7-hijrahProgram ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor pada 24 Mac 2015. Ianya merupakan Projek Penyelidikan Tindakan (Action Research Project) dengan tujuan utamanya, untuk melebarkan golongan kelas menengah di Negeri Selangor, sepertimana yang divisikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam ucapan belanjawan beliau pada 24 November 2014. Hasrat ini diharapkan boleh tercapai melalui pendekatan pelaksanaan sistem penyaluran modal tambahan yang efisien kepada peniaga-peniaga kecil di negeri Selangor.

Pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) atau kini dikenali sebagai Yayasan Hijrah Selangor, ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor. Manakala pihak kerajaan Negeri Selangor, bertindak sebagai penganjur program, memberi modal pusingan pelaksanaan program sejumlah RM 100,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Juta)

KELAYAKAN MENYERTAI HIJRAH SELANGOR
Penjaja dan Peniaga kecil yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut berhak menyertai HIJRAH SELANGOR:

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun hingga 60 tahun
  • Memiliki premis perniagaan yang khusus
  • Mempunyai lesen/permit perniagaan yang sah
  • Tidak mempunyai rekod pinjaman yang tidak baik dari mana-mana institusi kewangan atau agensi kerajaan
  • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu masa
  • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu isirumah
  • Satu pinjaman di bawah Skim HIJRAH SELANGOR sahaja dalam satu-satu perniagaan perkongsian
  • Terlibat secara langsung di dalam perniagaan

Untuk maklumat lanjut hubungi:
Yayasan Hijrah Selangor
Tingkat 2,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tel: 03-5521 2458 / 03-5519 1692

Faks: 03-5521 2458

http://www.hijrahselangor.com/
https://www.facebook.com/hijrahselangor

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Terkini: Skim Hijrah

24 April 2011(Ahad), bertempat di Masjid Kampung Abu Bakar Baginda. Taklimat SKIMSEL telah diadakan kepada penduduk setempat. Taklimat ini bermula pada pukul 10.00 pagi. Kakitangan
PETALING JAYA 9 SEPTEMBER – Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri pada Mac lalu ternyata banyak membantu golongan usahawan kecil di kawasan
SHAH ALAM – Rakyat diingatkan supaya memanfaatkan peluang untuk meningkatkan pendapatan ekonomi masing-masing melalui skim-skim pinjaman dan perniagaan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, kata Menteri