Hijrah Selangor
Hijrah salur RM775 juta bantu 58,000 usahawan luaskan perniagaan
Baca Selanjutnya
Hijrah Selangor sasar RM82 juta kutipan bayaran balik pinjaman
Baca Selanjutnya
Pakej Rangsangan Selangor Prihatin ringankan beban rakyat terjejas wabak
Baca Selanjutnya
HIJRAH lonjak 80 peratus pendapatan usahawan
Baca Selanjutnya
KoHijrah tawar pembiayaan ATV khas untuk peladang
Baca Selanjutnya
45,668 usahawan terima manfaat HIJRAH
Baca Selanjutnya
MB: HIJRAH jadi rujukan Melaka dan Wilayah Persekutuan
Baca Selanjutnya
Selangor tingkatkan kemahiran pekerja tempatan
Baca Selanjutnya