Skuad MES Kunjungi Pasar Malam

‘Skuad MES’ kini mempergiatkan usaha untuk memberi maklumat dan menyampaikan manfaat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada orang ramai hingga ke akar umbi, dengan mengunjungi pasar-pasar malam yang ada di Selangor…

Pengunjung ingin mendapatkan maklumat

Orang ramai khususnya rakyat Selangor berhak mengetahui hasil sumber kekayaan negeri yang diperoleh Kerajaan Negeri seterusnya dikongsi bersama semua lapisan masyarakat. Menyedari hal itu, ‘Skuad MES’ kini mempergiatkan usaha untuk memberi maklumat dan menyampaikan manfaat program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) kepada orang ramai hingga ke akar umbi, dengan mengunjungi pasar-pasar malam yang ada di Selangor.
Pasar malam merupakan tempat tumpuan umum di mana, semua bangsa tidak kira tua atau muda, kaya atau miskin, perbezaan fahaman politik dan sebagainya bersama-sama mengunjungi pasar malam bagi memenuhi keperluan harian mereka.

Kunjungan ‘Skuad MES’ ini juga membuka peluang kepada ahli-ahli peniaga pasar malam untuk mendapat maklumat berkenaan dengan program MES di mana saban hari mereka sibuk mencari rezeki dan maklumat berkenaan dengan MES tidak diperolehi.

Mendapatkan penerangan berkenaan dengan MES

Di sini, merupakan peluang bagi memperkenalkan agenda yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri kepada rakyatnya bagi memastikan rakyat tidak ketinggalan berhubung dasar yang diperkenalkan termasuk program yang dilancarkan seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor, Hadiah Anak Masuk Universiti lain-lain lagi.

Melalui mekanisme yang diperkenalkan ini mampu menyampaikan maklumat dengan mudah dan telus bukan sahaja di kawasan kampung malah di kawasan bandar.

Inisiatif ‘Skuad MES’ mengunjungi pasar malam, rakyat negeri ini berpeluang mendapat maklumat mengenai Kerajaan Negeri termasuk program yang dianjurkan dengan lebih mudah secara tidak langsung mengeratkan silaturahim.

Ianya juga merupakan satu platform bagi mendekati masyarakat dan dapat mengetahui masalah yang dihadapi masyarakat . Dengan penubuhan skuad itu adalah satu medium untuk mewujudkan gelombang kesedaran dalam kalangan masyarakat berkenaan manfaat dari mendaftar dengan MES.

Ibu bapa mendapatkan maklumat berkenaan dengan Hadiah Pengajian IPT

Daftar…bapa ingin mendaftar anak dengan TAWAS…

Warga emas…layak memohon skim SMUE…
Admin1

Leave Comment :