SKIM MESRA USIA EMAS, adalah salah satu dari 7 agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (Fasa 1). Skim ini dilancarkan pada bulan Ogos 2008 dan secara rasmi bermula pada 1hb Oktober 2008. *Nota: Mulai Januari 2017, ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES)’ telah dijenamakan semula menjadi: ‘IPR: Inisiatif Peduli Rakyat’.

Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini bermula sebagai skim khairat kematian, kepada warga emas dan OKU yang layak sebanyak RM 2,500. Bermula ada 1hb Mei 2019 program khairat kematian telah dihentikan dan diganti dengan pemberian manfaat masa hidup di dalam bentuk Jom Shopping sebanyak RM 100 setahun kepada warga emas / OKU yang layak, sempena musim perayaan dan dijangka bermula pada bulan Oktober tahun 2019

Penambahbaikan ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor yang menghargai golongan warga emas dan mahu mereka menikmati hasil negeri semasa mereka masih hidup. Baucer Jom Shopping ini akan membantu golongan warga emas dalam membeli barang keperluan asas sebagai kelengkapan menjelang musim perayaan.

Syarat Kelayakan Memohon warga emas:

1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas; DAN

1.1 Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor; ATAU

1.2 Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1/2/1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan; ATAU

1.3 Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)

Syarat Kelayakan Memohon OKU:

2.1  Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

2.2 Tiada had umur untuk pemohon dari kategori OKU yang lahir di Negeri Selangor

2.3 Bagi OKU yang bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mereka hanya layak sekiranya mereka lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.

2.4 Bagi OKU yang lahir diluar Negeri Selangor mereka hanya layak sekiranya telah bermastautin melebihi 15 tahun di Negeri Selangor.

Pengesahan taraf mastautin boleh dilakukan oleh pihak berikut:

  • Ahli Parlimen / Senator
  • ADUN / Penyelaras DUN
  • Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Komuniti India
  • Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
  • Pengerusi Taman Perumahan
  • Nazir Masjid / Ketua Rumah Ibadat

Kenyataan Media Menteri Besar Selangor pada 25/04/2019 berkaitan penjajaran KISS, Peduli Sihat dan SMUE Klik di sini

Laman web: e-mesra.yawas.my

Muat turun Borang Skim Mesra Usia Emas : Klik di sini 

FAQ Skim Mesra Usia Emas : Klik di sini

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

 

 

Terkini: Skim Mesra Usia Emas

Rata-rata penerima sumbangan menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) rasa terharu dengan keikhlasan kerajaan Pakatan Rakyat membantu meringangankan bebanan penduduk negeri ini akibat kenaikkan kos
Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan kebajikan kepada warga emas yang ada di negeri ini dan kewujudan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) adalah salah satu mbentuk keprihatinan