16

Kerajaan Negeri Selangor amat prihatin dengan tahap kesihatan warganya. Oleh sebab itulah diwujudkan skim baharu pada bulan Disember 2016, dengan matlamatnya sama iaitu supaya warga Selangor sentiasa dalam keadaan sihat dan produktif. Juga sebagai galakan supaya warga Selangor sentiasa ambil peduli dengan kesihatan masing-masing.

Untuk ini, Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan peruntukan bagi menjayakan Skim Peduli Sihat.

Kerajaan Negeri memperuntukkan RM125 juta setahun bagi penyediaan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan untuk 250,000 keluarga atau sejuta rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

Skim Peduli Sihat diuruskan Selgate Corporation selaku Third-Party Healthcare Administrator itu akan membiayai rawatan kesihatan asas (primary care) setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

Mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor layak mendapatkan rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat, membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor (general practicioner) di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.

Klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Di bawah Skim Peduli Sihat ini disediakan:

Program Dialisis Rakyat

Kepeduliaan Kerajaan Negeri diteruskan apabila peruntukan bagi Program Dialisis Rakyat ditingkatkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM5 juta, bermula 2017.

Ketetapan itu diambil atas kesedaran kos rawatan dialisis amat membebankan pesakit kerana mereka tidak mampu bekerja menampung kos sara hidup keluarga.

National Renal Transplant Registry 2014 melaporkan terdapat 6,890 pesakit dialisis di Selangor dan kelazimannya setiap pesakit perlu menjalani rawatan 13 kali sebulan membabitkan kos hampir RM3,000 sebulan.

Sehingga 24 Oktober lalu, seramai 504 pesakit sudah menerima manfaat program ini dengan kos RM1.45 juta ditanggung Kerajaan Negeri.

Early Intervention Programme (EIP)

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri tampil dengan Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme) khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas dalam hasratnya mewujudkan masyarakat penyayang dengan peruntukan RM3 juta.

Program ini menyediakan pendidikan dan pelbagai jenis terapi ‘physiotherapy’, ‘occupational therapy’, ‘speech therapy’ dan ‘hydrotherapy’ bertujuan membantu ibu bapa mengambil langkah awal mengelak berlakunya masalah sampingan pada keadaan fizikal anak mereka pada masa akan datang.

Pada masa sama, program ini membantu kanak-kanak berkeperluan khas beradaptasi dalam masyarakat tanpa merasa terpisah kerana mereka juga mempunyai kebolehan dan potensi yang tersendiri. Sebarang maklumat sila email kepada eip@mbiselangor.com.my

Menangani Denggi & Zika

Komited membasmi denggi dan zika secara holistik, Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan kawalan dan pencegahan kepada RM5 juta pada 2017 berbanding RM1.5 juta, pada 2016.

skimpedulisihat2Sekali lagi, Kerajaan Negeri berbelanja besar dan peruntukan ini akan digunakan untuk menambah aktiviti kawalan dengan menambah penggunaan Pest Controller Operator (PCO) di setiap pihak berkuasa tempatan.

Tidak cukup dengan itu, kesungguhan Kerajaan Negeri memberi jaminan hidup sihat kepada rakyatnya dikuatkan lagi dengan mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab menyumbang kepada penularan wabak ini.

Namun, Kerajaan Negeri menaruh harapan tinggi kepada semua pihak untuk bersama memikul tanggungjawab memastikan tiada lagi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

KAD PEDULI SIHAT SELANGOR

Warga Selangor dialu-alukan untuk mendaftar dalam KAD PEDULI SIHAT SELANGOR. Ianya PERCUMA. Hanya di Selangor.

KATEGORI A:
– Untuk suami dan/ atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun) yang berkelayakan.
– Pendapatan isi rumah : RM3,000.00 sebulan dan ke bawah

Kelebihannya:
– akan mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
– Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
– Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
– Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk satu keluarga / pemegang akaun utama)

KATEGORI B:
– Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
– Pendapatan individu : RM1,500.00 sebulan dan ke bawah.

Kelebihannya:
– akan mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
– Had Gunaan : RM50 setiap kali rawatan
– Jenis Rawatan/Perubatan : Tiada had
– Kad Perubatan PEDULI SIHAT : Percuma (satu kad untuk seorang individu / pemegang akaun utama)

Syarat-syarat Kelayakan:
1. Warganegara Malaysia
2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
3. Hanya borang permohonan yang telah diisi lengkap dan ditandatangani pemohonan serta melampirkan dokumen yang diperlukan sahaja yang akan dipertimbangkan dan diproses.

Borang boleh isi secara dalam talian atau dapatkan di pejabat ADUN berdekatan.

Pertanyaan lanjut layari:
Pedulisihat.com
Hubungi: 03-20893911
Muaturun Borang: Borang Peduli Sihat

Terkini: Skim Peduli Sihat

peduli-sihat
SHAH ALAM, 10 MEI: Seramai 250 penerima individu dan keluarga dari DUN Seri Muda menerima manfaat Skim Peduli Sihat fasa kedua, di sini, hari ini.
KARNIVAL-IPR-2017-18-1170x550
PETALING JAYA, 10 MEI: Sebanyak 38 program dilaksanakan Kerajaan Selangor dalam usaha membantu rakyat menikmati hasil kekayaan negeri bersesuaian dengan agenda peduli rakyat. Dato’ Menteri
pedulisihat1
KOTA DAMANSARA, 29 APRIL: Kanak-kanak kelainan upaya (OKU) termasuk autisme kini berpeluang menikmati skim rawatan asas Peduli Sihat yang dilaksanakan Kerajaan Negeri. Exco Kesihatan, Kebajikan,