6-skwKerajaan Negeri Selangor percaya bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara. Ramai golongan wanita yang bekerja dan berusaha untuk menyara keluarga.

Atas kepentingan itulah Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Skim Kesihatan Wanita Selangor. Tujuan utama adalah bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.

Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 35 tahun ke atas. Program Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) telah dilancarkan oleh Y.B. Rodziah Ismail Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ewal Wanita Negeri Selangor, pada 6 November 2010, di Daerah Hulu Langat sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri Selangor adalah bertujuan untuk memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri Selangor.

Wanita yang layak adalah mereka berumur 35 tahun ke atas yang lahir dan sedang menetap di Selangor . Mereka yang bukan kelahiran Selangor mestilah adalah dikira layak jika telah menetap di Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun.

Kerajaan Negeri berpendapat program ini merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang boleh dinikmati oleh wanita Selangor dan sambutan yang diterima untuk program ini amat memberangsangkan.

Mulai tahun 2010 Kerajaan Negeri memperuntukan sebanyak RM 1 juta setahun untuk program Skim Kesihatan Wanita Negeri Selangor.

Untuk makluman lanjut sila hubungi: Pusat Khidmat DUN berdekatan anda

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Terkini: Skim Kesihatan Wanita Selangor

PETALING JAYA, 28 FEB: Kerajaan Negeri meluluskan penambahbaikan program Skim Kesihatan Wanita (MammoSel) dengan kenaikan kadar pemeriksaan saringan sehingga RM150. Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal
PETALING JAYA, 28 FEB: Program Skim Kesihatan Wanita atau MammoSel yang wujud sejak 2010 akan diperluaskan tahun ini membabitkan tujuh rakan kerjasama hospital seluruh Selangor.
Seramai 11,000 wanita bakal menerima perkhidmatan pemeriksaan kanser payudara melalui program ‘Mobile Unit Reaching Nationwide with Information’ (Murni). Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi (PKR-Sementa) berkata